The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, May 20, 2011

Facebook: Komunikasi Golongan Marhain kepada Dewa-dewa

Friday, May 20, 2011
Bookmark and Share
Salam. Agak keras bunyinya entri aku kali ini. Tapi, inilah yang aku nak kongsikan kepada anda semua. Ungkapan yang aku pinjam dari seorang rakanku yang juga seorang pengguna tegar Facebook. Menurutnya, pada masa sekarang, Facebook adalah media komunikasi yang digunakan oleh golongan bawahan (marhain) hendak menyampaikan hajat atau kehendak kepada golongan atasan (dewa-dewa).

Mulanya, aku terdiam seketika. Tapi tanpa menunggu lama, mindaku terus mengiakan kenyataan tersebut. Betul sekali! Tepat sekali! Cuma penggunaan dewa-dewa itu sahaja yang sebenarnya suatu sindiran kepada satu golongan yang sangat sukar didekati tetapi sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita. Macam dalam cerita-cerita rakyat, dewa-dewa ini membawa ikon baik kepada manusia; suka membantu manusia tetapi sukar hendak berhubung dengan mereka. Sebenarnya dewa-dewa yang punyai kuasa supernatural ini boleh dan berupaya membantu manusia untuk melawan kuasa jahat tetapi oleh sebab sukarnya berkomunikasi dengan mereka ada yang sempat mendapat bantan dewa-dewa di saat-saat akhir usahanya untuk melawan kuasa jahat, atau langsung kalah dan tewas lantaran gagal mendapatkan bantuan daripada sang dewa-dewa.

Kini, dewa-dewa itu boleh sahaja kita kaitkan dengan kuasa yang memerintah sesebuah komuiti atau paling tinggi di peringkat antarabangsa. Mereka sekelompok manusia yang punyai kuasa untuk meluluskan atau tidak sesuatu perkara; kuasa melaksanakan atau menarik balik sesuatu projek, dan sebagainya. Besarnya kuasa itu bergantung di aras ketinggian mana mereka berada. Kalau di peringkat komuniti yang kecil, kuasanya hanya terbatas atau sah dalam kelompok tersebut sahaja. Kuasa seorang ayah dalam lingkungan anak-anak dan isterinya atau isteri-isterinya sahaja. Tetapi, jika kuasa itu meliputi kuasa seorang pemerintah negara, sudah tentu ia mencakupi satu bidang kuasa yang sangat luas. Apatah lagi kalau sampai ke peringkat antarabangsa.

Dalam kaedah konvensional, surat, telefon, faks dan telegram merupakan media komunikasi utama antara mereka. Tetapi, kalau ada pilihan golongan bawahan akan memilih untuk berjumpa terus dengan dewa-dewanya. Menyatakan kehendak atau menyatakan perasaan marah, tidak puas hati dan sebagainya kepada mereka Tapi realitinya, semakin tinggi makam dewa-dewanya itu semakin sukar pula untuk ditemui. Dalam konteks ayah atau ibu dalam sebuah keluarga. Kalau pada masa yang sama, seorang ayah itu juga adalah dewa-dewa kepada sebuah komuniti yang lebih besar, bagaimana si anak hendak berjumpa face to face dengan ayahnya? Begitu juga dengan ibunya? Itu yang akhirnya dikatakan sebagai komunikasi peti sejuk atau Communication thru Fridge Magnet Messages. Si ayah atau si ibu yang kesibukan, lantas tidak ada masa berkomunikasi dengan anak-anaknya menggunakan peti sejuk sebagai wadah komunikasi mereka bagi menyampaikan hasrat hati atau arahan kepada anak-anaknya.

Dalam konteks yang lebih luas, pastikah kita segala kiriman kita sememangnya sampai kepada sang dewa-dewa itu? Atau sekadar sampai pada PA mereka sahaja. Atau sempat sampai ke meja sang dewa-dewa, tapi akhirnya tidak sampai ke buku catatan "tings to do" sang dewa-dewa dan jauh sama sekali untuk dilakukan. Maka, sebab itulah hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun, tahun bertukar dekad, sehingga sampai seru Allah S.W.T. menjemput sang marhain tersebut, namun hajatnya tidak pernah dan tidak akan tertunai angkara sang dewa yang angkuh serta tidak berjiwa rakyat.

Kini, melalui bantuan teknologi masalah tersebut hampir menuju sifar. Seorang ayah atau ibu masih mampu berkomunikasi antara muka dengan anak-anak meraka atau antara suami isteri atau antara sesiapa sahaja melalui teknologi ICT. Menggunakan video confrencing atau tele sidang; teknologi 3G dan sebagainya. Namun masih ada sedikit halangan jika salah satu pihak tidak bersedia "bersemuka" dengan pihak yang satu lagi. Jadi, bagaimana caranya untuk berkomunikasi dengan mereka yang enggan bersemuka dengan kita?

Jawapannya adalah melalui laman sosial. Melalui laman sosial seperti Facebook, segala maklumat, hasrat, permohonan, komen, kritikan akan sampai kepada sang dewa-dewa yang mungkin sedang bertapa atau sedang bersantai di atas puncak Mahameru. Usah dicari di mana mereka berada, terlalu sayup dan lazimnya tidak kelihatan di sebalik awan-gemawan yang tebal. Sungguhpun email dianggap satu saluran yang menggunakan platform ICT, tetapi sifat terlalu peribadi menyebabkan sang dewa-dewa boleh sahaja kata "Tak terima; salah alamat kot.." dan sebagainya. Tetapi melalui platform social network, kita boleh tulis pesanan pada wall Facebook mereka. Seluruh rakan-rakan atau rakyat marhain yang membuka Facebook sang dewa-dewa itu akan dapat melihat kiriman yang dipaparkan dalam ruang wall tersebut. Malah, seandainya kiriman tersebut telah dilaksanakan oleh sang dewa-dewa itu, si pengirim tersebut boleh pula mencatatkan perasaan gembira, terima kasih kerana hajatnya telah dipenuhi. Seolah-olah Facebook itu seperti sebuah klinik perkhidmatan sang dewa-dewa itu.

Sementelahan pula, kekaguman kehebatan Facebook, keupayaan Facebook dalam membina jalinan rakan seta menyampaikan hasrat kepada sesiapa sahaja turut diakui oleh kedua-dua golongan. Justeru, keterujaan untuk memiliki jalinan komunikasi tersebut bukan sahaja daripada kalangan rakyat marhain lantaran terlalu banyak perkara yang ingin disuarakan kepada golongan dewa-dewa, tetapi sang dewa-dewa juga semakin menerima jalinan komunikasi itu kerana mereka tidak perlu bergerak ke banyak kawasan untuk membantu golongan marhain yang kian tersepit lantaran terlalu banyaknya kerenah birokrasi yang kerap kali membakulsampahkan hajat, kehendak serta impian golongan marhain tersebut.


Facebook Comments

2 PANDANGAN:

Anonymous said...

sorry, i tengah memahami dan mendalamai ni

Anonymous said...

Gua rasa isu penghantaran bahan kepada VVIP bukan satu perkara yang negatif. Sekarang ni gua lihat dalam agensi-agensi kerajaan dan swasta menajdikan fb sebagai sumber untuk melihat pandangan orang awam terhadap mereka. Jadi mudahlah penambahbaikan dilakukan. Orang yang melompat bila ada yang hantar kepada menteri ni adalah mereka yang kolot. Tertinggal jauh dari arus perdana ICT yang semakin global. Gua chauu.. tq

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template