Rupa-rupanya tarikh yang dinyatakan "suatu hari dalam bulan Mac" itu ialah 23 Mac 2010. Si suami dan isteri ke mahkamah rendah syariah untuk meneruskan proses penghakiman yang tertangguh kira-kira sebulan yang lalu.
Dalam menunggu tarikh tersebut beberapa persitiwa penting telah berlaku. Mengikut rakan yang akrab dengan si suami, isterinya menunaikan umrah ke Makkah pada awal bulan Mac yang lalu. Menurut beliau, pada mulanya si isteri hendak pergi secara senyap-senyap, tapi oleh sebab dia sedar berstatus isteri, sedangkan ke tanah suci merupakan tempat yang suci.. mungkin dibimbangi akan mengundang kesukaran semasa berada di sana maka si isteri memohon kebenaran daripada suami. Si suami terkejut besar dengan kehendak isterinya itu. Bila ditanya mengapa tergesa-gesa hendak pergi dan kenapa tidak menunggu selesai sahaja 23 Mac sahaja? Si isteri menjawab, dia hendak menenangkan fikiran sambil bersedia untuk menghadapi proses kehakiman yang akan berlangsung. Satu soalan yang lain berkaitan dengan kelulusan olah pihak penganjur program umrah tersebut membenarkan si isteri pergi ke Makkah tanpa muhrim terjawab dengan wujudnya "tumpang mahram". Iaitu si isteri menumpang nama kepada satu keluarga rakannya.
Mengikut sumber yang agak rapat dengan si isteri, rupa-rupanya si isteri ingin memohon kepada Allah S.W.T. agar proses perceraian tidak akan berlaku. Mungkin itu satu-satunya talian hayat yang ada bagi "menyelamatkan" ikatan perkahwinan mereka. Aku kira satu niat yang sangat bagus. Sepanjang isterinya isterinya ke Makkah, si suami menjaga empat daripada lima orang anak-anaknya di rumah emakknya.
Sekembalinya si isteri selama dua minggu di Makkah, si suami pun menghantar anak-anaknya ke rumah sewa isterinya. Sewaktu berada di rumah sewa itu satu sesi dialog empat mata diadakan bagi menghadapi tarikh 23 Mac. Enam perkara (yang aku tak pasti buah butirnya secara terperinci) telah dibincangkan secara agak detail. Cuma apa yang dimaklumkan, si isteri enggan menerima tuntutan si suami bahawa dia berlaku nusyuz. Mengikut seorang pensyarahnya, dia tidak dianggap nusyuz sedangkan yang lebih ramai menyatakan sebaliknya. Oleh sebab si suami mahukan win-win situation, si suami menerima permohonan isterinya serta bersetuju menyerahkan kelima-lima orang anaknya dibawah jagaan si isteri. serta memberikan nafkah kepada anak-anak sebanyak RM500 sebulan. Manakala si suami meneruskan beberapa tuntutan yang lain termasuklah hak melawat anak-anak sewaktu cuti sekolah dan lain-lain hari yang sesuai..., menafikan hak nafkah 'iddah dan mut'ah, menafikan hak tuntutan harta sepencarian dan beberapa perkara yang lain terhadap isterinya... Maksudnya, istilah nusyuz ditarik balik tanpa menghapuskan implikasi nusyuz dalam konflik antara mereka berdua. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju...
Entah macam mana... selang sehari, si isteri menarik balik persetujuan tersebut. Mungkin juga kesan daripada pandangan lawyernya. Justeru... si suami memohon pandangan daripada rakan-rakan lawyernya berkaitan dengan perkara tersebut. Antara pandangan yang paling jumhur, sekiranya persetujuan luar mahkamah tersebut tidak diperolehi di depan hakim... hanya proses menjatuhkan talak sahaja yang boleh dilakukan. Manakala lain-lain tuntutan perlu difailkan dalam sebutan yang lain...
Kekusutan tersebut amat memeningkan kepala si suami. Tergerak di dalam hati kecilnya untuk membatalkan sahaja proses mahkamah tersebut. Tetapi apabila melihat kembali perjalanan hidup selama lebih 3,650 hari yang lalu... dia rasa tidak berupaya untuk meneruskan hidup bersama isterinya itu. Apatah lagi pemikiran dan pandangan si isteri tetap tidak berubah selepas pulang dari Makkah. Keadaan ding-dong sewaktu membuat keputusan dan pertimbangan ternyata tidak berubah... Maka, biarpun penuh dengan keadaan-keadaan yang sukar diramal dia perlu meneruskan proses mahkamah tersebut.
