The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, April 23, 2011

PASCA HAC KE-37, 2011: MERIAH

Saturday, April 23, 2011
Bookmark and Share
Alhamdulillah, segalanya telah selesai sudah. Hari Anugerah Cemerlang (HAC) Kali Ke-37, 2011 bagi aku telah berjaya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Tahniah kepada pihak penyelaras, setiausaha dan seluruh warga kerja SMK KHir Johari, Tg.Malim.

Tugas aku macam biasa, setelah tidak menjadi MC, dan tugas mengurus buku program telah siap sehari sebelum acara bermula, maka aku dengan DSLR aku menjadi jurufoto tak rasmi majlis. Kalau ada orang tak suka, aku tak kisah. Aku memang suka merakamkan sesuatu peristiwa melalui lensa kamera aku. Lepas tu aku muatnaik dalam facebook. Dekat tiga jam semua gambar yang berjumlah lebih kurang 300 "keping" tu sudah berada dalam alam maya dan boleh diakses oleh sesiap sahaja yang ada dalam friend list aku.

Bagi aku itu satu kepuasan. Setelah berpenat lelah, kita boleh saksikan rakaman peristiwa dalam bentuk gambar. Cuma, aku mintak maaflah kat kawan-kawan kalau ada yang gambar yang semenggah yang aku telah muat naik. Ituah hakikat kita sebagai manusia, bukan semuanya kita mampu dalam keadaan siap sedia. Walhal rakaman Allah S.W.T. lagilah... tek terlepas walau satu mikro saat.

Majlis selesai megikut waktu yang ditetapkan. Lebih kurang 11.30 pagi semua sudah usai. Yang mekanik pun dah punggah barang, yang tukang hias dewan dah masuk balik semua eksesori dewan dalam kotak, kerusi mula disusun untuk dihantar semula ke kelas. Begitulah kendaranya sesuatu majlis. Ada jamuan kat khemah, biarlah dulu. Kalau semua dah kenyang alamat kemas dewan kena postpone ke hari Isnin ler plak. Aku yang menyebuk nih.. masih sudi melayan keinginan kawan-kawan yang nak foto mereka diabadikan sempena HAC 2011. Nak-nak pulak kalau ikut pengetua, tahun ni adalah HAC terakhir berada dalam dewan ni. Rasa sayu pulak tuan pengetua menyebutnya. Kalau betullah... Alhamdulillah. Dah beruban janggut dan rambut menunggu bangunan baru ni. Seingatan aku sejak Puan Zauyah dulu dah ada ura-ura dapat bangunan baru bagi menggantikan blog kilat. Tapi hampeh.. sampai sudah tak juga timbul-timbul bangunan tu. Macam tak logik, dikatakan bangunan yang sepatutnya ditegakkan di sekolah aku, tetiba tegak di sekolah lain yang sama nama tetapi berada di dalam daerah Hilir Perak.

Teringat pula kata-kata Tuan Pegawai Pelajaran Daerah..

Kalau nak jadi kayu..
jangan jadi kayu reput...
Jadilah kayu (?) yang mahal harganya..

Kalau nak jadi kain...
jangan jadi kain buruk...
Jadilah kain sutera dipakai orang ke sana sini..

kalau nak jadi batu..
Jangan jadi batu ( )..
jadilah batu permata yang mahal dan tinggi nilainya

Kalau nak jadi manusia...
(Tak ingat lah pulak.. huhu dah tua.. hihihi)

Tabik ngan PPD ni. Sangat mesra rakyat. Apabila dah habis jamuan, dia pun bangun untuk permisi. Aku dan beberapa orang lagi (yang datang lewat) makan di khemah sebelah koperasi. Releks jer.. sembang-sembang dengan kawan-kawan. Tetib PPD datang menghulur tangan. Alamak.. malu alah kami. Nak hulur tangan tak sempat basuh lagi..! Oleh sebabPPD dah hulur tangan..
"Errr.. maaf tuan tangan tak basuh lagi nih..." Tersipu-sipu kami dengan huluran tangan tuan PPD itu. Tapi beliau senyum jer..
"Tak apa.."
Maka kami pun bersalam lah sambil menggunakan belakang tapak tangan sambil tangan kiri mencecah bahagian sisi tapak tangannya. Aduhh... begitulah keperibadian tuan PPD ini. Sangat menyentuh hati dan perasaan kami. Ditambah pula dengan wajahnya yang tenang. Sungguh sejuk mata memandang...

Teriam kasih tuan atas kesudian merasmian majlis kami.

Tanam legun tumbuh kelapa
tanam pelam pucuknya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tertanam di dalam hati
Lihat foto album sempena HAC Ke-13, 2011 di sini [album 1] [album 2]


Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template