The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, December 10, 2009

KE KEPONG

Thursday, December 10, 2009
Bookmark and Share
Menghadiri sesuatu aktiviti atau program di Kuala Lumpur atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya bukanlah kegemaran aku sejak sekian lama. Jika terpaksa, apa boleh buatlah. Redah semacam saja.. Kalau rasa-rasa dah sesat, carilah petrol stesyen... silap-silap yang jaga ptrol pump mat Bangla.. Ampeh dia tak tau!
Kini, selagi GPS aku berfungsi dengan baik, aku sudah berani menjelajah kota metropolitan itu.. Hehe.. Beberapa hari lalu aku ke Kepong. Lokasinya berhampiran dengan FRIM. Buat apa kat situ... Dah nama cikgu, kerja-kerja cikgu lah, apa lagi... Jadi kalau orang bukan cikgu kata cikgu nih rehat memanjang bila time cuti sekolah... bagi aku tak lah.. Ni pun tengah buat kerja-kerja cikgu... bila ada masa senggang, aku menghilangkan rasa ngantuk dan tegang (stress) dengan berblolg...
Aku keluar rumah agak awal walaupun dalam GPS aku, lokasi yang aku tuju tu taklah jauh mana... tak sampai 1 jam perjalanan... Tapi lumrah di kawasan KL, masalah traffic jam pun kena ambik kira gak... jadi aku kluar rumah sekitar 6.45 pagi. Pun begitu, aku singgah dulu kat petrol stesyen di Hulu Bernam sebelum masuk ke tol Hulu Bernam.
Sepanjang perjalanan ok, ikut jer kanan kiri..., tanjakkan... dan sebagainya. Jadi aku sampai kat situ sebelum pukul 8.00 pagi. Aku ada banyak masa untuk releks dan untuk mengisi perut yang berkeroncong... Urusan yang aku perlu hadir hanya pada pukul 9.p00 pagi! Kiranya aku nih terawal sangat sampai lah..
Di seberang jalan aku nampak ada deretan warung... Risau gak kalau termasuk ke warung yang tak sepatutnya kerana kawasan tu memang seluruh Malaya tahu majoriti kaum Cina.. Kalau kita singkap cerita sejarah silam, kawasan nih memang agak kuat chauvinisme... Setelah aku perati dari jauh seorang mamak sedang menebar roti canai, aku mulai yakin sikit...
Sedang aku melangkah menghampiri persimpangan jalan, aku dikejutkan dengan bunyi kenderaan berlanggar... Memandanglan simpang empat yang agak padat lalu-lalangnya, kemalangan memang mudah berlaku kalau kita tidak berwaspada. Tapi, kalau orang lain langgar kita macam mana pulak... sedangkan kita sudah cukup berhati-hati? Itulah namanya nasib... Kesian gak kat dua orang penunggang motorsikal yang mungkin terpaksa membuat brek mengejut yang akhirnya menyebabkan motorsikal yang mereka naiki itu terjatuh... Tiada tanda mereka melanggar kenderaan lain... Mungkin juga motorsikalnya itu mengalami maslah enjin sebab mereka terpaksa menyorongnya untuk menyeberang jalan yang sedikit jam itu...
Aku terus melangkah masuk ke kawasan warung yang aku katakan tadi... Dari hujung ke hujung aku tengok semua pekedainya bukan Cina... Tak tahu lah kalau mata aku yang tak perasan.. Maklumlah dengan pakaian yang begitu formal, terlebih-lebih tinjau nanti mereka ingat aku pegawai kesihatan datang nak semak kebersihan kedai... Aku pun masuk ke kedai nombor dua... Aku dapati ada tiga orang pekerja perempuan dan seorang lagi lelaki. Aku tak nak fikir lama-lama, aku terus memesan nasi lemak dan Holick panas. Memandangkan meja yang ada tidak banyak, aku meminta izin untuk duduk di sebelah seorang lelaki yang nampak agak lebih muda daripada aku.