Tarikh penting itu tiba juga akhirnya. Seperti dalam episod yang lalu... si suami bersama emak, abangnya dan seorang rakannya hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan terhadap si suami. Alangkah terkejutnya, si isteri hanya datang bersama lawyernya sahaja. Ternyata janjinya untuk tidak akan menggunakan khidmat lawyer tidak benar. Manakala, berseorangan dari selatan ke utara tanah air menaiki kenderaan awam menghadapi detik genting seperti itu ternyata satu tindakan yang sangat berani dan nekad... Ke mana perginya rakan dan sanak saudaranya yang lain? Atau si isteri sudah pasrah sepenuhnya dengan apa yang akan berlaku ataupun dia sendiri benar-benar keseorangan dalam menghadapi masalah yang direkanya itu?
Si suami masih belum putus asa untuk mengadakan perbincangan sebelum sesi mahkamah bermula. Atas persetujuan si isteri, mereka berjumpa bagi mencari kata sepakat di luar mahkamah untuk membolehkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Cuma pada kali ini si suami menyatakan segala pernyataan secara bertulis. Si suami menarik nafas lega kerana si isteri bersetuju dan menandatangani "surat" tersebut.
Kedua-dua belah pihak dipanggil masuk ke kamar hakim sekitar 12.30 tengah hari... Selepas lebih kurang 20 minit sesi berlangsung, si suami keluar dari bilik hakim dengan menggeleng-gelengkan kepalanya... Rupa-rupanya si isteri sekali lagi enggan menerima pernyataan yang telah ditandatanganinya itu... Dia hanya bersetuju untuk diceraikan sahaja!
Proses seterusnya berlaku di dalam bilik Sulh. Berlaku lagi perselisihan pendapat antara suami dan isteri di depan hakim... Antara isu yang agak pelik ialah si isteri menuntut harta sepencarian untuk anak-anak pula! Suatu pernyataan yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini. Si suami tergamam seketika, namun peguam si isteri hanya mengangguk-angguk sahaja. Setahunya hanya ada istilah harta sepencarian antara suami-isteri. Adakah si isteri menganggap selepas perceraian berlaku maka si suami terputus hubungan dengan anak-anaknya? Sedangkan hakikatya anak-anak masih anak-anak mereka yang akan mendapat nafkah daripada ayahnya!
Setelah diberi kata dua oleh hakim, akhirnya dengan rasminya talak telah dijatuhkan. Proses penjatuhan talak berlaku agak dramatik. Tatkala si suami membaca teks perceraian, perasaan hiba tiba-tiba bertamu dalam kalbu... Rasa syahdu mengiringi perasaan sebak sewaktu membaca bait-bait teks tersebut. Agak aneh... si isteri walaupun begitu bersungguh-sungguh mahu meneruskan ikatan perkahwinan itu tidak pula kelihatan sedih! Menangis jauh sekali... sebaliknya mampu mengukir garis senyuman dibibirnya! Ternyata amat sukar diduga sekali pemikiran dan perasaan si isteri tersebut...
Tatkala si suami dengan wajah lesi keluar dari bilik Sulh... si isteri masih bersama peguamnya. Mungkin ada sesuatu yang sedang dibincang bagi memikirkan tindakan selanjutnya yang akan diambil. Sehingga kini kes ini akan berlanjutan ke sebutan yang lain... Mungikin si isteri dan suami akan memfailkan kes tuntutan masing-masing kepada pihak mahkamah dalam tempoh yang terdekat. Alang-alang menjeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... alang-alang mandi biar basah... begitulah kata si suami. Jika persepakatan di luar mahkamah diingkari, maka pada prosiding yang akan datang, dia akan menuntut semuanya, hatta anak yang lima orang itupun akan dituntut semuanya!

2 PANDANGAN:
mana tau, si isteri menangis di dlm hati
emm...mybe...tp sekurang2nya tnjukkan luahan hati mlalui hkikat..nk kata malu, pd siapa hndak dimalukan..pd suami yg da hnpir sedekad..?? hmm..suatu yg amat x logik..
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...