Setelah beberapa hari ini aku bungkem, tanpa sebarang lontaran idea prima atau tempelan idea sekunder dalam blog aku ini, kini aku cuba menyelitkan diri di tengah-tengah kesibukan yang telah melampaui tahap giga dan sedang menuju ke sempadan antara terabait dan petabait.
Sekurang-kurangnya aku ingin menyapa diri kepada para tetamu yang berkunjung ke laman ini yang sejak beberapa hari ini tanpa ada sebarang berita terkini. Ataupun seperti para blogger yang lain yang ingin memastikan ucapan tahun baru 2010 terpapar dalam blog masing-masing.
Hakikatnya, aku tidak pun menunggu ketibaan tahun baru 2010 pun... Selepas semalam hampir seharian aku berkejar ke sekolah anakku di Bagan Terap terus menuju ke Shah Alam dalam usaha untuk memindahkan ke daerah Hulu Selangor, menyebabkan sampai sahaja di rumah aku sudah keletihan. Sekitar jam 10.30 malam, aku sudah tidur tanpa mengambil pusing apa-apa juga yang berlaku. Entahlah, bagi aku hari ini.. 2010 seperti juga hari-hari yang dilalui sebelum-sebelum ini. Apa yang pasti, sekolah dah nak bukak balik.
Pagi ini sempat membelek beberapa akhbar online. Aku terpandang gambar sampah bersepah di jalan raya sejurus selesai sahaja sambutan ambang merdeka di ibu kota negara kita. Beginilah mentaliti penduduk negara kita yang diklasifikasikan sebagai mentaliti manusia dunia ketiga. Buang sampah di sana-sini... ikut sedap tangan melempar... Ikut seronok kaki menendang.
Ada yang berkata, "Kalau kita tak buang sampah di sana-sini, kurang satu jenis pekerjaan dan kesian pulak mereka dibuang kerja sebab sampah dah tak ada.."
Alangkah baiknya kalau aku mengubah mengubah mentaliti mereka masa itu jugak... "Kalau sampah dah tak ada, para pekerja yang asyik dok kutip sampah bolehlah beralih pulak ke arah mencantikkan kawasan tersebut... Sebab itulah kebanyakan kawasan di negara kita tidak cantik sebab para pekerjanya sehari-harian asyik mengutip sampah sahaja .." Namun, jawapan itu kebanyakannya sekadar berlegar-legar dalam kotak fikiranku... Kalau bercakap dengan anak-anak kecil tak apalah... kadang-kadang dah masuk peringkat kanak-kanak tua (sebab gigi dah luruh..) pun mempunyai mentaliti yang sama.
Sampah... sampah...
6 PANDANGAN:
Tik tik tik
Masa berdetik
Tik tik tik
Dikira terbalik
Berazam tak pernah serik
Masuk ke bilik
Lihat cermin berlarik
Buat mimik muka pelik
Jelir-jelir korek korek
Aku nak jadi lebih baik
Aku mau naik
Jadi lebih cantik
Lebih menarik
Asalkan tidak terbalik.
Selamat Tahun Baru 2010
Salam Cikgu Humairi...
Hahaha.. kelakar lah puisi di atas... nak tambah sikit lagi
....
Sudah puas lirik-lirik
Lepas guna simpan balik..
tauke air sume tersenyum malam sambutan tahun baru sebab dapat jual banyk air tapi at the same time pening kepala sebab gula naik harga.
assalammualaikum
mentaliti memang sukar diubah.
salam cikgu...
saya nak tambah, bukan sekadar mentaliti lama bahkan menyambut tahun baru masih dengan cara lama..semuanya kearah hiburan dan keseronokan tanpa mengingati bahawa detik tahun yang mereka kira itu membawa makna bertambah pendek umur mereka untuk bertemu Sang Pencipta...
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
sama pendpt dengan ustaz eds. Mentaliti kelas ke 3 masih sukar untuk diubah. Bertambahnya tahun baru, kiamat pun dah nak dekat
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...