The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, September 9, 2009

CATATAN LEWAT 19 RAMADHAN: TIADA BONUS!

Wednesday, September 9, 2009
Bookmark and Share
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.
Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.


Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.
Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama
Haha.. jangan terpedaya dengan keratan akhbar kat atas tu. Keratan tu dikeluarkan beberapa hari lalu. Realitinya, lihat petikan akhbar Berita Harian Online yang aku pastekan kat sebelah kanan. Aku rasa inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penjawat awam seantero Malaya. Sah! Tiada bonus,cuma bantuan khas kepada kakitangan sokongan dengan nilai RM500. Itupun bayar dua kali.
Seingatan aku... semenjak SSB dimulakan sehingga SSM.. Ini kali kedua tiada bonus. Kali pertama tahun 2007 dan kini 2009. Cuma apa yang menariknya, pada tahun 2007. Pak Lah kata masa tu penjawat awam dah dapat pelarasan gaji. Jadi tak apalah tak dapat bonus...
Kali ini semasa Pak Najib, tiada bonus sebab ekonomi tak stabil kot... Tetapi agak anih, ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, Pak Mahathir bagi duit mengejut kat rakyat! Katanya dengan pemberian itu ekonomi negara akan lebih cepat pulih.. Kecairan duit sangat penting dalam aktitviti ekonomi ni... Tapi, nak buat macam mana kan... Kerajaan tak sedia nak bayar bonus... Menangis berguling-guling kat tanah pun... buat sakit badan dan sakit tekak jer..
Jadi, wahai penjawat awam tak usahlah nak beraya sakan! Mana yang dah terbuat baju... teroder kuih... Mulai sekarang fikir-fikirkanlah macam mana nak bayar "hutang" yang sedia ada tu... Tak payahlah nak tambah apa-apa lagi. Amalkan amalan berjimat cermat... Belanja berhemat... Rumah tertutup... 
Dulu sebelum ada bonus untuk penjawat awam.. Rakyat tak kisah pun... Tapi inilah kesannya apabila sesuatu perubahan yang dibuat menyebabkan rakyat bergantung harap kepadanya. Macam subsidilah jugak lah... Bila dah termula, payah rakyat nak terima apabila tak dapat... Hehe.. aku pun sama lah.. memang mengharap agar dapat bonus.. walaupun hanya separuh gajai pun tak apa... Sekarang nih aku sedang fikir macam mana nak urus sumber yang terhad ini dengan kehendak yang tidak terhad nih! Adusss... 
Ha... Bank Rakyat boleh bagi bonus kot sebab baru pindah kat lokasi baru kat Tg.Malim nih... Pinjam dan dapat bonus sekali ganda dengan nilai pinjaman!!!! Tolongggg!!!

Facebook Comments

3 PANDANGAN:

wa Tak rugi said...

Salam. Mengapa kumpulan sokongan sahaja? Adakah kerana peranan mereka atau menjaga kepentingan politik. Dalam suatu perjuangan, kegagalan ditanggung oleh ketua dan kejayaan dikecapi semua.. Jadi aapakah agenda membelakangkan golongan profesional sehingga tidak diberi imbuhan yang hanya RM500? Tidak hairanlah keADILan terus bertapak. Dimana kewarasan pemikir kabinet dan BN?? Kedangkalan berfikir ini amat terserlah dikalangan pemerentah. Saya bukannya marah, tetapi sedih atas ketidakbijaksanaan pemimpin masa kini.

MALEQUE SELAMAT on September 9, 2009 at 11:00 PM said...

Entahlah.. aku jenuh memikirkan apa puncanya... Apa yg sdr katakan tu mungkin ada benarnya.. sebab golongan sokongan nih memang boleh bergiat cergas dalam politik... Mungkin kerajaan dah tak ada duit nak pusing... Terlalu banyak pilihan raya kecik... Ni.. Kat Bagan Pinang pulak... Tapi isu yang orang tak puas hati ada ketidakadilan dalam pemberian wang bantuan khas tu...Kalau nak bagi bagi semua.. kalau tak bagi, tak bagi semua...

Budak Trolak on September 11, 2009 at 8:45 PM said...

Di satu sudut kawasan ketika sedang asyik memerhati pekan Tanjong Malim, kedengaran suara-suara mereka yang mungkin kakitangan perkhidmatan awam. "Lepas ni kita jangan pangkah depa dah, ingat 500 tu banyak sangat ke... depa menkedarah juta-juta tu tak pa... nak bagi kita, berkira. Kita masuk pakatan..."

Marah betul tu, aku pandang dan senyum sahaja kepada mereka yang asyik membebel tu. Kelihatan mereka hendak mengeluarkan wang, mungkin untuk dijadikan perbelanjaan sempena Aidilfitri mendatang.

Aku hanya merenung untuk Ramadhan yang bakal berlalu pergi dan bertanya "Adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhirku...."

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template