The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, September 29, 2009

ISU BEBAN TUGAS GURU..

Tuesday, September 29, 2009
Bookmark and Share
Isu beban tugas guru ni sebenarnya dah terlalu banyak diperkatakan. Cuma medannya sahaja yang membezakan setiap isu yang cuba dibangkitkan. Jikai su tersebut dibangkitkan oleh warga pendidik maka ia merupakan suara dari dalam ke luar. Iaitu suara hati warga pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di sekolah. Daripada tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari sukan merupakan tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah ada beberapa perayaan yang perlu diurus. Maka, guru-guru akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih kepada pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi jika pandangan itu dari luar, maka ia pandangan dari luar ke dalam. Ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti... sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siap yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.
Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat.
Justeru, jika mahu mengkritik profesion keguruan, ia harus direncana secara adil. Hanya jauhari mengenal manikam.

Facebook Comments

3 PANDANGAN:

.: Si BungaKopi : . on September 29, 2009 at 8:47 PM said...

saya setuju. orang memang suka mengkritik sbb mereka x brd di tempat tersebut. hanya guru tahu kesusahan guru

Unknown on June 2, 2010 at 3:10 PM said...

Dalam bidang keguruan pada masa kini, guru cemerlang diertikan sebagai guru yang cemerlang melaksanakan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya (termasuk tugas selain mengajar murid), tetapi bagaimana pula ertinya kecemerlangan seorang guru dari sudut pendidikan di Sekolah ? Saya berpendapat, ramai guru-guru di luar sana yang cemerlang, kalau tidak, bagaimana negara kita sekarang ini boleh pesat dibangunkan oleh generasi alaf baru yang mengenal huruf dan angka dari seorang guru?? Oleh itu, janganlah kita hanya tahu menuding kesalahan kepada guru. Sedangkan nikmat yang datangnya dari guru tidak dihargai . Hargailah guru-guru yang ikhlas mendidik anak-anak malaysia .... kerana bagi saya, guru yang ikhlas mendidik murid itulah yang dimaksudkan sebagai guru CEMERLANG ....

Anonymous said...

Guru cemerlang? Betulkah...kenapa guru yang hanya mengajar kelas-kelas pandai dan yang berprestasi tinggi sahaja yang dapat. Kalau disuuruh mereka ini mengajar kelas-kelas yang lain, saya rasa mereka ini tak boleh langsung mencemerlangkan pelajar? Bukan cemburu, tapi bagi yang berpegangan tetap bukan cemerlang yang dikejar tapi keikhlasan..Hasilnya pelajar yang tak cemerlang di sekolah akan mengingati kita sehingga akhir hayat mereka tapi pelajar yang cemerlang, pandang kita sebelah matapun tidak. Sistem penilaian sama ada guru ataupun murid sekarang jauh berbeza, senang sangat nak dapat cemerlang sehingga tidak mustahil suatu masa nnt cemerlang A+ akan tidak bermakna lagi kerana kenyataannya semua keputusan peperiksaan boleh diubah-ubah umpama kita mengubah kekuatan bunyi menggunakan "equaliser". Senagkan?

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template