The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, May 3, 2011

1511 TELAH PUN BERLALU..

Tuesday, May 3, 2011
Bookmark and Share
Tanggal 1 Mei 2011 telah pun berlalu. Tarikh yang ditunggu-tunggu selepas tanggal 23 Mei 2010 tatkala perjumpaan mantan pelajar dan guru SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38 menguntumkan kemungkinan perjumpaan yang lebih meriah jika ia diadakan lagi pada tahun berikutnya.

Akhirnya setelah hampir setahun menanti, tarikh itu kunjung tiba. Promosi melalui facebook, banner yang ditaja oleh rakanku Jaafar Dislan dengan syarikatnya e-kie Jasaku dilihat sangat agresif. Group yang dihasilkan oleh seorang lagi rakanku Abd Aziz Mohd Yusof nampaknya sangat memberangsangkan. Kini keahlian group tersebut telah melepasi angka 300 orang! Tidak cukup dengan itu, perjumpaan kecil-kecilan tanpa menetapkan dari batch mana datangnya telah dibuat sekurang-kurangnya tiga kali. Itu tidak termasuk reunion mengikut batch yang sering berlangsung di sana-sini.

Namun, apa yang aku dapat lihat pada hari Ahad lepas, kehadiran sekitar kurang daripada 200 orang. Mungkin data daripada bahagian pendaftaran akan mengesahkan data sebenar kehadiran. Sebab para hadirin datang dan pergi. Justru, di mana silapnya? Aku menerima sahaja hakikat bahwa dalam usia setahun jagung, kehadiran sebegitu sudah dikira sangat hebat. Tetapi melalui networking yang semakin canggih, melalui facebook, aku kira 300 orang yang mengganggotai group We love SAMT38rianz tersebut memang tahu. Jadi angka kehadiran melepasi angka 200 orang senang-senang nak dapat. Menjelang jam 10.00 pagi sewaktu majlis hendak dimulakan, kehadiran sekitar 100 orang. Itupun termasuk pasangan dan anak-anak.

Rasa cemas, kecewa tidak dapat disembuyikan pada wajah-wajah AJK Penaja Al-SAMTiS. Masing-masing cuba mencongak di mana silapnya, di mana yang tak kenanya. Salah seorang AJK berkata, tarikh 1511 memang pilihan ramai. Tarikh yang sangat unik, mudah diingat serta hari minggu dan keesokannya adalah cuti umum. Katanya, kalau diikutkan kehendak AJK, nak buat pada hari sabtu. Tapi, kehadiran sangat mengecewakan.

Alhamdulillah, perasmi; mantan pengetua berucap agak lama. Imbasan sejarah silam di mana majoriti ahli alumni sempat berpengetuakan beliau dapat merasai senario yang beliau ceritakan itu. Walaupun aku tak dengar buah butir ceritanya kerana aku sibuk di bahagian belakang pentas selaku pengacara terjun tapi aku dengar sesekali terbarai gelak ketawa serta tepukan para hadirin. OKlah tu.. setidak-tidak dapat mengisi ruang masa yang ada sambil menanti yang lain tiba.

Terpancar rasa seronok dan kecewa. Seronok berjumpa adik-adik junior sewaktu aku berada di tingkatan enam atas. Mana yang tinggal di asrama dalam, hampir semuanya aku masih ingat lagi namanya. Ramai yang berubah bentuk, semakin "sihat" nampaknya. Hehehe, aku pun apa kurangnya! Seronok juga melihat satu batch yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan perintis SRP di SAMTSSAAS. Aku rasa mencecah 20 orang ramainya yang hadir. Cuma sedikit rasa terkilan tak sempat besembang lama kerana mereka ternyata lebih jelekit dengan kumpulan mereka sahaja. Ternyata kumpulan tersebut berjaya menarik perasaan sayang dan cinta akan sekolah lama ini. Justeru mereka hadir walaupun tentunya tetap bergelut dengan perkara-perkara lain untuk hadir. Buktinya, ramai yang tak dapat bertahan sehingga acara selesai. Bahkan bukan mereka sahaja, malah sebahagian besar hadirin terpaksa bergegas meninggalkan majlis sebelum majlis dijangka usai sekitar 3.00 petang.

Sesi taaruf, memang tiada dalam agenda. Petang, sepatutnya ada sesi sembang santai kedua yang dipengerusikan seorang lagi anak Pak Selamat. Tapi bukan adik aku. Kebetulan nama bapa kami sama. Namun, kelibatnya pun aku tak nampak. Entahlah, sama da dia tahu atau tidak bahawa dia akan jadi moderator. Tapi tak apalah, slot tu pun tak jadi sebab menjangkakan tiada sesiapa yang akan menonton slot tersebut kalau diteruskan. Hampir-hampir sahaja sesi taaruf tersebut dibatalkan lantaran pihak yang bertugas jaga public address system (P.A.System) telah berkemas-kemas nak balik. Mujurlah pengerusi PIBG, mantan pelajar sekolah kami juga berjaya memujuk petugas tersebut.

Rupanya sesi taaruf yang dibuat secra ad-hoc itu pula yang nampak happening. Perkongsian cerita peribadi sehingga kepada idea sumbangan serta harapan kepada alumni memecahkan beberapa cerita penting guna untuk kelangsungan alumni itu sendiri. Begitu ramai rupanya dalam kalangan mantan pelajar SAMTSSAAS yang bergiat dalam lapangan koperat. Mengusahakan pelbagai jenis syarikat sehingga ada yang sudah bergelar jutawan. Bidang pendidikan tentunya yang paling ramai terutama golongaan hawa. Tetapi, golongan adam yang ada pada waktu itu memonopoli bidang ushawan. Justeru, harapan untuk melihat Al-SAMTiS tegak serta terus melangkah ke hadapan tentunya semakin cerah.

Sebelum stering kenderaan membelok ke kiri seterusnya melepasi pintu pagar, hatiku sangat teruja sekali untuk memasuki blok-blok bangunan di mana tempat aku dan isteriku menimba ilmu suatu ketika dahulu. Lantas, stering kereta ku pusing ke kanan melalui blok kantin, dewan makan asrama dan seterusnya memeasuki ruang perhimpunan di mana aku pernah mengusung tilam dari asrama luar ke dataran tersebut lantaran tidak puas hati kerana kami tidak dilayan secara adil oleh pihak asrama dan sekolah. Tilam baru untuk asrama dalam, dan di luar hanya diberikan tilam terpakai yang telah digunakan oleh pelajar asrama dalam. Itu pada tahun 1983. Hahaha.. aku pun tak tahu bagaimana idea itu timbul. Aku ikut sahaja.

Sekitar 20 minit aku melalui corridor mencari di mana kelasku sewaktu di tingkatan 4 hingga 6 atas. Mengutip nostalgia silam yang penuh dengan warna kelabu. Aku hanya ada semangat dan cita-cita yang tidak padam-padam. Selebihnya aku tidak punya apa-apa. Jika aku tidak berupaya mepertahankan semangat dan cita-cita yang satu-satunya itu entahlah di mana aku pada saat ini...

SAMT SSAAS akhirnya aku tinggalkan dengan harapan akan bertemu lagi setidak-tidaknya untuk pertemuan yang sama temanya pada tahun hadapan. Dengan harapn akan bertemu lagi rakan-rakan lain yang telah sekian lama menyepi. Semoga usaha menjalin ukhuwah menganyam mahabbah ini tidak akan terhenti selagi hayat masih ada. Insya Allah...

Koleksi Foto [1] [2]

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template