The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, September 10, 2009

GAWAT!!

Thursday, September 10, 2009
Bookmark and Share
"Nak buat macam mana ni hah...?" Gerutu hatiku. Setelah mencuba beberapa kali menghidupkan kereta tapi tak berjaya. Jam dinding di ruang tamu, sepuluh minit lagi mencecah angka tujuh pagi. 
"Horn, wiper dan alarm berfungsi seperti biasa... Tak kan lah bateri kot?" Pelbagai soalan melintas dalam benakku.
"Fif pergi ambil torchlight kat bilik ayah" Aku meminta anakku yang sedang menduduki UPSR mengambil lampu suluh guna untuk melihat kerosakan yang mungkin berlaku pada bonet kereta.
"Takkan lah dah rosak.. baru lima bulan pakai?" Terasa benar masa sangat pantas berlalu.
Setelah mendapat bantuan lampu suluh, aku segera melihat pada kotak beteri. Sebab,  di situlah punca kuasa sesebuah kereta. Kalau bateri tak ada masalah.. lagi bertambah panik lah aku!
"Patutlah... Air beteri kering!" Agak sedikit tinggi suarakku memecah sedikit keheningan pagi. Kalau hari-hari biasa, waktu-waktu sebegini aku sudah berada di nurseri. Menurunkan anakku yang berusia genap tiga tahun semalam...Satu tarikh yang sangat cantik..09/09/09! Selepas itu aku akan bergerak ke SKTM sebelum menuju stesyen terakhir di sekolahku.
Aku segera menggeledah gerobok kasut yang pada bahagian rak atasnya menempatkan beberapa peralatan kereta. Alhamdulillah.. ada sebotol air bateri yang masih belum berbuka. Aku segera mengisi kotak beteri yang kelihatan tiada air itu. Habis satu botol!
Dalam kepalaku, apa-apa hal pun aku kena hantar anakku yang akan menduduki UPSR pagi ini untuk hari yang terakhir. Hari ini mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Aku tak mahu kelam-kabut aku ini akan menyebabkan dia pula yang menjadi cemas.
Aku segera masuk dan berbincang dengan isteriku. 
"Ginilah... ayah kena hantar budak-budak tu dulu... Lepas tu baru kita keluar" Aku mengiakan sahaja satu-satunya cadangan yang masuk akal itu. Lalu aku segera mengarahkan semua anak-anakku yang empat orang itu masuk ke kereta Kancil isteriku dan berhimpit kat seat belakang. Seat sebelah driver memang tak boleh nak isi. Kerusi baby tu kalau nak dibuka pula... lima minit tak cukup!
Aku buat-buat tak dengar anak-anak aku bising kat belakang... Antara empat orang itu, anak aku yang tiga tahun itu yang paling bising...
"Ayah.. sempitlah!" Memangpun sempit. 
"Ok... kejap jer sampai..." 
Menghampiri trafficlight Jalan Ipoh KL, aku berbelah bagi... sama ada hendak menghantar anak aku yang di nurseri atau terus ke SKTM. Akhirnya aku terus membelok ke arah kanan kerana pada ketika itu lampu trafficlight kuning... !
Jam menunjukkan 7.30 pagi... Semua anak-anak aku dah selesai aku uruskan. Kini tinggal aku dan isteriku serta anak bongsuku yang masih belum diurus. Aku segera memecut balik ke rumah untuk mengurus yang selebihnya.
Sepanjang perjalanan ke rumah, fikiranku berpusing ligat mencari idea yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sedang aku lalui ini. Sama ada nak keluar sekali, isteriku akan turunkan aku kat sekolah selepas itu dia akan terus ke sekolahnya.. Tapi apa jadi pulak dengan keretaku yang tak boleh dihidupkan itu.. Kalu nak tunggu sampai balik nanti baru nak urus... Lewat sangat.
Atau satu lagi aku ambik cuti rehat yang masih berbaki dua tiga hari lagi. Aku akan hantar isteri aku dan aku akan uruslah kereta aku tu kemudian...
Sampai di rumah, isteriku dah sedia bersama anakku yang berusia 5 bulan itu. Biasanya, mereka berdua akan keluar rumah lebih lewat daripada aku. Sungguhpun kena hantar anak ke rumah baby sitter, tapi jarak antara rumahnya dengan sekolah isteriku jaraknya cuma sepelaung sahaja.
"Ayah ambik cuti rehat lah... Ayah ahantar ibu ke sekolah.." Keputusan yang aku rasa paling tepat memandang masa yang kian suntuk. Rasa segan pulak lewat datang ke sekolah. Biasa-biasa aku akan sampai ke sekolah sebelum berita radio berakhir. Iaitu sekitar 7.15 pagi. Cuma sesekali masuk kawasan pagar sekolah sewaktu lagu Negaraku sedang dinyanyikan.
Sambil memandu ke arah sekolah isteriku... aku memikirkan pula bagaimana nak urus kereta yang mogok itu. "Nak beli beteri baru ke? Aduhh... dah lah bonus tak dapat" 
"Nak telefon sapa ya..."
"Yas, tolong bagi tahu kat Mak Aji engkau.. aku ambik cuti rehat hari ini.." Haha.. Itulah kawan aku yang aku selalu mintak tolong bab nak bagi tahu kat pihak pentadbir apabila aku ambil cuti emergency. Begitulah sebaliknya! 
"Ok beres... " Itulah jawapan yang biasa diungkapkan oleh kawan aku tu sama ada secara lisan atau secara pesanan tatkala aku mintak tolong kat dia.
"Ha.. aku kena call Cikgu Z. Bab-bab kereta ni dia memang advance.. Setidak-tidaknya dia mungkin ada pandangan macam mana nak manage masalah aku ni.." Idea yang muncul secara spontan sewaktu aku menghala balik dari menghantar isteriku.
Cikgu Z mencadangkan aku ambil kabel jumper kat kereta dia. dan try jump start dari kereta Kancil. Cuma yang aku rasa  segan tu sebab kena masuk kawasan sekolah sedangkan aku ambik cuti rehat! Sumpah.. seumur aku ada kereta nih.. aku tak pernah guna jump start nih... Takut pun ada.. Dibuatnya meletup kereta macam mana?
Sampai di rumah. aku terus menghalakan kereta Kancil isteriku berseiring dengan keretaku dengan jarak yang paling hampir sebab aku tegok, kabel jumper tu tak lah panjang sangat. Antara berani dan takut.. aku mencuba..
"Jangan lupa.. positif Kancil pergi ke positif kereta engko. dan negatif Kancil pergi ke mana-mana bahagian body kereta engko" Itu pesan Cikgu Z berulang-ulang kali. Mungin dia anampak aku macam tak confidence kot!
Alhamdulillah... selesai masalah aku.... Esok try tengok macam mana. Kalau tak hidup jugak, aku kena tukar beteri kat Nissan. Masih dalam waranty. Jumper cable pun aku dah mintak izin pulangkan esok pagi.. Tengoklah macam mana......

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template