Sekembali dari mencari barangan dapur, aku memaklumkan kepada isteriku nak hantar cuci pulak kereta Kancil. Aku cadang nak hantar ke kedai di mana Livina aku dicuci sebelumnya. Namun, aku terpaksa cari tempat lain sebab banyak kereta yang tengah “queue”.
Sewaktu aku menghala ke kedai tersebut tadi, aku perasan ada sebuah kedai cuci kereta yang tak banyak kenderaan. Aku terus masuk dan parkir kereta di ruang yang di arahkan. Kelihatan sebuah Naza Ria sedang dimandikan dengan “snow”, manakala Wira sedang divacum.
Aku tak pasti berapa darjah celicius suhu pada ketika itu. Rasanya berada di bawah kanvas putih yang agak luas, tidak banyak beza darjah kepanasannya berada di luar kanopi tersebut. Aku tercaricari angin sejuk walaupun kipas berputar ligat di tengah-tengah lelangit kanopi yang aku duduk. Memang panas betul cuaca sejak kebelakangan ini. Beberapa malam ini aku tidak dapat menghalang anak-anakku memasang air-cond sewaktu tidur. Namun, aku hadkan tempoh masanya kerana semua tahu sebenarnya berada dalam hawa dingin sepanjang malam tersangatlah tidak baik.
Tiba-tiba aku dengar sedikit kecoh antara tokey kedai dengan taun punya Naza Ria. Aku tak pasti apa puncanya, tetapi alarm kereta tersebut tidak mahu berhenti. Macam-macam bunyi yang keluar… kalau tak silap ada tiga atau empat jenis suara. Memang membingitkan. Sepasang suami isteri serta dua orang anak lelaki yang aku kira bawah 5 tahun duduk semula ke kerusi sambil si isteri mengetuk-ngetuk remote control alarm dengan
Agak kelakar juga tindakan si isteri tersebut. Selepas gagal memadamkan alarm yang bingit tersebut, dia
Sesudah usai, si isteri tersebut menyerahkan wang bayaran kepada salah seorang pekerja dengan tergesa-gesa dan terus start kereta. Si suami yang sedikit terpinga-pinga menoleh ke arah aku dan seorang lagi pelanggan yang ada di situ, sebelum menuju ke kereta bersama anak-anaknya. Aku kira alarm kereta tersebut akan sentiasa berbunyi sepanjang perjalanannya…
Kemudian tokey tersebut meminta seorang lagi pelanggan memasukkan kereta di bawah kanopi untuk dicuci.
“Encik, boleh kasi masuk itu kereta ka? Permintaannya kepada seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan aku.
“Kenapa, tak boleh cuci di luar ka?” Lelaki tersebut seperti marah kepada tokey tersebut.
“Di luar panas encik..” Suaranya seperti merayu.
“Tadi saya mahu masuk sebelah itu kancil you tak kasi!” Sungut lelaki tersebut.
Dengan sedikit geram lelaki tersebut mengalihkan keretanya masuk ke bawah kanopi. Setelah kereta itu masuk dan lelaki tersebut duduk semula dikerusinya, aku mendekati tokey kedai tersebut.
“Adik, bila alarm bunyi macam tu, bukan masalah battery ker? Aku bertanya sambil minta kepastian daripadanya sebab dia juga pemilik kedai mekanik kereta yang terletak di sebelah kedai cuci kereta tersebut.
“Abang, sapa lagi berani mahu kasi tahu sama dia… Bila dia kata kami basahkan dia punya alarm remote control” Tegas tokey kedai tersebut.
“Oh… memang dia nampak sangat marah..”
“Saya ada fikir juga, itu symptom battery sudah weak… tapi bila dia tembak sama kami… saya pun marah juga..”
“Hmm..” Aku mengangguk tanda setuju.
“Ini kali kedua Abang dia buat hal… Dulu dia kata kami ambik dia punya tumb drive. Dia mahu report polis. Tapi, bila kami check, dia punya tumb drive ada bawah seat, driver side.” Kelihatan wajahnya bertambah merah dan nada suaranya sedikit tinggi.
“Belakang, bila saya sudah kasi sama dia itu tumb drive.. baru dia minta maaf..” Keluhnya lagi.
“Ini orang pun marah saya juga..” Sambil menunjuk lelaki yang baru duduk itu menggunakan ekor matanya.
“Apa pasal?” Aku ingin tahu juga sebabnya.
“Tadi dia mahu masuk sebelah abang punya kereta, tapi kami tak bagi sebab ini kanopi hanya boleh satu kereta saja cuci.
“Oh…” Aku betul-betul terkesima dengan perangai dua orang yang sama kaum dengan aku ni…
Setelah usai, aku berlalu keluar dan menghala ke HB untuk mengisi petrol kereta Kancil yang sudah reserve. Lampu tanda minyak sudah hampir kering sudah menyala. Sepanjang perjalanan ke HB aku
Pertama, adakah kita wajar menggunakan kata-kata yang kesat apabila kita rasa mutu perkhidmatan yang kita bayar tidak memuaskan hati kita?
Kedua, adakah kita wajar memaki hamun pekerja yang kita bayar khidmatnya jika kita dapati ada barangan yang hilang sepanjang kenderaan kita diservis?
0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...