The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, October 7, 2009

SIBUK TAPI MENYERONOKKAN

Wednesday, October 7, 2009
Bookmark and Share
Berkongsi sesuatu ilmu dengan rakan-rakan sejawat sebenarnya bukan peluang yang datang selalu dalam hidup aku. Apatah lagi ia berkaitan dengan aplikasi ICT.
Siapalah aku dalam arus perdana ICT pendidikan negara. Hanya mula mengenali komputer pada tahun 1996 secara cuba jaya dan mula berjinak-jinak dengan internet pada tahun 1999. Itu pun secara dail-up.Melihat peri pentingnya aplikasi web dalam pendidikan, aku telah beberapa kali menyertai kursus berkaitan internet dan networking sehingga tahun 2005. Tetapi, ia tidak pergi ke mana-mana kerana aku masih jahil tentang lain-lain keperluan bagi memungkinkan setidak-tidaknya sebuah hompage muncul di alam maya.
Satu ketika aku berasa seronok apabila dalam Kursus BPPT anjuran Prestariang dan KPM aku telah diajar bagaimana menghasilkan hompage menggunakan tripod.com, tetapi akhirnya kecewa kerana ia tidak dapat memaparkan sepenuhnya apa yang kita inginkan. Katanya, hosting percuma itu terlalu ramai pengunjungnya.
Pada tahun 2006 aku melalui tranformasi yang agak besar apabila mengendalikan sebuah web sekolah. Biarpun amat jahil tentang bahasa html dan java, sekali lagi aku menggunakan teori cuba dan jaya dan akhirnya web yang templetnya disediakan oleh Jaring manakala UPSI pada ketika itu bertindak sebagai "payung" yang menaungi komuniti sekolah-sekolah dalam daerah Slim River dan Tanjong Malim telah berjaya disediakan. Dalam sayembara itu web sekolah telah muncul sebagai juara dalam kategori IPT dan sekolah. Aku hanya bertahan sehingga tahun 2008 sebagai "webmaster" apabila hosting web itu semakin lembab dan akibatnya web sekolah semakin sukar diselenggara dengan cepat. Untuk upload sekeping gambar sahaja kadang-kadang memakan masa selama satu minit. Walaupun aku menggunakan internet broadband berkelajuan 1 mbps dari rumahku.
Mulai 2008 aku mulai berjinak-jinak pula dengan dunia blogging. Aku semakin teruja dengan dunia blog kerana blogger.com bukan sahaja menyediakan sebuah storan maya yang besar malah ia sangat mesra pengguna. Lebih kurang, aku jimat 50% tenaga, masa dan fikiran aku masa yang aku mengeksplorasi blogger.com berbanding dengan laman web sekolah itu. Menjelang pertengahan 2008, aku kian jauh dengan laman web sekolah. Aku semakin "allergi" dengan tamplet yang disediakan oleh Jaring. Tidak boleh diapa-apakan. Kerana, "nyawa"nya dimiliki oleh syarikat penyedia perisian di Terengganu. Beberpa aplikasi web yang semakin popular seperti flash, youtube dan lain-lain lagi tidak boleh dipaparkan sama sekali. Malah aplikasi poll atau undian tidak boleh dipaparkan pada muka hadapan web. Aku pernah beberapa kali menelefon syarikat tersebut agar dibuang aplikasi poll yang menjadi dua poll yang sama... Akhirnya rayuan aku diterima setelah aku bagi tahu mereka DYMM Raja Permaisuri Perak nak melawat booth Jaring di mana di situ laman web sekolah diletakkan. Rasa sebal dan geram memang tidak dapat disorokkan lagi. Nasib bailah free!
Menjelang 2009, aku seakan-akan terhidu nasib web sekolah yang akan berakhir tidak lama lagi. Apatah lagi Jaring dan Mimos tidak lagi di bawah bumbung yang sama. Dan, tekaan itu menjadi kenyataan apabila sekitar  awal bulan september 2009, laman web sekolah di bawah jalinan KITA tidak boleh dibuka lagi! Sebagai ganti pihak UPSI dengan komuniti bestarinya telah menyediakan tapak server yang baru kepada sekolah-sekolah di bawah komuniti bestari UPSI.
Sekali lagi, UPSI menjadikan mekanisme pertandingan sebagai penggalak kepada keaktifan laman-laan web tersebut. Aku dan seorang rakanku dan dua orang anak murid dijemput ke UPSI bagi melalui kursus terhadap aplikasi web yang menggunakan tamplet JOOMLA. Mulanya, aku rasa teruja juga... tetapi orang macam aku yang tak pandai bahasa-bahasa web ni.. rasa pening, jemu dan mual tidak dapat disorok-sorok lagi.Lalu aku memberi laluan kepada rakanku itu untuk menjadi webmaster... Aku? Ingin menarik diri perlahan-lahan...
Di sebalik itu, aku telah punyai komitmen dengan beberapa buah blog. Mata pelajaran Pengajian Am, blog peribadi dan blog tingkatan enam. Justru, aku sebenarnya mengalami burn-out yang sangat dahsyat semasa aku mengurus laman web sekolah tempoh hari. Namun, atas minat yang sangat mendalam dalam dunia karyawan maya menjadikan aku masih mengharungi dunia blog. Tetapi, untuk mengabdikan diri sekali lagi dengan templet yang tidak mesra pengguna seperti JOOMLA,  aku tidak teruja dengan hadiah mahal yang disediakan oleh pihak penganjur.
Kini aku rasa tenang dengan dunia blog aku. Web sekolah yang diuruskan oleh rakanku itu nampak ada perkembangan yang positif walaupun dalam pertandingan itu, sekolah aku tidak memenangi sebarang kategori hadiah. Sewaktu PK Pentadbiran menyatakan beberapa sekolah telah menggondol hadiah demi hadiah dalam sayembara itu, aku hanya senyum sahaja.
Petang tadi, aku menapak selangkah lagi dalam dunia maya ini apabila berjaya mengumpulkan seramai 16 orang rakan-rakan yang berminat dalam dunia maya untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam pembinaan blog di makmal ICT sekolah. Walaupun kehadirannya tidak seperti yang dijangkakan, namun aku rasa seronok. Sebab, aku berkongsi dengan mereka tentang suatu aplikasi web yang mudah dipelajari. Cuma, terpulanglah kepada rakan-rakanku itu hendak menjadikan blog mereka itu kelihatan menarik atau biasa-biasa sahaja. Hal  ini kerana, bukan semua blog yang popular itu cantik aksesorinya sahaja... tetapi idea bernasnya mugkin akan menjadikan blog tersebut dikunjungi jutaan peminatnya...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template