I
Sepanjang perjalanan dari TM ke KKB aku sedar ada beberapa kawasan "bahaya" kepada para pemandu. Bahaya kerana jalan tersebut berliku-liku dan banyak double-line. Ia menandakan kawasan tersebut berisiko tinggi berlaku kemalangan. Tetapi selain daripada itu, ada satu lagi bahaya yang menanti para pemandu. Apa lagi kalau tak pak polisi! Hampir setiap kali ke KKB ada sahaja polis trafik menahan para pemandu yang speeding. Aku pernah sekali kena saman ekor sewaktu menggunakan kereta Proton Saga.
Jumaat lepas, sewaktu hendak mengambil anak di asrama, tiba-tiba pada satu selekoh aku nampak sebuah radio-car dan dua orang polis trafik sedang menjalankan tugasnya. Semakin aku menghampiri kawasan tersebut salah seorang pegawai polis tersebut memberi isyarat berhenti di bahu jalan.
"Ya Allah, kena saman ke aku ni?" Jantungku sedikit berdebar-debar.
Aku pun memberhentikan kenderaan sambil menunggu pegawai polis tersebut datang.
"Encik, mintak lesen dan kad pengenalan.." Seorang pegawai polis berkulit cerah, good-looking berusia dalam lingkungan akhir 20-an muncul di sebelah kanan keretaku.
"Kami sedang menjalankan ops sikap sempena Tahun Baru Cina. Encik telah memotong di kawasan larangan... Kena saman maksimum RM300..." Ringkas tetapi cukup mengejutkan.
"Err.. mintak maaf lah encik, saya tak perasan tadi kawasan tu tak boleh memotong.."
"Saya sedang ke KKB nak ambil anak yang sudah lama menunggu... Kawan-kawannya dah lama balik... tinggal beberapa orang sahaja yang tinggal.." Aku cuba merayu kepada pegawai polis tersebut dengan muka penuh kerisauan.
Polis tersebut melihat-lihat ke dalam keretaku itu. Anakku yang paling kecil menyusu dengan ibunya, anak nombor thani tengah tidur. Aku mengambilnya sebelum solat Jumaat tadi. Manakala anakku yang nombor khomsah sedang duduk terkebil-kebil melihat polis (antara individu yang paling ditakuti.... ialah polis).
"Oklah... nampaknya anak encik pun ramai.. Ini adalah amaran terakhir... " Nampaknya usahaku untuk melunakkan hati pegawai polis tersebut berjaya.
"Encik tak boleh bergerak dulu..." Pegawai itu kelihatannya mencatat sesuatu pada sekeping kertas kemudian bergerak ke arah belakang kereta. Setelah kereta di belakangku berlalu, dia menghampiriku sekali lagi.
"Encik tanda tangan kat sini.."
Aku pun menandatangani pada sekeping kertas dan polis tersebut menyerahkan helaian tersebut kepadaku dan aku terus berlalu. Sebelum beredar aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
Sekembalinya dari mengambil anakku, aku meneliti kembali di mana aku kena tahan tadi. Rupa-rupanya aku memotong di permulaan double-line setelah ada sebuah kereta tiba-tiba memperlahankan keretanya. Mungkin pemandu tersebut juga tidak perasan pada peringkat awalnya. Jadi, aku terpaksa memotong lah...
II
Pagi tadi lebih kurang pukul 4.45 pagi, aku tersedar dari tidur apabila terdengar bunyi dentingan benda yang mungkin diperbuat daripada alumunium dari arah hadapan rumahku. Dentingan tersebut semakin kerap dan tidak lama kemudian bunyi muzik mula kedengaran. Aku menyelak langsir tingkap bilikku memandang ke arah deretan rumah di depan rumahku...
"Huh, ingatkan orang Cina menyambut Chinese New Year!" Gerutu hatiku.
Kelihatan sekumpulan belia kaum India sedang berkumpul mulai menari-nari kecil di depan rumah kos rendah dua bilik. Ruang hadapan rumah yang disemen sepenuhnya itu aku kira memuatkan seramai 20 orang. Daripada sinaran lampu jalan yang melimpah ke arah hadapan rumah itu menampakkan pemuda-pemuda tanpa baju itu sedang bergembira. Daripada gayanya yang agak riuh rendah itu mungkin sedang mabuk.
