The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, October 18, 2009

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG...

Sunday, October 18, 2009
Bookmark and Share
Benarlah kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat lahir dan tempat menuntut ilmu. Agaknya pepatah itu ada hubungan dengan beberapa perkara yang aku masih pegang secara tidak disengajakan. Ia lahir secara semulajadi.
Aku dah bermustautin di bumi Darul Ridzuan ini sejak 1995.Ertinya telah 14 tahun aku menjunjung langit dan memijak bumi Perak. Itu aku sesuaikan dengan satu lagi peribahasa "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". Ia satu tempoh yang lama. Kalau budak, telah pun masuk tingkatan satu. Tetapi, rasa dan perasaan masih lagi belum dapat bergabung secara "hakikat dan makrifat" dengan Perak. Hakikatnya aku masih anak Selangor. Negeri tumpah darahku...
Secara zahir, memang tidak ketara. Aku menerima bumi ini seadanya. Malah jika diizinkan oleh Allah S.W.T., aku ingin terus menetap di sini dan mungkin akan disemadikan akhirnya di sini... Tetapi apabila ketika-ketikanya, sentimen kenegerian itu akan lahir secara natural. Umpamanya apabila ada perlawanan bola sepak. Kalau Perak lawan Selangor... Aku mesti sokong Selangor. Walaupun kawan-kawan Perak kutuk aku, aku tak kisah!
Jadi, tepatlah orang yang menghasilkan peribahasa itu. Sungguh bijak. Kebijaksanaannya merentas zaman dan kini peribahasa itu masih lagi relevan walaupun kita telah masuk milinium kedua. Sudah jauh meninggalkan era tradisi itu menuju ke era globalisasi. Jadi, usah dimarah atau dikritik jika kita berkeadaan sebegitu. Sedangkan nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun mengakui sayang akan bangsanya.
Bagi aku, ia bukan asabiyah. Malah sesungguhnya itulah yang membenihkan perasaan patriotisme. Jika setiap seorang rakyat Malaysia cinta dengan sesungguhnya akan negeri kelahiran mereka, mereka tidak akan izinkan segala yang tidak wajar berlaku di negerinya itu. Dan, bayangkan kalau seluruh rakyat Malaysia bersikap begitu, bukankah ia akan membantuk pula rakyat yang sayang dan cintakan negaranya. Betapa tidak, kerana semua negeri disatukan dibawah satu bedera dan nama iaitu Malaysia dan Jalur Gemilang.
Bagi aku lagi, menyanyangi tanah air bermaksud sayang terhadap aspek fizikalnya. Daripada rupa buminya sehinggalah seluruh penduduknya. Kita rasa bertuah berada di negara yang memiliki gunung-ganang yang cantik, lautan yang memukau, pesisir pantai yang sejauh mata memandang dan seribu rahmat di bawah cuaca panas danl embab sepanjang tahun.
Tetapi, akun melihat ada yang tidak kena dengan sistem yang mengawal dan melingkari kesemua aspek fizikal tersebut. Sistem yang menyebabkan hubungan antara manusia dan manusia, manusia dan alam dan juga manusia dengan Allah S.W.T. kelihatan tidak beres malah ia diliihat pula menjadi tunjang kepada segala masalah yang sedang melanda seluruh penduduknya. Itulah yang aku maksudkan tidak kena.
Sepatutnya siapa yang mengawal siapa? Siapa yang mengatur siapa? Dengan status hamba di celahan hak milik Maha Pencipta ini, apa yang harus kita lakukan?Aku melihat, manusia semakin rakus !
Dalam kalangan manusia sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin. Sebab, bijak pandai berkata, tiada manusia dilahirkan jadi pemimpin. Justeru, memipin adalah anugerah yang bersamanya tanggungjawab serta amanah. Pemimpin boleh sahaja datang dan pergi. Yang datang akan mengisi yang pergi dan begitulah sebaliknya. Mereka ada agenda politik masing-masing. Arus politik mana yang harus dijadikan pedoman? Dunia? Akhirat? Atau kedua-duanya?
Setelah berada di usia ini, aku melihat perlunya kita kembali kepada fitrah. Kerana itu adalah fitrah yang Allah S.W.T. tetapkan kepada manusia. Semoga dengan itu, seluruh hati manusia akan menjadi lebih tenang. Kerana ketenangan itu sesungguhnyaadalah pintu kepada kebijaksanaan akal.
Justeru, jatuh dan bangun sebagai mansia juga fitrah. Mengenangi tempat jatuh dianggap sangat bijak kerana ia boleh menghindarkan kita daripada jatuh di tempat yang sama sekali lagi. Apatah lagi untuk mengingat tempat-tempat yang lain juga tidak dianggap satu kesalahan. Mungkin di tempat itu kita mengukir kejayaan dan kemahsyuran dan sebagainya. Dan, satu lagi tempat yang perlu dingati ialah tempat kita disemadikan, biarpun kita tidak tahu di mana tempatnya.

Facebook Comments

1 PANDANGAN:

Anonymous said...

But have you imagine of why we usually communicate about it?
The world's best managing sneakers maker provide the utmost comfort to the runners. The Nike Max 90 is a widescreen or Nike running shoes. You can obtain discounted fabric stores on-line to uncover bargains on trending material. http://www.cheapairmaxcheap.co.uk/

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template