The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, May 20, 2011

Sabar, kata TPM kepada guru tak naik pangkatan

Friday, May 20, 2011
Bookmark and Share
Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru lepasan diploma yang tidak terlibat dengan kenaikan gred atau pangkat pada 1 Jan tahun depan supaya bersabar kerana perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.

Timbalan Perdana Menteri berkata masih terdapat keperluan dan kemungkinan dalam beberapa kes untuk diberi pertimbangan dan beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tahu kedudukan perkara itu.

Muhyiddin, yang Menteri Pelajaran, ditanya pemberita mengenai pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Guru 16 Mei lepas mengenai kenaikan pangkat dan gred guru tertentu dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah warga pendidik. "

Saya sedar mengenai perkara ini (tidak puas hati) kerana ramai menghantar SMS. Saya akan bincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran untuk mencari jalan memenuhi tuntutan kesatuan-kesatuan guru.

"Kerana bilangan mereka ramai, dalam apa jua keadaan kita kena ambil kira keupayaan kerajaan. Dalam situasi sekarang kita hendak jimat belanja dan mengurangkan defisit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pejabat Pendidikan Baling/Sik berharga RM4.3 juta diBaling, hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan turut mengambil kira kemampuannya untuk menanggung kos-kos tambahan akibat kenaikan gaji dan elaun.

"Kita masih ada masa enam bulan. Dalam tempoh itu kita tidak tahu apa akan berlaku...apa ada dalam fikiran Perdana Menteripun saya tidak tahu tetapi yakin Perdana Menteri tahu situasi perkhidmatan awam dan kos hidup yang tinggi.

"Bila sampai masa mungkin dia akan tokok. Jadi kita kena bersabarlah," kata Muhyiddin.

Mengenai pendidikan, beliau berkata strategi kerajaan adalah untuk mengecilkan jurang antara sekolah di bandar dan luar bandar supaya pencapaian pelajar tidak terlalu ketara.

Katanya antara langkah yang diambil kementerian ialah meningkatkan infrastruktur dan kualiti sekolah luar bandar selain menambah peruntukan pembangunan dan pengurusan.

Muhyiddin berkata guru yang dihantar ke luar bandar setanding dengan guru di bandar namun masalah dan cabaran di luar bandar tidak sama umpamanya dalam soal kehidupan, tempat tinggal, pengangkutan dan kebajikan.

"Perkara ini memberi kesan kepada mutu pembelajaran dan pengajaran," katanya.Muhyiddin berkata kementerian akan mengenal pasti mengikut keutamaan sekolah yang perlu dibantu seperti yang daif dan jauh di pedalaman.

Sebelum itu ketika berucap beliau berkata pencapaian bidang pendidikan meningkat dengan ketara dalam tempoh dua tahun lepas sejak kerajaan melaksanakan bidang keberhasilan utama negara (NKRA).

"Kerajaan tidak berkompromi dalam soal pendidikan dan sebab itu lebih 26 peratus dari belanjawan negara diperuntukkan untuk sektor ini," kata Muhyiddin. - Bernama


Facebook Comments

2 PANDANGAN:

Rosnah Idris on August 15, 2011 at 9:51 PM said...

Cantik sangat ni Tuan Maleque berkibar pulak tu pasti Johan ni.

MALEQUE SELAMAT on August 15, 2011 at 10:48 PM said...

Hehee.. tkasih Cikgu.. Tak mengharap sangat. maklumlah gelanggang lebih besar dan terlalu ramai yang hebat di sana... Tapi sekadar mencuba...

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template