The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, June 7, 2010

FACEBOOK VS KARAOKE

Monday, June 7, 2010
Bookmark and Share
Kali ini aku online di tempat yang agak "eksklusif".... Dalam ruang sederhana besar, air-cond, coffe-maker, sofa sederhana empuk, televisyen, wi-fi enable.... Aku tak boleh tidak kena berada di ruang ini lebih kurang tiga jam...hehehe... kat mana ek? Hahahaha... aku di TCSC (Tan Chong Service Centre) lah... Jalan Ipoh. Sebelum ini 1st time datang aku lenggang-kangkung jer... menyebabkan aku mundar-mandir ukur ruang pusat servis ni sampai keter siap... Kali ini aku lebih bersedia menghadapi tekanan kebosanan dengan membawa laptop... Bayangkan lah aku kena bertahan sekitar jam 12 tengah hari beb!

Sabtu dan Ahad baru ni aku ke rumah sepupuku di Felda Kecau 1, Kuala Lipis. Menerima undangannya yang melangsungkan walimatul urus anaknya yang sulung... Ni 1st time ke rumahnya tu... Tak lah jauh sangat... aku tak `set pun kat ODO meter keter jarak ke situ.. tapi aku rasa tak sampai pun 300 km. Tapi aku rasa jauh sangat sebab melalui kawasan berbukit bukau.... Menghampiri Kuala Lipis, hujan punya lebat disertai dengan angin yang sangat kuat...

Aku bertolak lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Singgah jap di Buki Beruntung ambik adik aku dan lebih kurang 12.20 baru bertolak. Aku bawak anak aku nombor thalith sekali. Isteri dan anak-anak yang lain tak ikut sebab plan asal kami semua balik ST sebab ada program nak kemaskan rumah ayah mertua. Hari isnin ni (esok) katanya bahagian hadapan ruamah nak di robohkan untuk ditegakkan rumah batu.

Tup-tup, hari jumaat tu emak aku call tanya sapa yang nak ke Kecau? Hah? Kecau? Baru aku teringat kenduri kat rumah sepupu aku tu! Hehehehe... nampaknya aku lah yang kena pergi lah tu. Sebab emak aku ada kata ... aku pernah janji nak ke rumah sepupuku tu kalau dia kahwinkan anaknya.... Bila isteriku tak dapat nak ikut, aku pun call adik aku kat BB. Nasib baik dia setuju...

Sampai di Kecau lebih kurang pukul 6.00 petang! Berhenti rehat kat di Restoran Sri Bilut lebih kurang pukul 3.00 petang dan berhenti skali lagi di Petronas tak jauh dari K.Lipis untuk solat jama' takkhir lebih kurang 5.30 petang. Lepas tu tempuh hujan lebat selebatnya...

Sekitar jam 9.00 malam, setelah majlis tahlil usai, bermulalah "majlis" karaoke! Hahaha... paman aku (ustaz) tak lama kemudian hilang. Rupa-rupanya ke hotel muslim* tak jauh dari situ dan terus tidur di situ. Aku terpaksa layan beberapa warga emas nak masuk platinum menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu-lagu irama 50-an kerana keter aku diblock dengan sebuah keter lain... Lalalalalaa...Kekadang sedap gak suaranya tu... tapi bila bunyi muzik lagi kuat daripada vokal.. kalau betul-betul sumbang pun tak lah ketara sangat...

Tapi bukan ini kali pertama aku mendengar alunan karaoke warga emas ni... Malah kata sorang saudara aku, karaoke dah jadi fenomena di kawasan-kawasan seperti felda! Bukan sikit jam beb! Tamat siaran sekitar 12.30 malam! Lajak sikit permit ceramah yang kena tamatkan perkataan terakhir tepat pada pukul 12.00 tengah malam.

Kata sepupuku... ada dalam kalangan warga emas tu dah bercucu! Punyalah kelakar... mereka memakai uniform yang dipakai masa majlis tahlil tadi. Baju Melayu, kain pelekat, songkok hitam dan ketayap putih. Tapi, daripada gaya serta tone suara, merreka biasa berkaraoke. Kekadang sedap gak hehehe..

Salah ke berkaraoke? Kalau tanya kat ramai orang dah tentu ada pelbagai pendapat. Tapi, oleh sebab ruang ni aku yang punya.... aku nak nyatakan pandangan aku lah... bagi aku, ada dua pandangan. Aku tak lah rigid sangat pasal nyanyi-nyanyi nih.. bagi aku kalau sekadar nak hiburkan hati sendiri tak salah... Kalau mampu nak hiburkan orang pun kira-ok kalau memang suara kita mampu menggembirakan orang yang sedang duka nestapa... Dapat pahala ker? Entahlah jangan tanya lebih-lebih lah.... hehehe..

Tapi, dalam kes berkaraoke sampai tengah malam nih, aku rasa tak berapa baik lah. Lebih-lebih lagi kalau dilakukan di tempat terbuka serta menggunakan loud speaker. Macam kat sebuah felda di Selangor... Geng warga emas ni lah gak... bernyanyi sampai tengah malam.... ada pulak tu opah-opah dan emak-emak yang turut sama! Haru gak dibuatnya... Bayangkan atok-atok dan opah-opah berkaraoke tengah-tengah malam... kalau ada cucu kat rumah macam mana? Hmm.. apa kata "cucu-cucu" orang lain yang tak dapat tidur dek nyanyian mereka itu... Ada sesetengah tempat, hampir tiap-tiap malam. Tolak malam jumaat. Sebabnya? Faham-fahamlah sendiri...

