The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, March 12, 2010

CERITERA PILU SEORANG SUAMI 3

Friday, March 12, 2010
Bookmark and Share
I

Hahaha... biarpun kekadang perasaanku "dibuai-buai" bila aku dikatakan lebih muda (perasan...) berbanding usiaku yang sebenar, namun aku tidak boleh menolak hakikat bahawa fizikalku sebenarnya semakin dimamah bilah-bilah masa yang berlalu, serta menyingkirkan kekuatan serta keupayaanku sewaktu aku berusia sepuluh tahun yang lalu... atau sewaktu aku awal 30-an. Kala itu aku mampu berjaga lewat tanpa rehat pada waktu sorenya.

Hari ini aku agak keletihan. Bergegas balik ke rumah apabila isteriku menelefon ke sekolah lantaran keretanya meragam. Air-cond panas dan ada bunyi bising pada bahagian enjin. Masalahnya sebenarnya agak kecil. Namun, apabila komunikasi yang sewajarnya tidak berlaku kerana aku tercicir handphone sewaktu bergegas ke sekolah pagi tadi menyebabkan aku tergesa-gesa perlu pulang kerana memikirkan kerosakan yang lebih serius berlaku pada kereta tersebut. Betapa malunya apabila tuan pengetua yang menerima panggilan isteriku tatkala orang pejabat semua beristirehat sewaktu jarum jam menunjuk angka dua petang! Begitulah apabila teknologi komunikasi tidak berada di sisi kita apabila masanya ia diperlukan. Ia menimbulkan huru-hara dan porak-peranda! Tak pasal-pasal tuan pengetua mengarahkan rakanku yang ada di pejabat mencari aku!

Waktu rehat petang aku habiskan di kedai air-cond kereta. Syukurlah compressor recond yang aku ganti kira-kira sebulan lalu masih sah warrantynya. Agak kelakar apabila barang recond ada warranty selama tiga bulan tapi kalau compressor baru tak ada warranty plak! Tapi aku kena ganti juga filter, gas dan tambah satu lagi walve kat cooling coil! Ting-tong ting-tong... Hehehe... ongkosnya cecahlah sekitar 400,000 rupiah!

Selepas solat Maghrib aku rebah! Melayan keletihan fizikal dan minda yang berpusar jadi satu. Akhrinya aku lelap juga walaupun ada kalanya aku masih kedengaran bunyi bising anak-anakku yang nombor khomsah dan sittah memunggah barangkali buku atau fail dari rak buku yang berjumlah lima buah dan sememangnya menyendatkan ruang kamar tidurku ini.

Sekitar jam 11.00 malam aku bangun. Tatkala itu keadaan sudah sunyi... Memang betul, kertas, buku dan fail agak lintang pukang.

II

Pertanyaan daripada seorang rakan melalui ruang shout-box tentang sambungan "Ceritera Pilu Seorang Suami" sememangnya membangkitkan keterujaanku... malah bukan itu sahaja, beliau bersungguh-sungguh benar ingin tahu kesudahannya apabila turut bertanya melalui ruang YM! Justeru, dalam awal dinihari ini, dengan rasa mengantuk yang telah pergi aku cuba menyambung ceritera tersebut yang aku kira boleh dijadikan sempadan dan teladan kepada sesiapa sahaja yang membaca coretan ini hatta diriku sendiri.

Sebenarnya kisah tersebut masih belum selesai. Kedua-duanya sedang menunggu tarikh yang dinyatakan oleh tuan hakim sekitar bulan Mac ini. Bila dan hari apa tiadalah pulak aku maklum. Namun, beberapa perkara telah berlaku sepanjang tempoh penantian itu.

Menurut ceritanya, si isteri bersungguh-sungguh benar ingin kembali berumah tangga dengan suaminya. Tetapi, seperti dalam ceritera sebelum ini, "permohonan" maaf yang dilakukan tidak cukup kuat untuk membuka kembali pintu kemaafan sisuami. Usahkan mampu membuka pintu malah tingkap kemaafan juga tidak terbuka dengan cara yang tidak kreatif itu. Permohonan maaf seperti yang dulu-dulu juga... sejak lebih kurang sedekad yang lalu itu... Justeru, si suami tidak dapat sebarang "petunjuk" bahawa episod-episod hitam masa lalu itu tidak akan berulang kembali... Menyesakkan nafas dan jantung serta seluruh nadinya...

