Beberapa ketika lalu... aku didatangi cerita secara online tentang seorang kawan virtual. Cerita tentang adiknya yang bakal kehilangan anak-anak lantaran si isteri menuntut cerai daripadanya. Si anak akan diambil sepenuhnya oleh si isteri... Selepas 2 tahun si suami bersabar... dah tak boleh tahan dengan desakan-desakan si isteri mintak dilepaskan bersama-sama anak-anaknya.
Ceritanya bermula bila si isteri berpeluang sambung belajar ke peringkat ijazah dan selepas tamat pengajian, perubahan demi perubahan kian jelas... Keadaan itu dirangsang lagi dengan kehadiran orang ketiga. Kini si suami ke arah mahu memenuhi tuntutan si isteri itu...
Persoalannya kini... apakah nawaitu kita belajar ya? Atau dalam bahasa yg lebih sopan "menimbu ilmu" sampai ke menara gading? Untuk ilmu kah atau untuk ganjaran-ganjaran di sebaliknya? Mungkin ada yang kata dua-dua lah... Ok betul... kedua-duanya perlu. Tetapi mana yang pertama? Silap memilih keutamaan kita akan kecundangan!
Jika kita salah pilih dengan mendahulukan yang tak sepatutnya didulukan... ilmu itu tidak persis buah padi... "semakin berisi... semakin tunduk"... Malah ia akan jadi macam lalang.. "makin tua makin berdiri"... malah yang paling dahsyat lagi ialah ia akan menjadi mekanisme yang menentukan tinggi dan rendahnya status atau drjat seseorang! (Tinggi dan rendah itu boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai situasi yang lain).
Sepatutnya setiap ilmu yang dipelajari akan menjadi dian atau lilin bagi menerangi setiap kegelapan dalam diri kita... Bukan sahaja ilmu agama. Apa-apa juga ilmu itulah sifatnya... Justeru bila kita berilmu dan 'alim dengan ilmu itu... kita akan rasa tawadhuk. Berkongsi ilmu itu dengan orang-orang yang terhampir... yang memberi sokongan dan dokongan kepada kita semasa proses pencarian ilmu itu berlangsung... Kerana sifat ilmu itu semakin dikongsi semakin bertambah... bukan macam duit atau harta... Semakin dikongsi semakin habis!
Justeru, amat malanglah golongan kedua itu. Lantaran ilmu itu dianggap sebagai mekanisme menjadikannya lebih pandai, hebat dan gah menyebabkan hilang nikmat-nikmat lain yang sangat tinggi nilainya. Umpamanya rasa sayang, kasih dan cinta kepada insan yang sewajibnya kita cintai dan sayangi...
2 PANDANGAN:
saya kira, ceritera tentang kisah pilu seorang suami lebih mudah diselesaikan berbanding dengan kisah pilu seorang kawan. Sebabnya ego pasangan boleh diubah antara mahu dengan tidak saja tetapi jika melibatkan orang ke tiga(isteri ada orang lain) memang cukup sukar untuk dirungkai. Kira kes nusyuzlah ni.
Salam.. Cerita di atas ni rasanya dah pun selesai. Sebab kisah ni sebenarnya saya paste dari blog lama saya yang tak lagi aktif... Saya dengar dari kakak suami tersebut pada hujung tahun lepas. Masa tu, sudah masuk fasa mahkamah. Dan mengikut cerita dari kakaknya, si suami telah kehilangan hak penjagaan terhadap anak-anaknya sebab status ekonomi siisteri lebih baik berbanding suaminya... Cuma yang sya tak tahu bagaimana kehidupan si suami selepas daripada itu... Nantilah kalau ada masa saya tanya kakaknya... Saya paste kat sini sbb blog lama saya tu dalam fasa nak didelete...jadi mana2 yang rasanya ada nilai teladan saya ambik lah...
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...