The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, May 20, 2011

Terbaik untuk orang lain, belum tentu terbaik untuk kita...

Friday, May 20, 2011
Bookmark and Share
Dalam kehidupan kita, kita tidak terlepas daripada membuat pilihan. Daripada sekecil-kecil manusia sehinggalah sebesar-besar manusia, terpaksa membuat pilihan. Tidak kira di mana kita berada, pada situasi apa, kita terpaksa memilih antara pilihan-pilihan yang ada. Ada kalanya kita tidak boleh melakukan perara yang seterusnya tanpa kita memilih terlebih dahulu sesuatu pilihan itu.

Begitulah diriku. Setelah sekian lama berkhidmat dalam arena pendidikan, pada tika ini aku telah memilih sesuatu yang paling sukar. Satu pilihan yang akhirnya menimbulkan kesan yang besar, bukan sahaja kepada diriku malah tempiasnya turut menimpa organisasiku juga. Sesungguhnya peristiwa 18 Mei lalu telah mencetuskan kehuru-haraan yang sangat besar. Aku bukan tidak sedar apa yang akan berlaku susulan insiden tersebut, tetapi aku terdesak lantaran tidak rela melihat anak-anak muridku berada dalam keadaan sedemikian. Batinku tidak boleh menerima bagaimana dalam alaf kedua inipun masih ada yang perlu melalui keadaan sedemikian.

Fajar 19 Mei 2011, aku lalui dengan seribu ketidakpastian. Walaupun telah ada sinar jawapan sebelum mentari 18 Mei 2011 melabuhkan wajahnya, namun aku tidak pasti apa yang akan berlaku pada keesokan harinya.

Rupa-rupanya kami dikunjungi tetamu yang tidak diundang. Bukan satu malah dua kali dalam sehari itu. Meminta maklumat, laporan serta mereka merakamlan beberapa senario dalam ruang sempit itu melalui lensa kameranya serta tentunya ruang anak-anak didikku juga. Kerana itulah fokus utama insiden tersebut.

Menjelang hari ketiga pasca 18 Mei, pelbagai maklum balas akhirnya sampai ke cuping telingaku. Aku disebut sebagai tidak sabar dalam mencari penyelesaian terhadap krisis yang melanda kami. Aku dikatakan silap "mengurus kepakaranku" dalam bidang ICT. Ia menyebabkan pihak majikan organisasiku "dihujani" panggilan pihak atasan yang langsing nada suaranya.

Aku tidak pasti berapa kali aku meminta maaf di hadapan majikanku atas apa yang telah berlaku. Atas tindakan nekadku itu. Setelah lima bulan menunggu namun tidak detemui jalan penyelesaian, dan apabila episod 18 Mei 2011 itu berlaku, maka aku seperti orang mengantuk dsorongkan bantal. Menggunakan beberapa pergerakan jemariku untuk melaksanakan apa yang aku ingin lakukan menerusi capaian maya. Dan, tidak sampai tiga jam selepas itu, berita itu pun meletup!

Tidak sabar! Aku mendengarnya untuk kali pertama dalam sidang arbitrasi yang berlaku setengah jam menjelang tengah hari pada hari yang sama kes itu meletup. Aku dikatakan tidak sabar dalam menangani kemelut yang kami hadapi. Katanya penyelesaian sudah ada. Tapi pada fikirku, penyelesaian itu tidak segera "menemui" masalah yang dihadapi. Ia berlegar-legar terlalu lama di luar lingkungan masalah. Justeru, pihak yang melalui masalah tersebut tidak nampak adanya tanda-tanda bahawa masalah tersebut akan berakhir dalam tempoh yang ada. Ironinya, sewaktu sidang arbitrasi itu, sebahagian daripada masalah telah diselesaikan. Esoknya pula telah dijanjikan ada ruang yang sesuai untuk menampung masalah yang telah meletup tersebut. Dan, pada hari ketiga ruang itu dikatakan bertambah sebuah lagi. Ahhh... kenapa setelah segalanya berlaku baru ada jawapan itu dan ini. Selama lima bulan yang berlalu kenapa menyepi tanpa sedikitpun jawapan terhadap masalah yang telah diajukan.

Pedihnya, apabila episod 18 Mei 2011 itu telah menerima "improvisasi" yang tidak perlu. Ada pihak-pihak yang menambah seinci jadi sejengkal, sejengkal jadi sehasta dan sehasta jadi sedepa. Apa yang tidak termasuk dalam "pakej" peristiwa itu pun dimasukkan sekali menjadikan tindakanku itu bersifat individualistik, membuang rasa setiakawan dan sebagainya. Inilah realiti masyarakat kita yang kerajaan masih kewalahan untuk mengubahnya. Bila kita tidak tahu tentang sesuatu perkara, tidak berusaha pula untuk bertanya kepada sumber yang berwibawa. Membuat suatu interpretasi berdasarkan gambaran yang tidak betul bukan sahaja silap malah akan menyilapkan orang lain yang menerimanya. Malah, kesilapan itu akan berganda apabila ia terus disebarkan secara mulut ke mulut.

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

Anonymous said...

its ok, selama ni kita main ragbi(15 player) atas meja ping pong, sekarang kita cuba pulak kat "padang" takraw.
kita dah test market- nampak hasilnya

Maleque Selamat on May 22, 2011 at 2:44 PM said...

Apa cerita ni aku tak faham lah.... Cer explain sikit..huhuhu...

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template