Sehingga kini aku belum menemui sampel yang sesuai untuk ditemu ramah... untuk ditanya kebaikan berkaraoke mengikut pandangannya lah... Bagus juga kalau dapat... Tapi aku tak nak janji tau... Cuma, setakat ini aku mengandaikan tak banyak kebaikan yang depa boleh bagi. Hujah pertama... daripada bosan di rumah, mereka berjumpa kawan-kawan sambil ngeteh dan ngopi... mereka nyanyi suka-suka. Selebihnya aku tak pasti kalau ada kebaikan-kebaikan lain... Tapi aku jangka ada satu hujah lain...

"Lebih baik apa... daripada macam budak-budak yang masuk internet tengah-tengah malam.. Entah apa yang depa tengok pun tak tahu... Sekurang-kurangnya macam kami ni tak buat kejer yang tak bermoral..."
Entahlah... mungkin ada benarnya. Apabila ibu bapa tak memantau anak-anaknya surfing internet tengah-tengah malam dalam bilik yang berkunci, aku setuju ia akan mengundang "bahaya" yang lebih dahsyat daripada warga emas yang berkaraoke sehingga dinihari. Kalau pun anak-anak tidak menelusuri laman-laman lucah, porno dan seks (LPS) tapi kalau mereka melayan laman-laman sosial seperti facebook, friendster, Hi5, twetter dan sebagainya sehingga lupa tidur apatah lagi pelajaran... apa ke jadahnya kan?

Bila memperkatakan buruk baik berkaraoke sehingga larut malam dan berinternet sehingga awal pagi payah gak nak cerita. Aku rasa masing-masing ada sedikit kebaikan dan banyak keburukan. Jadi statusnya, kena tinggalkan lah... Tetapi jika ia dilaksanakan dalam kondisi-kondisi tertentu sehingga mampu menambak nilai-nilai positif, statusnya sudah pasti akan beubah kepada yang lebih baik...

Umpamanya, berkaraoke... dalam rumah. Ajaklah anak isteri berkaraoke dalam ruang rehat. Lagu-lagu yang berupaya mendidik jiwa seperti nasyid, ngaji ker alangkah indahnya kalau menjadi santapan halwa telinga. Tentunya dapat merapatkan hubungan kekeluargaan... berkongsi minat yang sama ngan anak isteri atau suami... Alunan muziknya tidak;ah sampai mengganggu jiran-jiran tetangga yang mungkin tidak sesuai diganggu dengan bunyi-bunyi macam itu... kerana bukan semua orang mesra dengan muzik. Tak perlulah berkunjung ke kedai-kedai makan minum untuk berkaraoke... lebih-lebih lagi bai golongan hawa... balik dari kedai tu nanti, manalah tahu jadi benda lain pulak...

Bagi anak-anak atau golongan dewasa yang berinternet pula, jika tidak mampu mematuhi "etika" berinternet secara sihat. Onlinelah sewaktu ahli keluarga masih celik. Bila semua mulai menuju ruang peraduan, talian internet dan wi-fi ditamatkan perkhidmatannya. "Berlayarlah 'di ruang tamu atau ruang keluarga menggantikan amalan mengunci diri dalam bilik. Ia boleh mengundang perkara-perkara lain yang lebih negatif...

Tabiat gila berfacebook juga seharusnya dikawal. Tetapkan matlamat utama mengakses ke facebook. Tetapkan aktiviti kepada beberpa perkara sahaja. Sebagai contoh add friends, notofication dan personal message. Masalahnya bila kita ke top news dan most recent news... maka kita akan keluar masuk laman rakan-rakan yang akan mengambik masa yang sangat panjang... Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak menghalang anak-anaknya berfacebook, tetapi beberapa kajian yang telah dijalankan menampakkan facebook mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan masalah kemersotan pelajaran anak-anak. Justru, perlu ada masa yang khusus untuk anak-anak berfacebook seumpama menetapkan masa untuk mereka menonton televisyen. Umpamanya, sejam sehari pada waktu petang. Kecuali bagi anak-anak yang tinggal di asrama, hujung minggu waktu balik ke rumah bolehlah dibenarkan anak-anak berfacebook.

Kesimpulannya, berkaraoke dan berinternet memerlukan kawalan tertentu agar tidak menyumbang kepada gejala lain yang tidak sihat. Jika si ayah berkaraoke sehingga tengah malam umpamanya, sudah tentu ada anak-anak yang akan menggunakan alasan yang sama untuk merempit atau melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah pada waktu ayahnya berkaraoke. Atau ada anak-anak yang melayari laman-laman LPS sewaktu ayahnya tiada.... Justeru, jangan biarkan aktiviti yang dilihat baik itu akhirnya menelan seluruhnya sisa-sisa kebaikan yang ada akibat sikap kita sendiri. Sesungguhnya kebaikan itu perlu diwujudkan... ia tidak akan hadir sendiri atau secara semula jadi. Kata Saidina Ali K.W.
"Suatu keburukan yang dirancang dengan baik akan mengalahkan kebaikan yang tidak dirancang dengan baik"



* masjid lah hahaha.....

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template