Menjelang jam 6.00 pagi, keadaan semakin bertambah riuh. Bunyi radio yang agak kuat itu diselangi oleh jeritan-jeritan yang mungkin semakin naik syeikh. Ketika aku masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk, bunyi tersebut menjadi semakin kuat. tetapi anehnya dari ruang bilik tidur utama tidaklah sekuat itu. Mungkin struktur binaan dan reka bentuk rumah menyebabkannya sebegitu. Sewaktu catatan ini dibuat (7.55 pagi) bunyi radio masih kedengaran. Cuma belia-belia yang kekemarukan berjoget tersebut tinggal dua tiga orang. Namun jeritannya semakin kuat dan lantang. Malangnya, aku sepatah pun tak faham apa yang dijerit-jeritkan.
Aku fikir, emuda-pemuda tersebut patut malu kat jiran sebelah rumah tersebut. Sepatutnya mereka yang beria-ria bergembira sempena dengan kedatangan CNY! Keluarga kaum Cina tersebut hanya sekadar meletupkan mercun dan membakar bunga api sekitar jam 12.00 malam. Aku tak pasti kalau ada lagi letupan mercun selepas jam 12.30 malam, sebab aku tidur lena sehingga jam 4.45 pagi. Itupun sebab aku dengar dentingan tin minuman tersebut. Alih-alih kaum lain pulak yang terlebih ingka dengan kehadiran CNY ((agaknya).
Perasaan malu sepatutnya semakin meninggi lagi bila memikirkan dalam deretan rumah di sisi kiri dan kanan jalan majortinya kaum Melayu, yang mungkin sedang lena tidur. Lebih-lebih lagi jiran selang dua pintu rumahku yang masih dalam pantang melahirkan cahaya mata kira dua minggu yang lalu. Rumah rakan sekolahku itu memang lebih hampir dengan rumah tersebut. Entah boleh tidur entah tidak anaknya dengan bunyi bising tersebut.
Beginilah masyarakat kita. Tidak sensitif terhadap perasaan jiran-jiran tetangganya. Hendak sahaja aku menelefon pihak polis agar segera meleraikan "pesta mabuk" tersebut. Tapi, entahlah bimbang pulak orang tengah mabuk ni akan melakukan sesuatu kat rumah-rumah berhampiran secara rambang selepas polis pergi. Baling cermin kereta ker... cermin pintu rumah ker...
Pernah satu ketika, kalau tak silap hujung tahun 2008. Lebih kurang pukul 3.00 pagi. Bunyi hon kereta panjang dari arah sebuah kendreaan pick-up. Setelah bunyi tersebut tidak berhenti-henti, aku menelefon pihak polis. Setelah polis datang, aku memaklumkan apa yang berlaku dan aku berserta polis tersebut menghampiri kenderaan pick-up tersebut. Rupa-rupanya pemandu tersebut dalam keadaan mabuk dan badannya yang gemuk itu terdampar pada steering keretanya menyebabkan menekan hon.
Entahlah... siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang harus membuat tindakan. Jika dibiarkan, lama-kelamaan ia akan menjadi budaya yang tidak baik. KRTTB yang diasaskan kira-kira empat tahun lepas semakin senyap. Kini, tiada aktiviti yang melibatkan antara kaum di taman perumahan ini. Mesyuarat pun dah setahun lebih tak buat. Kalau ada, bolehlah gunakan wakil-wakil kaum India untuk berjumpa dengan tuan punya rumah tersebut. Lebih mudah untuk berkomunikasi... Shushah... shushah... Adusss!
3 PANDANGAN:
assalammualaikum
kena gerakkan balik persatuan penduduk tu...
Betul tu... Namun apalah daya saya nak menggerakkan seumpama seketul batu yang sangat besar...
Pada keesokannya, sewaktu aku sampai rumah dari kampung sekitar jam 7.00 petang. Aku dapati rumah tersebut sudah dipenuhi dengan tidak kurang daripada 10 orang pemuda India. Muzik dengan volume sudah kedengaran. Pada fikiranku "party" yang akan dilakukan pada malam ini tentunya bermula lebih awal.
Aku sudah tak tahan dengan gelagat mereka terus menghubungi pihak polis. Setelah memberikan butiran lokasi kejadian dan pastinya butiran tentang diriku, pihak polis berjanji akan mengarahkan kereta peronda ke lokasi tersebut.
Aku tak pasti bila polis sampai, aku pun tidak dihubungi oleh pihak polis dan tiada lagi bunyi gedegang-gedegung menandakan pihak polis telah menjalankan tugasnya dengan baik... Malam itu aku tidur dengan aman dan lena... Terima kasih polis...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...