
Sesungguhnya ingin membawa para pelajar ke luar sekolah dalam program lawatan atau perkhemahan sememangnya memerlukan komitmen yang lebih daripada 100%! Maklumlah sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu yang melibatkan program luar sekolah ni. Termasuklah isu jabatan gantung runtuh di Kuala Dipang. Justeru, itu jugalah yang menyebabkan cikgu-cikgu berfikir berpuluh-puluh kali untuk mengadakan program luar sekolah. Namun jauh di sudut hatiku, berkeyakinan membawa para pelajar tingkatan enam aka prauniversiti tentunya lebih mudah memandangkan usia dan status mereka yang kian menuju penghujung remaja dan alam dewasa pula mulai menjengahkan wajahnya.

Walaupun begitu, guru-gur yang pergi tidak juga berasa seronok sepenuhnya. Memandangkan result nak keluar, tak tahu apa cerita di sebalik keputusan tersebut! Lebih mendebarkan lagi mata pelajaran aku seluruh dunia tahu menjadi "nyawa" kepada para pelajar untuk ke menara gading. mahu sahaja aku menarik diri daripada trip tersebut. Tetapi, aku tidak punyai justifikasi yang kuat... Bukan guru kelas 6 atas tahun 2009..., bukan juga setiausaha peperiksaan STPM...dan bukan PK Tg6!

Melawat hanya dua "pusat maklumat" dalam masa sehari... nampak macam sedikit sangat. Tapi, ini bukan macam baraan hari raya puasa! Sekadar ambil sebiji dua kuih raya dan seteguk air sebagai syarat (katanya) kemudian tunggu naqib berselawat dan terus turun dan menuju ke rumah orang lain pulak... Tetapi, berada di pusat pengurusan maklumat berkaitan staistik dan SPRM persis tak cukup sekadar sehari. Yang eloknya setiap jabatan tersebut sehari dan malamnya menginap di mana-mana "istana hinggap" baru betul-betul puas hati...
Paling terasa singkatnya lawatan kami apabila berada di SPRM. Baru tahu rupanya SPRM ada group nyanyian bermesej. Mereka bergerak sehingga ke luar negara... Tertarik sangat dengan personaliti En.Razi Omar dengan gitarnya serta berpakaian serba putih, topi barreta putih, kasut putih dan bertongkat belang-belang hitam putih. Malangnya beliau hanya sempat mendendangkan sebuah lagu ketuhanan... Namun, bukan sekadar itu sahaja... beliau punya bakat berlawak! Tak kering gusi kami dibuatnya...

Sebelum balik, kami sempat singgah di Alamanda, sebuah shopping complex yang terbesar di Pj. Tidak membeli apa-apa pun sekadar makan malam yang ditaja oleh rakanku di McD... Terima kasih daun keladi.. hehehe... Bertolak balik sekitar 8.00 malam dan sampai di sekolah sekitar 10.30 malam. Berhenti sejenak di R&R Rawang untuk memenuhi permintaan para pelajar dan guru-guru..

1 PANDANGAN:
bab-bab nak urus lawatan memang saya cukuplemah, kalau ikut bila-bila masa ....pun tak pa
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...