The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, September 9, 2009

PEPERIKSAAN: ATUK NENEK PUN RISAU...

Wednesday, September 9, 2009
Bookmark and Share
Macam biasa, sepanjang bulan Ramadhan aku tak tidur lepas syahur. Sambil buat itu dan ini (biasanya depan pc lah...) sambil menunggu waktu yang sesuai untuk bersiap ke sekolah. Pagi ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon ke talian rumah sekitar 6.30 pagi. Rasa cemas bertambah-tambah apabila suara emak aku yang keluar dari gagang telefon!
Rupa-rupanya emak aku nak bagi tips terakhir sebelum cucunya (anak aku yang kedua) masuk periksa UPSR! Gitulah nampaknya... demam peperiksaan bukan sahaja melanda tuan punya badan yang nak ambik periksa. Malah, sampai ke nenek pun risau sama. Tahun ini dua orang cucu emak aku ambil periksas UPSR dan PSRA (Penialian Sekolah Rendah Agama anjuran JAIS). Lagi sorang anak adik aku nombor dua yang tinggal kat Klang. 
"Nanti sebelum pergi, baca Bismillah 10 kali dan Selawat 10 kali hembus kat ubun-ubun, dan sebelum masuk dewan periksa baca Surah Alam Nasrah" 
Emak aku ni pasal periksa memang cukup prihatin....Teringat masa aku sekolah dulu. Bila periksa (walaupun periksa penggal dan percubaan) biasanya aku akan bagi salinan jadual periksa. Tujuannya, masa tu emak aku akan berpuasa dan solat hajat kat aku... Periksa sebenar lagilah... Alhamdulillah lantaran doa emak bapak lah serta izin-Nya aku boleh berada sehingga ke tahap ini...
Kini, pusingan itu sedang aku lalui pula... Tahun ini dua orang anakku akan ambil UPSR dan PMR. Apa yang aku boleh dan mampu lakukan sudah kuusahakan. Prasarana pembelajaran yang sebaik-baiknya, pengurusan masa ke sekolah dan balik sekolah biarpun kekadang kelam-kabut tetap menjadi prioriti utama aku dan isteriku...Dan sebagainya...
Tapi, kekadang aku simpati gak dengan anak aku yang tahun 6. Dua peperiksaan penting dalam tahun yang sama. Minggu ini UPSR dan minggu depan PSRA pulak! Namun, ada sorang cikgu pernah cakap,
"Budak-budak ni tak apa belajar pagi petang sebab mereka mampu... Kalau tak sekolah petang pun, bukan mahu duduk diam... Ada aja yang dibuat.."
Mungkin ada benarnya. Aku tengok kawan-kawan anak aku yang tak sekolah petang, merayau-rayau satu taman naik basikal... Bila dah macam tu, lebih baiklah sekolah. Setidak-tidaknya dapat juga ilmu agama. Harap emak bapak entahlah.. Mengajar ngaji Al-Quran pun ikut dan, dan celum-celam... (Aku lah tu!)
Tapi ialah, letih belajar dengan letih bermain ni mungkin lain... main satu hari suntuk pun tak kisah! Cuba duduk belajar dan mentelaah pelajaran! Sejam pun rasa lama... Berasap punggung dibuatnya...
Tipu, kalau mana-mana emak dan bapak tak ingin tengok anaknya dapat A... Kerana A tu adalah lambang kehebatan! Seperti "bayaran" kepada segala usaha selama enam tahun di sekolah rendah. Jadi, aku pun berdoa agar anak-anak aku yang ambik periksa nih dapat sebayak A yang boleh. Namun, zahirya aku pesan kat mereka... "Buat yang terbaik"... "Jangan cuai"... "Tenangkan fikiran jangan gopoh-gapah" Bla..bla...bla...

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

MaMa MoDeN on September 9, 2009 at 4:39 AM said...

salam cikgu,
memang hakikat bila anak2 nak exam kita ibu bapa akan rasa berdebar2 sama. jenuh ingatkan mereka itu ini, begitu begini. Kadang2 kita yang lebih risau walhal anak2 relax je.

Tambahan berdebar kalau 2, 3 orang ambil exam tahun yg sama. Saya dah laluinya tahun lepas 3 anak sekali ambil exam penting UPSR, PMR, SPM. tahun ni sorang jer UPSR...

selamat bjaya untuk anak cikgu, juga anak saya & semua calon2 UPSR 2009 ni.
Usaha, usaha dah, yg penting tawakal je...

MALEQUE SELAMAT on September 9, 2009 at 5:29 AM said...

Terima kasih MaMa MoDDeN... Memanglah itu harapan setiap ibu bapa. Namun, realitinya bila keluar result tak semua apa yang diharap akan menjadi kenyataan. Namun, perjuangan untuk mencapai kejayaan wajib diteruskan... Mudahan kejayaan akan tiba pada peperiksaan seterusnya... Begitu juga kalau bejaya dalam peperiksaan pertama, jangan berpuas hati kerana jaya atau gagalnya seseorang dalam mengharungi setiap peperiksaan tidak ada hubungan dengan peperiksaan sebelumnya. Peperiksaan berdasarkan persiapan serta kesiapsiagaan semasa.... Wallahu 'Alam

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template