The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, May 23, 2011

20,000 penjawat awam miskin

Monday, May 23, 2011
Bookmark and Share
Oleh Haika Khazi

2011/05/23

PUTRAJAYA: Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing.
Berikutan itu, beliau berkata, UMNO Putrajaya akan bekerjasama dengan TEKUN Nasional (TEKUN) bagi membolehkan kakitangan sokongan kerajaan terbabit memohon pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sekali gus membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan masing-masing setiap bulan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada TEKUN kerana meluluskan pinjaman sebanyak RM367,000 kepada 26 kakitangan kerajaan dan penduduk Putrajaya bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

“Ini adalah antara cara kita membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan di kalangan kakitangan kerajaan yang tinggal di bandar besar, terutama Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keusahawanan anjuran TEKUN dan Pejabat UMNO Putrajaya di sini.

Pada majlis sama, Tengku Adnan turut menyampaikan cek keseluruhan bernilai RM367,000 kepada 26 usahawan termasuk kakitangan sokongan kerajaan untuk memulakan perniagaan masing-masing.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata pihaknya sudah memberi pinjaman berjumlah RM1.68 bilion kepada 183,364 peminjam di seluruh negara, sejak 1998.

Katanya, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM239.90 juta diagihkan kepada 20,201 usahawan di Selangor

Facebook Comments

3 PANDANGAN:

Anonymous said...

Macam mana nak mencapai MEB nih...

salmahj on May 23, 2011 at 8:56 PM said...

salam....cara lain untuk mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan kakitangan awam ialah menaikkan gaji kakitangan awam , kontrol kenaikan harga barang.......apa pendapat cikgu malek

MALEQUE SELAMAT on May 24, 2011 at 7:16 PM said...

Setuju Cikgu Salmah... tapi itulah yang kerajaan payah nak buat..alasan, kerajaan tak berkemampuan nak naikkan gaji kakitangan awam seluruhnya..Ekonomi belum pulih... Tapi bila ada by election banyak pulak bajet segera.. hihihi...

Ataupun, katanya lagi.. tak boleh kawal harga barang sepenuhnya sebab ia mengikut harga pasaran global. terutama barangan import.. Kerajaan tak mampu nak bagi subsidi.. bla..bla..

Hakikat yang kita kena terima, kalau pun ada langkah untuk membantu rakyat dalam isu rasionalisasi subsidi.. ia akan membantu golongan bawahan.. Golong pertengahan juga yang sering jadi mangsa.. yang kaya memang dah kaya.. yang miskin akan terus dibantu..

Macam pelarasan gaji... bayaran makan asrama... dan pelbagai lagi...

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template