The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, September 15, 2009

PATUTLAH....

Tuesday, September 15, 2009
Bookmark and Share
4 September lepas, genaplah usia dua bulan USB Wireless Broadband yang aku beli di Selayang ni... Entahlah, kalau diikut-ikutkan memang aku rasa tak puas hati. Lembab semacam! Cuma yang aku perasan laju macam "ribut" masa pesta konvokesyen kat UPSI baru-baru ni... Sampai cecah 80 Mbps! Lepas tu, hampehh! Aku dah hampir-hampir nak terminate service wireless broadband aku nih... Tapi, entah macam mana aku "bermurah hati" membayar bill yang bernilai RM98 itu sewaktu due datenya tinggal sehari dua lagi! Hehe... Sambil mengharap servisnya akan bertambah baik.Tapi, ternyata tidak! Pada hari isnin lepas, aku pijam modem USB seorang cikgu yang guna Maxis... Ternyata dia punya lebih laju.. Tapi patutlah sebab dia bayar RM130++ !
Pagi tadi semasa aku berada di Pusat Sumber Sekolah (PSS), entah berapa puluh kali aku cuba sign-in, tapi tak berjaya! Sudahnya aku dah tak sabar lagi. Setelah aku mendapat nombor Celcom Careline Service (CSS) daripada cikgu praktikum yang kebetulan masuk ke PSS, aku terus call... Nasib baik telefonis CSS tu lemah lebut suaranya... Kalau tak mahu jer aku sergah.
Walau bagaimanapun agak serius gak lah suara aku mengatakan sejak aku menggunakan wireless broadband ini, usahkan gembira, berpuashati pun jauh sama sekali. Akses ke laman web sangat lembab. Lebih marah lagi bila aku compare kengkawan yang pakai speed yang lebih rendah, tetapi lebih laju berbanding dengan USB modem aku yang katanya 3.6 mbps.. Depa-depa punya tu tak sampai pun 500 kbps... Apa ertinya ini semua???
Aku kata kata telefonis, apakah ada komplain dari pelanggan yang guna USB modem CSL? (Hehe.. bukan Chua Soi Lek tau!) Dia kata tak...
Akhirnya aku setuju untuk memberi kerjasama kepada telefonis tu untuk go trough step by step bahagian setting modem aku tu. Rupa-rupanya, aku tak personalise pun aku punya modem tu! Hah... Kat setting tu kosong.. Patutlah!!! Maka aku ikut lah satu persatu sehingga selesai. Sebelum aku memutuskan perbualan, telefonis tu pesan... agar aku unplug modem dan reboot laptop sebelum reconnect ke internet.
Wah... lepas reboot... aku dapati intent connection laju! Tak perlu nak pilih sama ada nak guna GPRS atau 3G. Sebab masa set up tadi aku pilih 3G/GPRS... Bila aku klik pada connection... terus ke internet!
La ni tengah fikir.. Kalau kelajuan macam nih lah ... aku tengah fikir untuk lowerize spec TM Streamyx aku yang ada kat rumah... Sekarang ni aku guna 1 mbps... Mahal juga nilai sambungan ke internet aku ni bulan-bulan... Streamyx RM88 + Pakej iTalk RM68 + Wireless Broadband RM98 = RM254 sebulan! Perghh!!! Macam harga monthly ayment kereta secondhand yang aku pakai dulu!!
Mungkin aku ambik pakej Combo yang 30 jam ke... sebab kesian gak kat anak-anak aku kat rumah nak gaming online! Lagi pun wireless broadband ni tak boleh guna untuk lebih daripada satu komputer... Betulkan?
Satu lagi, nak jer aku call yang jual USB modem tu... Kalau ia pun tak tahu... katalah
"Untuk setting... nanti encik call kami balik ya.. sebab USB Modem ni hanya boleh diaktifkan selepas 5 jam dari sekarang" Ini tak.. dia kata plug and play... Memang betullah boleh ke internet tanpa setting user... tapi lambatnya kalah siput yang sedang sakit kaki!! Huhu...

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

P.Wakuba on September 16, 2009 at 3:04 PM said...

Salam cikgtu Maleks..saya nk tanya mcm mn cikgu masuk setting broadband untuk persolise modem itu...saya pun guna broadband juga...tp kdg2 agak lembab..mungkin disebabkan iut juga..harap cikgu boleh bagi panduan..tq...

MALEQUE SELAMAT on September 17, 2009 at 10:23 AM said...

Maaf lambat respon... Untuk memastikan wireless USB kita dah personalised atau belum cuba kil ke bahagian setting.. Klik connection profile ... Kalau nama kita dah ada kat situ... maknanya USB kita dah disetup lah..
Tapi kalau tak... nampaknya kena ad new profile kemudian isi kotak seperti imej yg sy paste kat blog saya tu...Profile name jer yang tukar.. yang lain ikut jer dalam imej tu.. Lepas tu finish.. lebih kurang begitu lah... Kalau ada masalah lagi kena call Celcom Careline Centre... dail 1111..Selamat mencuba..

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template