Si steri ceritanya telah mendapatkan "pertolongan" daripada beberapa orang yang berwibawa untuk menengahi dilemanya itu. Mula-mula pakciknya sendiri. Seorang yang sememangnya tinggi ilmu agamanya... "Marahlah" pakciknya itu terhadap si suami yang "kejam" terhadap si isteri! Lantas pakciknya itu menelefon si suami untuk mencari penjelasan! Rupa-rupanya betullah si isteri masih belum ada idea bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku. Dalam pada ingin berbaik itu, versi cerita yang disampaikan kepada pakciknya itu masih versi si isteri di zalimi suami, manakala episod kezalimannya kepada suami disembunyikan. Justeru, apabila si suami menghuraikan segala peristiwa dengan sejelas-jelasnya bagi membolehkan pakciknya itu membuat asas-asas yang konkrit dalam membuat pertimbangan, akhirnya pakciknya itu angkat tangan dan tidak sanggup menjadi orang tengah bagi pihak si isteri.

Tidak lama selepas itu, emak si suami pula ditelefon oleh seorang pensyarahnya! Pada masa itu pensyarah tersebut dikatakan gagal menghubungi si suami. Kisahnya, si pensyarah tersebut tinggal berdekatan dengan rumah sewa si isteri. Mungkin setelah melihat senario jirannya itu dengan "ketiadaan" suami serta anak lima itu, meneybabkan rasa simpati melimpah-ruah daripada sanubarinya. Versi yang sama juga. Kisah siisteri "dizalimi" suami. Terpaksalah emak si suami itu bercerita panjang lebar dengan hujah-hujah yang telah berlangsung di depan matanya sendiri.

Walaupun pensyarah tersebut mengakui tindakan salah si isteri, tetapi beliau masih mengharapkan ia boleh dijernihkan kembali. Emak si suami secara terang-terangan berkata kepada pensyarah tersebut beliau telah serik dengan segala yang belaku. Walhal seusia perkahwinan anaknya itu, beliaulah yang selalu diusung ke sana ke mari bagi membantu mengurus keluarga anaknya itu. Namun, apabila episod si isteri (anak menantu) lari dari rumah menyebabkan pendirian anak beranak itu sama sepakat dan kelihatan sukar diubah-ubah lagi! Nampaknya si pensyarah tersebut belum berputus asa... Beliau ingin mengatur pertemuan dengan kedua anak-beranak tersebut apabila masanya tiba.

Berita yang mutakhir, si isteri sedang melakukan ibadah umrah bersama rakanya. Anak-anak kini bersama si suami yang diambil sewaktu si isteri telah berlepas ke tanah suci Mekah. Itu pun setelah emak mertua si suami memintanya berbuat demikian kerana anak-anaknya tidak sihat. Mungkin kerinduan ayahnya yang sukar bertemu dengan anak-anaknya itu. Kecuali anak yang sulung masih di rumah sewa si isteri bersama neneknya kerana sebab persekolahannya.

Si isteri dikatakan memohon kebenaran daripada suami tatkala ingin mengatur ibadah umrah . Si suami akhirnya membenarkan si isteri ke tanah suci, walaupun mengikut si suami ia tak perlu pun kerana selama ini pun kebanyakan tindakan serta keputusan si isteri membelakangkannya..

Justeru, ceritera itu masih belum lagi menemui titik noktahnya. Menunggu apa yang akan berlaku selepas si isteri pulang dari menunaikan ibadah umrah. Menunggu apa yang akan berlaku pada suatu tarikh dibulan Mac ini di mahkamah. Menurut ceritanya si isteri tidak lagi mahu menggunakan khidmat lawyer, sebaliknya akan hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan pihak hakim. Namun, jika si isteri melakukan sebaliknya, si suami telahpun bersedia dengan seorang lawyer yang tersohor di seantero Malaya...

Sekian adanya untuk seketika ini...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template