The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, March 10, 2010

RANGKUMAN PERSITIWA...

Wednesday, March 10, 2010
Bookmark and Share
Agaknya ramai juga yang tertanya-tanya apa cerita result STPM 2009 sekolah aku khususnya mata pelajaran yang aku ajar. Lebih-lebih lagi para pelajar yang pernah aku bagi ceramah sebelum peperiksaan STPM 2009 tempoh hari. Dan, tentunya ada yang meramal suatu yang tidak positif telah berlaku sebab, biasanya kita akan segera mengkhabarkan kepada orang lain kalau ada berita yang positif kan? Ni... dah lebih 2 minggu masih senyap... blog pun tak diupdate...

Sebenarnya bukan pasal meningkat atau merudum yang menyebabkan aku tak update blog nih... Dalam kepala ada beberapa cerita yang nak dikongsi. Cuma, masalah yang sebenarnya ialah kekangan masa yang semakin menghimpit. Selepas lawatan ke Putrajaya, aku terlibat dalam raptai Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-36 sebagai pengacara. Ditambah pula dengan aktiviti hujung minggu menziarahi anak-anak di asrama (kalau tak time balik rumah...)

Hujung minggu lepas aku ke sekolah anakku yang nombor wahid di KKB. Bukan semata-mata nak hantar bekalan air "bersih" yang sebanyak 15 liter itu dan sedikit wang saku, tetapi untuk memenuhi jemputan dan pelawaan guru PA sekolah tu untuk aku memberikan input kepada para pelajar tingkatan 6 Atas yang seramai tujuh orang itu. Sekolah SABK nih lain sikit... masa lower six depa tumpu STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) bila dah tak bagus sangat result atau tak boleh bawak medium bahasa Arab, mereka fokus pulak STPM... Jadi, ada lah beberapa bahagian dalam PA masih belum mantap. Itu yang depa jemput aku...

Hujung minggu sebelumnya, aku sekeluarga ke SB bawak ayah mertua bersama adik ipar bertemu dengan seorang ustaz yang berkebolehan dengan perubatan alternatif. Mengikut fihrasat daripada beliau, ayah mertuaku itu sedang "berperang" dengan makhluk halus yang telah sekian lama menghuni rumah di ST. Sudah beranak pinak. Yang tegak bulu roma aku, ada anak-cucu makhluk tersebut yang on-off ke rumah aku! Jadi dengan aku-aku sekali berubat lah...

Entahlah aku sememangnya tak faham dengan sikap manusia... Angkara dendam kesumat sanggup melakukan suatu perkara yang terang-teragan boleh menyebabkan rosak aqidah dan iman. Aku tidak lah percaya 100% dengan apa yang diceritakan... Tapi darjah kepercayaan aku kini semakin meningkat sehingga melepasi 90% apabila cross-check yang aku buat dengan fenomena yang berlaku menuju satu kesimpulan yang sama. Segalanya bermula dengan perasaan dendam kesumat! Keluarga mertuaku kini sedang disihir oleh seseorang! Itulah perkataan yang mudah diungkapkan tanpa rasa selindung-selindung. Apa yang lebih tragis, emak mertuaku yang lebih setengah tahun meninggal dunia itu juga sebenarnya berpunca daripada perkara yang sama... Dan, angkara sihir tersebut sedang berusaha untuk menundukkan ayah mertuaku pula dan selepas itu seorang demi seorang keturunannya sehingga seluruhnya tamat!

Berbalik kepada result STPM 2009. Kesyukuran tidak terhingga sudah aku panjatkan ke hadrat Ilahi dan aku ulangi untuk kesekian kalinya lantaran berlaku peningkatan dalam dua mata pelajaran yang aku ajar bersama rakan sejawatku yang lain. Bagi pengajian Am peningkatan sebanyak 10.5% dan Kesusasteraan Melayu sebanyak 6.31%. Inilah dunia cikgu... baik dan buruk; bagus dan tidaknya bergantung kepada pencapaian secara kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan awam. Semacam tidak adil, tapi itulah mekanisme yang mudah diterima oleh umum dalam menilai prestasi seseorang guru. Suka atau tidak, kita semua mesti menerimanya.

Facebook Comments

3 PANDANGAN:

Anonymous said...

SMK DATO'TG KARANG-AYU FARIDAH NORAZMAN ANTARA BEST STUDENT KEBANGSAAN STPM 2010

ADMIN said...

Tahniah dan syabas...

salmahj on March 20, 2010 at 2:44 PM said...

Salam, Tahniah atas kejayaan cikgu dan sekolah cikgu

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template