The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Saturday, January 2, 2010

BANTAH GUNA NAMA ALLAH...

Saturday, January 2, 2010
Bookmark and Share
Sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan hari ini bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.

--------------------------------
Setelah beberapa isu yang melibatkan kesucian agama Islam pendam dengan membiarkan pihak mahkamah "menangguhkan" keputusan ataupun mungkin keputusan telah ada, cuma tengah tunggu mahkamah yang lebih tinggi berani buat kenyataan dulu... Umpamanya kes Lin Joy. mungkin juga ia disebabkan rasa bimbang gelora kemarahan umat Islam

Entahlah berapa ramai generasi muda umat Islam kini yang cakna dengan berita terkini ini... Mungkin bagi mereka tak nampak apa pentingnya dan signifikannya dengan kehidupan mereka masakini. Sekali pandang memang macam tak nampak apa buruknya... Ialah, agama lain nak guna istilah Allah... Kira orang tu macam berminat dengan kalimah Allah lah.. Bagus tu!

Tapi bila diteliti dengan penuh penakulan, ternyata ia sangat bahaya. Sebab, jika risalah tersebut dibaca oleh remaja Islam... mereka rasa apa yang dibaca itu adalah risalah yang dikeluarkan oleh pihak badan-badan agama Islam... Tanpa fikir panjang, terima sahaja dakyah yang terkandung dalam risalah tersebut. Tentunya aqidah umat Islam yang iman kulit bawang mudah tergelincir dan gejala murtad akan berleluasa. Dan, jika itu berleluasa.. lama kelamaan isu murtad yang masih menjadi polemik inter agama akan tidak lagi mampu dibendung lagi... maka jadilah seperti di beberapa buah negara jiran kita...

Justeru, tiba masanya DYMM sultan-sultan bersuara untuk menjaga kesucian agama Islam. Selain daripada itu, rayuan perlu dibuat di mahkamah rayuan, hatta ke mahkamah pertsekutuan... bagi menafikan keputusan seorang hakim bukan beragama Islam tersebut... Bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur... Tapi bukan bubur lambuk yang sedap tu...

Facebook Comments

5 PANDANGAN:

Guru on January 2, 2010 at 10:39 PM said...

assalammualaikum

keputusan mahkamah yang menyedihkan.
kita doakan Allah tunjukkan kita jalan yang terbaik

ustaz eds on January 2, 2010 at 11:25 PM said...

Anak-anak kita wajib ditanamkan aqidah yang mantap agar mereka dapat menepis apa sahaja bentuk cabaran dan mehnah akhir zaman....tanpa aqidah yang mantap, mereka hanya akan jadi hero yang lantang membela bangsa (kununnya) tetapi mereka sendiri tidak mahu kepada hukum Allah apatah lagi melaksanakannya.

MaizaC'Joe on January 3, 2010 at 3:04 AM said...

Salam Cikgu

amat-amat kesal dengan keputusan mahkamah. Kalimah Allah sepatutnya hanya untuk Agama Islam. Semoga masalah besar ini dapat di selesaikan dan di adili dengan seadil-adilnya.. InsyaAllah..

nasier kassim on January 3, 2010 at 7:46 AM said...

salam..aku tak reti nak ulas..dan aku sebenarnya tak tau pun, samada nama Allah tu, tuhan bagi semua agama atau tuhan orang islam jer..

arjuna_jiwa on January 12, 2010 at 11:20 AM said...

salam..
kesal dengan tindakan mahkamah kerana menangguhkan pengunaan nama allah..sedih betul..

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template