The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, June 8, 2010

KHIDMAT KAUNSELING UNTUK ATASI GANGSTERISME DI SEKOLAH: MUYIDDIN

Tuesday, June 8, 2010
Bookmark and Share
KUALA LUMPUR: Kerajaan berusaha menyelesaikan masalah gangsterisme di kalangan pelajar sekolah menerusi khidmat kaunseling, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya khidmat kaunseling yang diberikan tidak mampu mengubah sikap pelajar terbabit, barulah tindakan tegas akan dikenakan.

"Berdasarkan laporan yang diterima kementerian, seramai 32 pelajar sekolah menengah terlibat dalam kegiatan itu pada 2005 diikuti 56 orang (2006), 49 orang (2007), 81 orang (2008) dan 60 orang (2009)," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, definasi gangsterisme di sekolah adalah merujuk kepada murid yang melakukan salah laku berunsur jenayah seperti pemerasan, ugutan, memukul atau seumpamanya secara terancang.

Katanya, bagi kes yang membabitkan murid sekolah rendah, perlakuan seumpamanya dikategorikan sebagai kenakalan kanak-kanak dan tindakan yang diambil adalah secara dalaman dengan melibatkan ibu bapa mereka, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selain usaha memberi kesedaran kepada murid terbabit.

"Langkah lain yang diambil bagi membendung masalah berkenaan termasuk membentuk kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi program Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) serta membabitkan ibu bapa melalui PIBG dan masyarakat dalam aktiviti di sekolah dalam usaha membendung masalah gangsterisme.

"Kementerian juga menggalakkan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di sekolah dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)," katanya.
Muhyiddin berkata, sehingga tahun lalu sejumlah 7,046 buah KPJ telah berjaya diwujudkan merangkumi 1972 kelab di sekolah menengah dan 5,074 kelab di sekolah rendah. - BERNAMA

-----------------------------------------
Biasanya, data yang dilaporkan (dalam kes-kes jenayah) adalah 1/4 daripada keseluruhan kes yang berlaku. Justeru, ia satu fenomena yang amat-amat membimbangkan di sekolah-sekolah pada hari ini. Jadi, dicadangkan agar sekolah-sekolah yang berisiko tinggi berlakunya kes-kes jenayah yang melibatkan para pelajar sekolah diwujudkan pondok bit polis. Sehingga kini pegawai perhubungan polis di sekolah yang wujud, tidak menyumbangkan apa-apa yang signifikan dalam menurunkan kes salah laku mahupun jenayah dalam kalangan pelajar sekolah. Sekiranya ada kekangan daripada aspek teknikal dan undang-undang, atasi segera sebelum nasi menjadi bubur.

Kesian gak kepada kaunselor pelajar di sekolah. Nak handle kes disiplin yang biasa-biasa pun masih tak beres sepenuhnya...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template