
Bermula dari "kegagalan" 23/05/2010 maka usaha yang agresif dilakukan untuk menemukan bagi kali kedua seluruh mantan pelajar dan guru pada 018/05/2011. Ternyata melalu platform facebook sangat berkesan dalam mewar-warkan tarikh 1511 tersebut. Tidak cukup dengan itu beberapa perjumpaan reunion kecil-kecilan telah dibuat untuk memastikan program induk 1511 akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
Tetapi beberapa hari lalu, aku tersentak sekejap apabila dimaklumkan melalui facebook oleh seorang rakan, bahawa aku kena handle "talk-show" bersama seorang lagi rakanku yang kini berada diIPG Tuanku Afzan. Ini merupakan pengalaman baru... Aku tak pernah handle program macam tu. Walapun aku kerap mengacarakan majlis-majlis rasmi tetapi jenis talk-show cakap merapu-rapu nih aku tak berapa reti. Tapi, macam biasa.. aku terima sesuatu yang luarbiasa itu sebagai satu cabaran. Setelah menghubungi kawanku itu bagi mendapatkan detail program tersebut, maka aku pun menghubungi rakanku yang sorang lagi itu. Alhamdulillah nampaknya dia pun tak ada halangan.
Aku sedar bukan kerja yang mudah untuk terus "mendudukkan" para hadirin dalam program macam tu dalam tempoh tiga jam. Aku membayangkan program tersebut seperti konsep sembang-sembang cuma ia dalam konteks ruang yang lebih besar. Ialah, kalau dibiarkan pun sudah pasti pengisian utamanya tentu bersembang-sembang sebab ada yang mencecah 30 tahun tak jumpa. Justeru, biarlah sembang-sembang itu ada fokusnya. Walaupun tajuk yang diberi berkaitan dengan Sejarah SAMTSSAAS, aku melihat ada beberapa tajuk kecil yang mungkin menarik minat para hadirin berkongsi maklumat dan pengalaman.
- Kehebatan masa silam. Dalam negeri Selangor, SAMTSSAAS dianggap sebagai sebuah sekolah yang hebat suatu ketika dulu. Serata pelusuk negeri sehinggalah ke Sabah, para pelajarnya datang untuk menuntut ilmu. Kini, ramai lepasan sekolah ini telah menjawat pelbagai jenis jawatan. Namun, kehidupan di asrama (dalam dan luar) bukannya semudah yang disangkakan. Pelbagai masalah dilalui dengan tabah demi mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran. Perkongsian: Kehidupan di asrama dalam dan luar (Hasbullah, Hj.Awang, Hasan Basri dan pondok-pondok). Asrama dalam, biasanya berkaitan dengan air. Asrama luar, berkaitan dengan disiplin diri kerana tiada warden luar yang berfungsi seperti warden asrama dalam. Kalau di pondok, kena masak sendiri dan belajar dalam keadaan yang tidak selesa.
- Isu Pendidikan Menengah JAIS. Isu yang banyak kali aku timbulkan dalam blog dan facebook. Mengapa pihak JAIS dan kerajaan negeri Selangor tidak begitu serius dalam menjadikan pendidikan agama sebagai misi penting dalam wawasan pendidikan negeri. Mengapa tiada usaha yang agresif dalam menambah bilangan sekolah-sekolah agama sedangkan permintaannya sangat tinggi. Mengapa JAIS mengambil tindakan hanya mengambil pelajar yang "superpandai" sahaja sebagai penyelesaian masalah. Apa jadi kepada para pelajar yang lemah, sederhana dan tgidak begitu pandai? Perkongsian: Ramai yang berkerja dengan JAIS. Oleh itu perkongsian maklumat mengapa senario tersebut berlaku? Apakah langkah yang sesuai serta mamapu kita dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut.

0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...