The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, September 9, 2009

TIADA BONUS: KERASIONALAN KUMPULAN PEMIKIR KERAJAAN DIPERTIKAI...

Wednesday, September 9, 2009
Bookmark and Share
Sesampai sahaja kat rumah selepas menjalani ibadah solat Tarawikh, aku teruja nak buka blog aku ni..Sebab sebelum iftar tadi, posting terkini aku menyentuh soal tiada bonus untuk kakitangan awam. Apa yang ada hanyalah bantuan khas kewangan untuk kakitangan sokongan. Ialah nak tengok kalau ada komen daripada sesiapa. Ternyata keterujaan aku itu ada asasnya. Aku pastekan apa yanhg Wa Tak Rugi komen tentang isu tersebut.
Selaku penjawat awam, aku kena berhati-hati dan teliti dalam menyatakan pandangan. Aku tertarik dengan telahan beliau, adakah pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada kumpulan sokongan kerana nak jaga kepentingan politik. Payah gak nak cakap.. Tapi seingatan aku memang kumpulan sokongan ni yang bergiat aktif dalam politik. Sejak zaman berzaman. Jadi mungkin kerajaan nak ucap terima kasih kepada golongan ini. Manakala golongan profesional secara atas kertas tak boleh bergiat dengan politik. Sebabnya, ramai golongan profesional ni banyak tahu tentang rahsia kerajaan... Kalau nak bergiat gak kena banyak syarat... dan tentunya syarat atas segala syarat-syarat ialah dengan kebenaran ketua jabatan alias pengetua...
Aku setuju dengan Wa Tak Rugi tentang kewarasan pemikir dalam kerajaan dalam memutuskan hanya kumpulan sokongan  yang menerima bantuan khas kewangan... Dalam kemelut ini.. lebih baik kalau nak bagi bagi semua dan begitulah sebaliknya... Rakyat akan melihat ini semua sebagai ketidakadilan yang sedang berlaku.Adakah tindakan tersebut suatu tindakan yang wajar?
Lu pikirlah sendiri....
Namun... Disebalik ini semua, aku yakin kerajaan sememangnya berdepan dengan masalah kewangan yang meruncing. Walaupun TPM ada kata baru-baru ini ekonomi negara sedang menunjukkan aliran pemulihan, namun hakikatnya krisis kewangan negara kian terserlah. Setidak-tidaknya ada dua tindakan kerajaan yang dilihat tidak popular. Pertama tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam dan yang keduanya menaikkan minyak RON97 dari RM1.70 kepada RM 2.00. Aku melihat dua tindakan ini  sangat nekad. Terutamanya minyak. Apa justifikasi kenaikan harga tersebut? Harga minyak berlegar sekitar USD70 setong. Jauh daripada harga tertinggi yang pernah direkod sebelum ini. Ini semua adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi menambahkan lagi dana kepada kerajaan...
Kedua-dua tndakan tersebut  aku rasa akan "dinilai" oleh rakyat dalam PRK Bagan Pinang...Aku juga meramal akan berlaku persaingan sengit antara BN dan PAS di situ.. Justeru, selain undi pos, undi kakitangan kerajaan juga sangat penting dalam memastikan BN kekal di Bagan Pinang... Jika momentum tidak senang dengan dua tindakan kerajaan itu berlaku... aku fikir, tidak hairan kalau kerusi itu terlepas kepada PAS dan PR... Sama-sama kita lihat nanti...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template