
Semalam aku berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan lagi sebelum menjalani derma darah. Aku rasa suspens membuat pemeriksaan kesihatan lebih teruk daripada nak menderma darah! Keadaan tersebut bertambah-tambah lagi apabila beberapa orang kawan aku yang melalui prosedur pemeriksaan kesihatan akhirnya tak lepas ... Umpamanya kandungan glukos dalam darah yang tinggi, kandungan hemoglobin yang kurang dan tekanan darah yang terlalu tinggi. Inilah masalahnya apabila umur dah lebih 40-an. Dalam kalangan anak-anak murid aku, masalah kurang berat badan antara penyumbang terbesar mereka tak boleh derma darah.
Hahaha.. kesian sungguh dengan seorang anak murid lelaki aku ni... Dia punyalah bersemangat nak derma darah, alih-alih berat badannya hanya 45.3 kg! Nurse yang jaga kaunter tu kata tak boleh sebab had minimum nak derma mesti 45kg ke atas! Oklah tu.. lebih 0.3 kg... Rupa-rupanya ada pulak minus 1 kg bagi setiap berat badan penderma. Sebagai pengubat rasa sedih, pihak hospital kata, bila berat melebihi 46kg... terus pergi ke hospital untuk derma. Tapi perkhabaran itu tidak banyak menggembirakannya... Rupa-rupanya antara sebab dia nak derma darah sangat tu kerana nak kan sijil daripada pihak hospital!
"Cikgu, kalau derma di hospital dapat sijil ka cikgu?" Soalnya.
"Mestilah.. tak kira derma darah di mana asalkan dibuat oleh pihak hospital, mesti ada sijil.." Jawabku selepas aku mendapatkan kepastian daripada pihak hospital.

Aku bukannya orang yang sentiasa menggemari makanan berlemak. Malah aku agak kurang gemar makanan bersantan. Tapi lemak yang banyak tersebut disumbangkan oleh telur ayam yang aku sangat susah nak tolak! Oklah kalau pun aku berjaya mengurangkan makanan berlemak... masalah yang lainnya ialah nak bersenam! Hehehe... inilah yang paling susah... Hangat-hangat taik ayam jer... pernah gak berjoging di Tasik Embayu, Proton City.... tapi k-a-d-a-n-g k-a-d-a-n-g! Huhuhu.. macam mana nak bersenam 2 kali seminggu satu sesi 20 minit tu...

2 PANDANGAN:
salam, maaf.. datang menjemput jom klik sini ramai2
http://www.gengblogger.com/?ref=chekguisza
salam cikgu...
Teman bab nak derma darah ni yang lemah sikit ni. Bukan tak nak derma....tapi perasaan takut sejak zaman bebudak lagi menghalang niat nak menderma.Tambah2 time nak suntik jarum tu....adussss.dah jadi fobia...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...