The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, September 13, 2009

RAMADHAN DITAATI, SYAWAL DINANTI...

Sunday, September 13, 2009
Bookmark and Share
Hari-hari Ramadhan kian melabuhkan tirainya... Tirai Syawal pula mulai menyingkapkan wajahnya . Syawal Insya Allah datang bertamu sekali lagi selagi Yang Maha Esa masih mengizinkannya... Tanpa mengenal siapa kita. Ada bonus atau tidak ada fulus, rumah kayu atau batu, baju baru atau baju dulu... ia datang menyapa sesiapa sahaja. Ia diraikan kerana kejayaan melawan nafsu. Kalau  sepanjang tahun Allah S.W.T. mengharamkan melakukan perkara yang ditegah. Pada bulan Ramadhan Allah S.W.T. melarang melakukan sebahagiannya perkara yang boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Makan minum, hubungan suami isteri, mengorek telinga-hidung, halal pada bulan-bulan lain tidak kira siang atau malam... Tetapi kita dilarang melakukannya pada bulan Ramadhan kerana umat Islam melakukan puasa atau lebih besar daripada itu sebagai mentaati perintah-Nya jua. Itulah sebab mengapa Allah S.W.T. ingin mengganjari sendiri pahala orang mukmin yang berpuasa Lillah Hi Ta'ala.
Bersempena dengan kedatangan Syawal, umat Islam digalakkan berpakaian yang indah sewaktu melakukan solat 'Eidul Fitri sama ada di musolla atau di masajid. Namun, bagi orang dewasa... ia berpada-pada dan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Tetapi, bagi kanak-kanak yang sebulan berpuasa... pakaian baru seumpama hadiah kepada mujahadahnya berlapar dan menahan dahaga pada siang hari sepanjang bulan Ramadahan. Justeru, sebagai ibu bapa yang mampu menyediakan pakaian baru kepada anak-anak, berpusu-pusulah mereka ke gedung-gedung membeli-belah buat menyalini anak-anaknya sepasang baju Melayu sekurang-kurangnya. Namun, bagi yang berkemampuan nilainya tentu lebih bear daripada itu. 
Ya... Bagi ayah dan ibu yang berkemampuan, nilai anak-anak sanggup berpuasa sebulan (seboleh-bolehnya lah..) ternyata lebih besar daripada nilai pakaian yang sanggup dibelikan kepada mereka. Bukan mudah bagi anak-anak seawal usia empat lima tahun mulai belajar berpuasa. Apatah lagi tidak semua rakan-rakan seusianya berlapar dan menahan dahaga di sekolah atau di pusat asuhan kanak-kanak. Justeru, apalah nilainya RM100 atau lebih kepada setiap orang.
Namun, nun di kejauhan.. ada juga ibu bapa yang tidak mampu walau membelikan seurat benang buat menutupi tubuh anak-anaknya yang sungguh mulus itu. Pakain yang telah kusam dan kumal itu disarungkan juga ke tubuh anak-anaknya dengan linangan air mata lantaran betapa kedhaifan ini membelenggu rasa sayang mereka kepada anak-anak buat membelikan sesuatu tanda gembiranya mereka menamatkan 30 hari berpuasa. Itupun, kain baju yang disedekahkan daripada warga yang tinggi nilai akal budinya.
Tetapi... bagi ummat yang redha dengan apa sahaja anugerah-Nya, rasa syukur terus menjalar dalam merah darah lantas mengusir rasa hampa dan kecewa atau rasa bangga dan takbur! Lantas, duduk bersimpuh lalu sujud mensyukuri diberi anugerah maha besar lantaran dapat melalui Ramadahan ini, sambil menjangka belum tentu Ramadhan akan datang bisa ketemu lagi......

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template