Aku mendapat maklumat bahawa perjumpaan mantan pelajar SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 akan diadakan pada hari ini daripada seorang junior di sekolah lama aku itu. Itupun melalui facebook. Namun, begitulah biasanya... bila dah dekat dengan tarikh tersebut barulah terhegeh-hegeh mencari maklumat. Pagi tadi sekitar jam 6.00 pagi aku masuk sekali lagi facebooknya bagi mencari maklumat yang berkaitan dengan perjumpaan tersebut... Sedikit hampa apabila surat yang ada dalam koleksi fotonya tidak begitu jelas walaupun aku cuba resize dalam words... Ketika itu, aku masih belum pasti sama ada hendak duduk di rumah hujung minggu ni atau ke program tersebut... Tengok dalam surat habis pukul 4.00 petang... menjadikan hati semakin tawar nak pergi.
Tetapi... alangkah tak patutnya. Sekolah yang memungkinkan aku berada pada kedudukan ini dianggap tak penting...! Jadi, aku berbincang sekejap dengan isteri sama ada dia juga nak ikut sama sebab kami dari sekolah yang sama. Oleh sebab anak nombor thani aku nak balik ke asrama petang ini, maka isteriku berkeberatan hendak pergi... Logik juga alasannya... Kalau aku lambat balik, dia boleh hantar ke asrama...
Jadi, sekitar 7.10 pagi aku keluar menuju ke stesyen petrol sebab dengan satu bar meter minyak dan sepanjang perjalanan 70km tidak akan tempoh stesyen petrol tentunya sah-sah tak sampai. Aku hanya mula meninggalkan stesyen petrol sekitar 7.20 pagi. Mengikut tentatif program, majlis akan bermula sekitar 8.45 pagi. Macam-macam fikiran terkumpul dalam kepala. Maklumlah nak ke tempat yang telah lama ditinggalkan sambil menjangkakan akan berjumpa kawan-kawan sekelas atau seangkatan sewaktu berada di sekolah tersebut antara tahun 1981 hingga 1984. Tapi, aku sempat balik semula ke situ sebagai guru sandaran pada December 1989 dan Januari 1990. Oleh itu dah 2o tahun aku tak masuk ke perkarangan sekolah. Setakat lalu-lalang kat jalan besar di hadapan sekolah adalah juga... Bagi tahu kat anak-anak kat sekolah inilah ayah dan ibu sekolah..
Sesampai kat luar pagar sekolah, aku dah panik sebab pintu pagar tutup... Tak mungkin program tak jadi! Rupa-rupanya aku silap masuk. Pintu masuk utama melalui Jalan Tebuk Berihun... Aku pun masuk dan park kereta menghadap bangunan berbentuk E... Alih-alih pihak sekuriti meminta aku terus masuk ke belakang melalui susur tepi bangunan tersebut. Ya Allah, punyalah luas sekolah ni, banding masa aku bersekolah. Aku meletakkan kenderaan di sebelah dewan yang agak lengang. Hanya beberapa buah kereta sahaja yang ada pada waktu itu.
Menjelang 9.00 pagi baru agak ramai rakan-rakan datang. Namun, yang ramai peringkat adik-adik. Kawan-kawan lelaki yang seangkatan tak nampak bayang. Cuma yang ada kawan-kawan perempuan termasuk salah seorang daripadanya merupakan jawankuasa penaja alumni ini. Oleh sebab sepanjang 4 tahun di maahad ni aku duduk 3 tahun di asrama dalam, maka aku mengenali ramai adik-adik yang tinggal di asrama dalam. Jadi, tidak terasa sangat bahawa aku "keseorangan" pada ketika itu.
Hahaha... ramai yang telah bertukar bentuk dan wajah. Saiz daripada S kini dah jadi XXL! Muka pulak dah berkedut-kedut, uban bertabur menampakkan usia yang semakin tua... Begutulah hukum alam...
Guru-guru tidak ramai yang hadir. Mungkin masing-masing ada hal. Namun, beberapa orang yang ada itu cukup mengubat rindu akan peristiwa silam tatkala bergelar pelajar. Namun, dimaklumkan bahawa dah ramai juga guru-guruku telah kembali ke rahmatullah... Begitu juga dengan rakan-rakan...
Semoga usaha ini akan diteruskan. Ramai yang masih tidak tahu tentang perjumpaan ini. Maklumlah publisiti yang agar terbatas disebabkan tiada data based yang lengkap tentang maklumat pelajar. Oleh itu semoga dalam perjumpaan yang akan datang lebih ramai lagi warga mantan pelajar SAMTSAAS Batu 38 yang akan hadir.
Dalam majlis tersebut, pihak sekolah menerima replika chek bernilai RM10,000 sumbangan daripada para peserta alumni. Upacara penyampaian replika chek tersebut disempurnakan oleh Dr.Zulkifli Hj.Aini (Pengerusi) dan disampaikan kepada Tn.Hj.Darail Omar, pengetua sekolah.
Foto lain klik di sini
2 PANDANGAN:
Assalamualaikum wrt.,
Cikgu kalau saya tak buka blog cikgu ni pun saya tak tahu ada perjumpaan seumpama ini....agaknya kena buat jejak kasih jugak kot...rindunya dengan kawan-kawan....tak tahulah masih dikenali atau tidak....ct..spital putrajaya
Salam cik CT... Alhamdulillah sekurang2nya blog ini dapat juga memainkan peranan yang kecil dalam menemukan kawan2 lama... Perjumpaan di SAMTSSAAS Bt.38 baru2 ini rasanya adalah langkah permulaan kepada satu perjumpaan yang lebih besar nanti Insya Allah... Walau bagaimanapun perjumpaan secara tidak rasmi mengikut batch berlangsung dari masa ke masa... kalau ada FB sila add nama saya "Abd Malek Selamat" atau nama kawan2 lain sebagai gateway kepada ruang perjumpaan secara maya yang lebih besar dengan rakan2 yang lain...
Atau pun masuk terus ke FB Alumni SAMTSSAAS Bt.38...http://www.facebook.com/pages/X-SAMT-SULTAN-SALAHUDDIN-ABDUL-AZIZ-SHAH-BT-38-SABAK-BERNAM/109139715781771 atau ke blog alumni...http://alumnimaahadsalahuddin.blogspot.com/
Bekerja sebagai doktor? nurse? di Hospital Putrajaya?
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...