Kira-kira sebulan yang lalu aku ada menulis tentang Ceritera Pilu Seorang Suami. Aku kira hasil daripada majlis timbang tara yang melibatkan kedua-dua keluarga mengarah kepada penyelesaian yang positif. Maklumlah, ia telah masuk fasa antara keluarga. Tentunya, perasaan malu serta melihat masa hadapan, khasnya anak-anak akan menyimpulkan suatu resolusi membaiki lebih baik daripada meruntuhkan "mahligai kasih" yang telah dibina sejak sekian lama.
Namun, ternyata telahan dan tanggapanku meleset sama sekali. Berita terkini yang aku terima daripada sumber yang sangat dipercayai menyatakan hal yang sebaliknya berlaku. Kini kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung. Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Anak-anak untuk seketika ini masih dibawah jagaan siisteri. Namun, aku dikhabarkan sisuami sedang menyalurkan kekalutan keluarga melalui medan undang-undang pula.
Mulanya aku terasa kaget dan musykil sekali. Mengapa isu dalaman rumah tangga tersebut tidak boleh lagi diselesaikan di meja rundingan luar mahkamah. Kerana, apabila isu keluarga dibawa ke mahkamah, sudah pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Namun, lazimnya dalam konteks kes rumah tangga... yang memang jadi arang, yang kalah jadi abu... Mereka sebenarnya memperjudikan masa depan bukan sahaja diri sisuami dan isteri malah yang lebih serius lagi ialah masa hadapan anak-anak.
Tetapi setelah panjang lebar mendengar kisah tersebut, tenrnyata ia terlalu komplikated. Istana kasih yang dibina selama sedekad itu sebenarnya tidak sunyi daripada pergolakan yang berskala kecil sehinggalah berskala besar. Kemuncak kepada komplikasi yang melanda rumah tangganya itu ialah insiden siisteri keluar dari rumah mertua tanpa kebenaran sah daripada suami. Pada ketika itu sisuami ada di rumah tersebut. Apa yang lebih tragis, isteri secara sedar berbohong kepada suami untuk ke satu destinasi palsu, dan ia melibatkan emak dan abang siisteri yang bersekongkol sekali gus. Ia sebenarnya satu konspirasi yang dirancang dengan begitu teratur. Siisteri bersama emak dan abangnya "melarikan" sisiteri tersebut dengan semua anak-anak ke satu destinasi yang agak jauh. Episod yang diklasifikasikan sebagai isteri nusyuz itu ternyata tindakan nekad dan tanpa berfikir panjang kerana pada ketika itu ayah, emak dan adik beradik sisuami ada di lokasi kejadian. Malah, jiran-tetangga turut sedar akan peristiwa tersebut.
Melihat peristiwa yang biasanya berlaku dalam drama atau filem itu, si suami tergamam! Tatkala sisteri "dilarikan", si suami sedang menggosok pakaian untuk ke pekan yang terhampir bagi membeli persiapan pakaian anak-anak bersekolah pada bulan Januari. Jadi, berhimpunlah segala perasaan sedih, marah, bimbang, curiga, tanda soal dan seribu satu perasaan lain dalam minda dan perasaan si suami. Namun, oleh sebab episod pergolakan kecil-besar yang telah berlaku sepanjang usia perkahwinan mereka menyebabkan si suami tidaklah mengalami trauma. Malah sisuami telah berkira-kira untuk mengambil tindakan yang lebih jauh berdasarkan saluran yang dinasihati oleh pihak yang berautoriti.
Selepas suatu tempoh yang munasabah diberikan oleh suami, namun siisteri tidak berusaha menghubungi si suami menjadikan si suami hilang sabar dan terus membawa kes tersebut ke pejabat agama Islam di mana perkahwinan mereka didaftarkan. Segala insiden yang berlaku sepanjang usia perkahwinan sama ada kecil atau besar dicatat secara jelas oleh si suami dan disampaikan kepada pihak pejabat agama Islam.
Tindakan yang pada asalnya sekadar "mengugut" siisteri agar menyesali perbuatan tersebut dan memohon ampun atas dosa nusyuz ternyata tidak membawa apa-apa kesan kepada siisteri. Sebaliknya sisteri membalas tindakan sisuami dengan dia melaporkan beberapa perkara pula kepada pejabat agama Islam yang sama. Seolah-olah kesalahan yang dia lakukan tersebut lebih tinggi darjat kesalahannya berbanding kes isteri nusyuz.
Melihat kepada senario yang tidak membawa kesan yang lebih baik, dan sambil menunggu proses di pejabat agama yang perlu dilalui, sisuami telah memfailkan kes nusyuz tersebut di mahkamah syariah. Itupun atas nasihat peguam yang prihatin atas nasib yang menimpa suami tersebut. Serta justifikasi yang lain ialah, si suami tidak rela dianggap sebagai seorang suami dayus apabila tidak menghukum isteri yang nusyuz. Lebih-lebih lagi dia adalah seorang guru agama. Justeru hukuman yang dimaksudkan ialah keputusan yang akan dibacakan oleh hakim sekiranya siisteri mengaku bersalah. Jika siisteri sebaliknya tidak mengakui pertuduhan yang dibacakan, maka berlakulah perbicaraan yang akhirnya mengarah kepada suatu keputusan muktamad oleh pihak mahkamah.
Sehingga kini, pihak isteri dikatakan enggan menerima afidavit yang dihantar secara tangan oleh suami. Agak aneh, siisteri menolak daripada menandatangani afidavit tersebut kerana siisteri masih "menyayangi" rumah tangga mereka. Dan, tidak redha jika sisuami akhirnya akan menjatuhkan talak di mahkamah syariah.
Mendengar cerita yang panjang lebar itu, menjadikan aku insaf. Ternyata kepandaian tidak bererti jika kita tidak punyai akal budi yang luhur. Dan, akal budi yang tidak mampu bergabung dengan ilmu agama menjadikan kita persis manusia yang kelihata cantik di mata tapi hakikatnya hodoh dan hina. Sepatutnya semakin tinggi ilmu di dada, semakin berat pemikiran dan pertimbangannya lantas ia sepatutnya mampu mengemudi hati yang berjiwa amarah kepada lawamah dan mutmainah. Walla hu 'a Lam

2 PANDANGAN:
Bersimpati atas nasib suami ini, semuga dia tabah menghadapi ujian yang Allah berikan... ada suami malang ,ada isteri malang...semua kerana sifat penting diri dari sesetengah pihak, namun ingatlah ujian ini sebagai Allah sayang dan memanggil lebih dekat kepadanya...itulah yang ku rasa kerana diri ini juga mengalami nasib yang malang tapi akhirnya ku anggap nasib ini adalah keuntungan yang besar bila membuat diri lebih dekat kepada Allah tempat berharap, menyerah segalanya. Berdoalah semuga beroleh ketenangan bersama Pencipta, Pengatur, Dia Penyayang.
Pandangan itu dari Rokiah Jaafar bukan Rokiah Said silap tekan. masih nak keluar nama Said.
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...