Sambil mengunyah nasi lemak serta telur masak mata kerbau, aku terpandang pada dua orang apek yang sedang minum berdepan denganku walaupun sebenarnya dia makan di kedai sebelah.. Aku tak faham apa yang mereka bualkan... Cuma, aku agak tersentuh dengan senario tersebut. Sambil makan, menghisap rokok, berbual dengan rakannya di sebuah gerai bukan Cina. Sedangkan mereka boleh ke kedai Cina yang aku rasa tak jauh dari situ, malah merata-rata di kawasan tersebut. Dan, pengusaha warung makanan itu juga tidak rasa apa-apa dengan kehadiran warga emas kaum Cina tersebut yang aku rasa akan mengambil masa yang lama duduk dan bersembang dengan rakannya itu. Sesekali dia pandang pada aku. Mungkin mereka tahu aku sedang memerhatikannya. Aku balas dengan senyuman... Selain daripada dua orang apek itu, aku rasa ada seorang lagi pemuda Cina yang sarapan sambil membaca akhbar. Jauh lebih muda daripada apek tadi dan aku nampak dia agak tergesa-gesa nak menyiapkan sarapannya itu.. Mungkin nak ke tempat kerja barang kali.
Aku melihat senaro tersebut sebagai satu hakikat bahawa tanpa membincangkan soal perkauman yang sempit, sebenarnya semua kaum sudah boleh menerima rasa kepunyaan terhadap negara Malaysia ini. Mereka boleh bekerja sepejabat, tinggal setaman, makan setempat dan sebagainya. Cuma, setakat mana perasaan itu berakar umbi dalam diri? Setakat mana kefahaman mereka dengan persefahaman yang dimetarai sejak tahun 1956 yang melibatkan tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu. Kini, persefahaman tersebut dikenali sebagai kontrak sosial.
Satu kontrak persefahaman yang melibatkan dua pihak iaitu antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Melayu sebagi penduduk asal Tanah Melayu dan bukan Melayu (Cina dan India) sebagai warga imigrant yang dibawa oleh Bitish ketika kawasan lombong bijih timah dan estet getah dibuka. Satu persefahaman bahawa kaum Melayu mengizinkan perkongsian Tanah Melayu dengan kaum bukan Melayu dan sebagai tanda terima kasih, kaum bukan Melayu diberikan hak untuk menjadi warga negara Tanah Melayu. Justeru apa yangterkandung dalam perlembagaan negara adalah menifestasi rasa persefahaman tersebut.
Namun, sehingga bila perasaan faham memahami ini akan berterusan. Setakat mana rasa taat terhadap isi kandungan perlembagaan akan kekal? Apabila golongan tua dalam kaum Cina dan India telah meninggal dunia, yang tinggal adalah golongan muda yang agresif serta melihat hanya kesaksamaan fizikal yang perlu ada dalam kalangan semua kaum di Malaysia.
Aku tidak berhasrat untuk menyalahkan golongan muda yang sememangnya begitu sifatnya. Kritis, analitis dan agresif. Cuma aku melihat betapa pihak kerajaan tidak mempunyai wawasan yang jauh dalam mewujudkan rasa persefahaman tersebut. Memang banyak yang kerajaan telah buat termasuk, Rukun Negara, Rukun Tetangga, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya, namun ia dilihat bukan menjadi perkara dasar dalam memastikan perasaan persefahaman itu akan berpanjangan sampai bila-bila. Ia diibaratkan seperti kosmetik sahaja. Luaran nampak ayu dan tampan, tetapi hakikat dalamannya macam mana?
Kini sudah tiba masanya untuk memberi nafas baru terhadap kurikulum bagi mata pelajaran yang sesuai di sekolah. Apa yang aku nampak ialah kurkulum sejarah. Masukkan kembali semua peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 umpamanya perlu dibincang secara rasional. Para pelajar harus tahu apakah punca tragedi tersebut berlaku, supaya tahu batas dan sempadannya agar persitiwa tersebut tidak berulang kembali. Hal ini penting kerana, sungguhpun kita sekarang dalam era gagasan idea 1 Malaysia, tetapi semua kaum harus tahu batas dan sempadan yang perlu dihormati terhadap kaum-kaum yang lain. Mereka tidak boleh semudahnya memperkatakan secara terbuka hal-hal yang melibatkan adat-istiadat dan agama sesuatu kaum.
Jelasnya, rasa perkauman tidak boleh dihindarkan daripada diri setiap individu kerana mereka adalah sebahagian daripada entiti sesuatu kaum itu. Ia bertambah mustahil untuk dielakkan kerana sistem politik yang dominan di Malaysia sememangnya berasaskan kaum. Justeru, apa yang kita boleh perbaiki hanyalah kefahaman setiap individu terhadap kepelbagaian kaum yang lain. Selama mana kita dapat menghormati kepelbagaian tersebut, sentimen perkauman yang keterlalun akan sentiasa ditolak oleh majoriti kaum di negara kita.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template