Sewaktu kali pertama aku diberitahu bahawa di Poliklinik Kemasyarakatan Tg.Malim (hospital lama) menawarkan suntikan percuma vaksin H1N1, aku sudah terlewat. Melalui maklumat rakan-rakan yang telah berkesempatan pergi ke poliklinik, ia akan ada lagi tetapi tidak pasti bila.
Justeru, apabila pada hari rabu lepas, aku diberitahu vaksin tersebut telah ada, aku dan seorang rakanku pergi ke poliklinik tersebut. Pada mulanya semacam acuh tak acuh juga nak pergi. Maklumlah melalui rakan yang telah disuntik, dia demam dua hari serta beberapa gejala yang lain. Maklumlah pada hari sabtu ni, aku kena pergi Ipoh ada mesyuarat BSMM.
Namun, setelah memikirkan kemungkinan gelombang kedua H1N1 lebih dahsyat berbanding gelombang pertama, aku nekad untuk mendapatkan vaksin tersebut. Macam biasa, dalam menghadapi situasi yang tidak pasti di poliklinik aku terus menuju ke kaunter pertanyaan. Aku bimbang kalau-kalau prosedur yang terlalu rumit menyebabkan masa yang terlalu lama diambil kerana aku memaklumkan kepada pengetua prosedur tersebut mengambil masa yang agak singkat.
Ternyata pihak hospital atau KKM menggunakan pendekatan yang sangat proaktif. Aku terus menuju ke bilik nombor6 untuk mendapatkan suntikan. Ada seorang rakanku yang lebih awal sampai sedang menunggu giliran. Aku dipersilakan masuk sambil seorang nurse meminta kad penganalanku. Aku diberi sehelai kertas seperti checklist. Ada 21 item yang menyatakan gejala-gejala kesan pengambilan vaksin tersebut. Ia akan berlaku dalam jangka masa 28 hari. Risau juga... macam-macam rupanya gejala tindak balas sistem pertahanan badan terhadap vaksin tersebut. Sedikit cool, apabila nurse yang bagi penerangan tu kata dia tak rasa apa-apa pun selepas ambik pelalian tersebut.
Hari ini dah masuk hari kedua selepas dapat pelalian tu. Demam tak, tapi rasa macam tak berapa fit jer. Ada sakit tekak sikit. Pada kawasan kena injek tu rasa sengal.. Mungkin itulah agaknya tindak balas yang aku alami. Namu, ada yang kata pulak... dalam tempoh 28 hari tu... ada kemungkinan muncul gejala-gejala yang lain pulak.. Huh..! Harap-harap jangan sampai tak boleh bangun sudahlah... Mudahan...
Cuba menghebahkan kepada isteri dan rakan-rakannya di sekolah, tetapi tak dapat nak keluar waktu sekolah. Petangnya pergi ke poliklinik tu lagi.. malangnya vaksin dah habis.....

0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...