The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, September 17, 2009

BERITA GEMBIRA?

Thursday, September 17, 2009
Bookmark and Share
Aku tak tahu sama ada berita yang aku dapat secara online ini aku perlu raikan atau tidak. Aku masih keliru sama ada hendak menerima atau sebaliknya kerana tiga semester yang aku lalui ini sangat membingungkan aku... Kalau start dari semester satu balik tak apalah... Tapi kalau ikut pegawai BPG masa aku interview kat IPGM Jitra tempohari... dia akan sambung sem yang dah berlalu. Cuma, KPM akan bayar balik yuran yang aku dah bayar selama ini.
Masalah utama ialah bila part-time ni... komitmen aku mesti  ada untuk itu.. Sedangkan ada perkara lain gak yang kena buat... Hehe... berblog juga masuk lah tu! Tapi, bagi aku blog taklah apa sangat... Masa terluang dan curi-curi masa jer...(Kekadang, termakan gak masa .... terlajak-lajak!)
Apa yang aku idam-idamkan ialah cuti belajar... Macam aku buat M.Ed dulu... Tak fikir pasal sekolah dan para pelajar... Tapi apa boleh buat.. Umur dah lanjut! Tapi aku hairan gak ada seorang peserta temu duga dulu.. umur masih muda tapi tak nak apply full-time scholarship? Dia kata tak nak hilang senioriti.. Etahlah macam-macam orang punya pandangan..
Nun jauh kat sudut hati adalah rasa syukur... Sebab aku berjaya dalam interview tu... Maklumlah jauh gak interviewnya... Kalau gagal lah adalah rasa bengang... Bukan boleh claim perjalanan....
Aduss... aku kena solat istikharah nih... Biasiswa zaman sekarang nih bukan macam dulu... tak habis tak kisah.. Sekarang ni kalau tak selesai kena bayar balik... Apa-apa pun aku kena tunggu sampai surat rasmi sampai.. dan aku kena balas sama ada terima atau tidak sebelum atau pada 30 Oktober 2009.. Buat seketika ini aku kena fikir raya dulu... Baju raya untuk aku, isteri dan anak-anak aku masih belum dibayar... Petang ni kena setel semuanya... Ya ampunnnnn!

Facebook Comments

2 PANDANGAN:

azlanlin on September 18, 2009 at 3:13 AM said...

Tahniah..jika ada set target dan ada 'perkara' yang membuatkan kita perlu tamatkan pengajian..dah kira baik tu.. Jika sendiri-sendiri ajer..ermm..macam yang selalu ler.. Apa2 pun selamat bergelumang kembali...

MALEQUE SELAMAT on September 18, 2009 at 5:22 AM said...

Terima kasih... Sedang menimbangkan dan berfikir secara positf... Melihat kekuatan yang ada, apa yang ada, berapa banyak yang diperlukan... Mudahan ada kekuatan untuk memanaskan suatu yang rasanya sudah terlalu sejuk... Terima kasih sekali lagi.

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template