The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, October 6, 2009

PERPADUAN SEMAKIN RAPUH?

Tuesday, October 6, 2009
Bookmark and Share
Isu perpaduan dalam konteks negara berbilang bangsa bukan satu isu picisan. Malah, isu tersebut telah sekian lama menjadi isu perbincangan sama ada antara kaum ataupun intra kaum.
Apabila kita melihat perpaduan atau integrasi nasional dalam perspektif nasional, ia melibatkan usaha bagaimana hendak menyepadukan rakyat yang pelbagai kaum, agama, dan dialek dalam satu gagasan kesatuan fikiran yang sama. Iaitu, berfikir melampaui kepompong atau tempurung masing-masing ke arah kepentingan bersama.
Justeru, sepatutnya apa yang tercerna dalam minda setiap warga Malaysia ialah bagaimana hendak memastikan keharmonian dan kesentosaan ini dapat dipertahankan selama-lamanya. Jika adapun yang terasa hati akibat perlakuan sahabat-sahabatnya, ia diharap akan segera mengendur dan tidak pula menjadi sebab perbalahan yang lebih besar.
Lantaran itu, saya melihat gagasan Satu Malaysia (1 Malaysia) yang menjadi slogan terkini bapak PM kita, merupakan satu idea ke arah menyimpulkan suatu usaha perpaduan yang telah sekian lama terhurai dan sesekali bersimpul-simpul di hujungnya. Tetapi, ia bukan pula satu slogan yang telah mencairkan sempadan kaum yang sememangnya diakui secara kontrak sosial sejak zaman berzaman.
Maksudnya, Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain masih kekal dalam sumur budaya dan adat resam masing-masing sambil menghargai dan menghormati sumur budaya kaum-kaum lain. Dan. pada masa yang sama jika ada perbalahan atau pergeselan pendapat antara kaum, maka kepentingan nasional mestilah diutamakan.
Itulah apa yang saya faham tentang 1 Malaysia yang semakin jelas dicanang di sana sini. Cuma, bagi saya itu semua bukanlah jawapan yang tuntas dalam menangani isu perpaduan nasional. Kita tidak boleh mengharapkan kepada kanak-kanak agar faham sendiri tentang kegunaan pisau atau senjata tajam. Atau, setelah sekian lama bebas menggunakan senjata api, tetapi pada detik dewasanya, mereka diminta agar memikirkan kepentingan awam dan tidak boleh lagi menggunakan senjata  api tersebut.
Justeru, untuk menjelaskan konsep perbezaan dalam kesamaan bukan suatu konsep yang mudah difahami. Lebih mencabar lagi apabila formula perpaduan yang diwarisi sejak zaman berzaman di negara kita tiada "sifirnya" di negara-negara lain. Oleh itu apabila suasana yang berlaku di negara kita ini dipadankan dengan "sifir" yang ada di luar negara, ia tidak akan menjadikan perpaduan di negara kita bertambah baik.
Apa yang terbaik bagi saya ialah, ia perlu dijelaskan dan dihuraikan secara sistematik dalam konteks pendidikan. Perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran tentang apakah kontrak sosial antara tiga orang pemuka Tanah Melayu sewaktu mahu menerima syarat kemerdekaan daripada pihak Inggeris.Begitu juga dengan isu-isu sensitif seperti tragedi 13 Mei 1969 dan insiden Jalan Kelang Lama pada tahun 2002.
Seumpama sebidang tanah yang disempadani dengan tanah-tanah orang lain. Sebaik-baiknya, sejak kecil lagi anak-anak telah diberitahu tentang batas sempadan tersebut agar kelak apabil generasi tua telah tiada, tiada yang menugal di tanah orang lain. Justeru, bukan nama tuan tanah sahaja yang perlu dikenali, malah karektor tuan tanah juga mesti dikaji. Apa yang dia suka dan sebaliknya.Melalui kefahaman yang sebegitu rupa, bukan sahaja hubungan baik dapat dibina malah sifat kemesraan akan dapat dipupuk. Pada ketika itu, biarpun tanah mereka tidak sama besar, hasil-mahsul yang dituai tidak sama banyak, saiz rumah yang tidak sama bentuk tidak lagi menjadi masalah untuk saling hormat mengjormati.
Tetapi sebaliknya berlaku. Jika generasi tua tidak mengajar anak-anak tentang peri pentingnya menjaga perasaan jiran, menghormati kekayaan tetanggannya, perasaan cemburu dan iri hati akan datang meluap-luap. Apatah lagi dengan tidak tahu di mana batas sempadan tanahnya itu, jiran tetangganya pula dituduh mengambil tanah dan haknya.
Oleh itu, jadikan anak-anak di sekolah lebih bertanggungjawab terhadap masa hadapan negaranya. Kembalikan semua episod suka duka sejarah negara ke dulang santapan minda untuk diteliti sebab akibat, sesuatu peristiwa itu berlaku. Apa yang kita bimbangkan ialah, apabila pelajar di sekolah tidak mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu isu, maka jika ada sesuatu bahan yang tidak bertanggungjawab meracuni mindanya, nescaya mereka akan mudah terpedaya kerana dalam mindanya tiada neraca kebenaran yang menjadi mengadil atara fakta dan auta!

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template