The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, October 19, 2009

CUKUPLAH SEKALI INI..

Monday, October 19, 2009
Bookmark and Share
Jika kehidupan ini seumpama sebidang kanvas, maka pengalamanlah yang mencorakkannya. Jika warna itu pula membawa erti dan nilai kepada pengalaman, sudah pasti ada pelbagai warna yang menghiasi setiap inci dan sudut pada kanvas tersebut.
Justeru, bijak pandai berpesan agar kita tidak melarikan diri daripada halangan dan cabaran. Kerana, di sebaliknya ada banyak pengalaman yang bakal menjadikan kanvas kehidupan kita dilihat indah dan menarik buat dianalisis seterusnya dihargai oleh generasi yang mendatang.
Soalnya, jika halangan dan cabaran itu amat sukar dilalui bagaimana? Namun, soalan yang lain pula datang bertanya. Bukankah Allah S.W.T. akan menguji hambanya sekadar yang termampu sahaja? Jadi, batas mampu dan tidak mampu itu mengikut perspektif siapa? Ya, aku rasa kita yang tersalah sukat. Jika halangan itu datang di depan kita, ertinya ia masih mampu dilakukan. Cuma, barang kali kualiti hasilnya sahaja yang mungkin tidak sebaik jika kita memang pakar dalam bidang tersebut.
Justeru itu lah, hari ini aku menyahut cabaran yang aku sendiri lontarkan pada diriku sendiri. Aku boleh sahaja menolak dengan seribu alasan, tetapi aku memilih untuk menerimanya. Walaupun dengan menolak permohonan itu menyebabkan aku rasa lega, tetapi pada bahagian yang lain aku ingin mencuba sesuatu yang baru dan pada masa yang sama aku tidak mengecewakan tuan punya hajat.
Seumur hidup aku, aku bukanlah tak pernah membaca doa. Paling cikaipun selepas solat. Selebihnya pernah membaca doa dalam majlis kecil-kecilan. Umpamanya aku pernah sekali dua membaca doa dalam majlis perigkat taman dengan kehadiran tetamu tak sampai seratus orang.
Hari ini, aku seperti tidak percaya telah membaca teks doa dihadapan kira-kira 300 orang dalam majlis perkahwinan yag diadakan di Dewan Tun Razak, Tg.Malim. Menyingkap kembali apa yang berlaku itu tadi menyebabkan aku rasa malu dan kekadang rasa "bangga".
Malu, kerana selayaknya bukan aku yang membacakan doa itu. Sebaik-baiknya seorang imam atau paling tidak seorang ustaz. Punyai kerdibiliti yang tinggi dan punyai daya maqbul yang tinggi. Aku? Bukan imam dan juga ustaz. Sekadar boleh membaca patahpatah ayat Al-Quran... Sambil itu aku mendapat teks doa yang baik dari internet pada hari sabtu.
"Bangga" bukan lah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan satu lagi perasaan yang aku rasai. Ia lebih kepada rasa terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada aku yang sebegini adanya untuk memimpin bacaan doa dalam majlis sepenting itu. Satu penghargaan dan penghormatan yang bukan datang selalu. Apatah lagi apabila yang meminta itu seorang ahli kademik yang tinggi statusnya di sisi masyarakat. Walaupun kami kenal sudah sekian lama, namun itu sahaja tidak cukup untuk melayakkan aku membaca doa dalam majlis walimatul urus anaknya yang julung kali diadakan.
Dalam keadaan itu, sesungguhnya aku tahu aku memang berstatus "dukun terjun". Cuma, apa yang aku hargai ialah aku yang tak punyai kemahiran ini dipilih untuk menggalas tugas dalam majlis sepenting itu.
Alhamdulillah, aku rasa aku telah melakukan yang terbaik. Setidak-tidaknya tidak mencacatkan majlis. Apatah lagi majlis yang dihadiri begitu ramai VVIP akademik. Menjadikan aku begitu kerdil dalam lingkungan manusia-manusia yang aku kagumi. Tetapi, di sebalik kata-kata pujian dan penghargaan yang aku terima, aku masih menganggap aku sekadar "menyempurnakan" protokol majlis. Sebab, di sana ada satu aspek lain yang tetap meletakkan seorang ustaz setidak-tidaknya untuk diangkat sebagai pembaca doa. Apatah lagi perkara yang dipohon ke hadrat Ilahi adalah keharmonian, kesentosaan dan kerukunan berumah tangga yang baru dibina.
Walaupun jika seorang imam masjid negara sekalipun yang memimpin bacaan doa, belum pasti pasangan yang didoakan itu akan beroleh keberkataan berumah tangga selepasnya. Melainkan, pasangan itulah yang mesti berusaha untuk mengekalkan jodoh, hala tuju keluarga mereka dalam mengharungi cabarab yang mendatang. Tetapi setidak-tidaknya pada majlis permulaan berumah tangga itu didoakan oleh seorang yang 'alim serta wara' orangnya, justeru ia merupakan permulaan yang terbaik untuk meneruskan perjalanan berumah tangga yang penuh onak dan duri itu.
Jauh di sudut hatiku, agar tiada lagi pengalaman seperti ini akan aku lalui pada waktu-waktu yang mendatang. Cukuplah sekali ini. Jika ditakdirkan hadir juga, aku sanggup mencari seorang imam atau ustaz untuk menjadi pembaca doa.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template