The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, September 6, 2009

HUBUNGAN ADIK-BERADIK YANG KIAN SIRNA...

Sunday, September 6, 2009
Bookmark and Share
Sewaktu aku menunggu pesanan nasi goreng USA di sebuah restoran di Hulu Bernam, aku menyambar akhbar yang bersepah di atas meja makan. Setelah meneliti secara seimbas lalu, aku terpandang insiden pembakaran Jalur Gemilang di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia.
Insiden tersebut sangat serius dan memunculkan perasaan marahku secara spontan.
"Biadap..." Getus hatiku. Kalau pun tidak semua orang menzahirkan rasa marah, aku pasti setidak-tidaknya rasa tidak senang akan bertamu dalam jiwa dan perasaan. Itu bukan budaya serumpun yang diwarisi sejak zaman berzaman. Kendatipun Malaysia dan Indonesia disempadani secara jelas batas sepadannya, namun... kita berada dalam rumpun budaya yang sama. Budaya membakar bendera ini lazimnya ditujukan kepada kuasa yang menjajah atau kuasa yang sangat jahat. Antara bendera yang sering menjadi mangsa sang api ialah bendera Amerika syarikat dan Israel! Juseru, membakar bendera negara tetangga yang punyai budaya serta fahaman agama yang hampir sama ini tentunya satu tindakan yang tekad-tekadan! Mujurlah pak SBY segera menyatakan bahawa tindakan provikatif itu tidak mencerminkan keseluruhan warga Indonesia. Jika tidak, kita tidak pasti api yang menyala pada JG itu akan membakar apa lagi...
Meneliti tulisan Zainul Arifin dalam keratan akhbar di atas, mungkin ada betulnya. Segelintir warga Indonesia rasa tidak senang dengan kemakmuran negara Malaysia. Sehinggakan terpaksa merelakan kira-kira 1 juta warganya menyeberang Selat Melaka untuk mencari rejeki di Malaysia. Tidak kiralah sama ada secara sah atau haram. Cuma, adakah nawaitu lain yang lebih jahat daripada tindakan tersebut? Umpamanya ingin membuat hasutan kepada warga Indonesia yang berada di sini untuk bangun membuat huru-hara? Angka seramai itu... jika disatukan... akan mengalahkan semua acara demonstrasi jalanan yang pernah berlaku sebelum ini!
Adakah tuntutan gaji minimum amah sebanyak RM800 itu satu usaha untuk test-power setakat mana rakyat Malaysia mampu membayarnya. Apa jadi kalau seluruh amah enggan berkerja jika tidak dibayar sejumlah lebih Rs 2 juta sebulan itu? Aku melihat, semua ini ada hubungan yang agak signifikan.
Ah... hubungan yang sekian lama persis abang adik ini nampaknya menuju ke era yang kian suram kiranya. Seperti seorang abang yang kurang berjaya dalam hidup mencemburui kejayaan adiknya yang jauh lebih hebat daripadanya... Namun, pihak kerajaan dengan kerajaan tidak wajar mengambil sikap membisu dalam soal ini... Bagi Malaysia, kita telah buat yang terbaik bagi menjaga hubungan murni antara dua negara ini. Jika berlaku kes-kes yang dilihat terpencil sekalipun ia telah ditangani dengan sewajarnya. Majikan yang mendera amahnya itu, kini telahpun diadili dan akan menerima hukuman yang setimpal...
Bagi isu-isu lain yang bersifat high-profile seperti tuntutan bertindih kawasan-kawasan yang tidak jelas batu sempadannya, kita ada jalan lain yang lebih baik. Malah dalam kes Pulau Sipadan dan Ligitan, pihak IJC telah memutuskannya... Memang rasa sakit merasai kehilangan sesuatu... seperti rasa sakit yang sangat mendalam atas kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Jika diikut rasa marah... mahu sahaja barpatah arang, berkerat rotan dengan Singapura! Tetapi, apakan daya... Mahkamah begitu sifatnya, manang atau kalah! Paling sukar hendak diterima ialah.. hujah di mahkamah boleh mengatasi fakta sejarah!
Begitu juga jika berlaku isu-isu yang melibatkan "hak cipta" mana-mana negara seperti isu tarian Pendet, Bali yang didakwa Malaysia adalah "hak miliknya" harus dicari puncanya. Dibimbangi itu semua hanyalah angkara pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, fikirkanlah bersama secara adik-beradik bagi mencari penyelesaian ke atas Pulau Ambalat! Jika boleh win-win situation kenapa tidak dilakukan? Kerana, jika dibawa ke ICJ sekali lagi... sama ada pulau itu akan menjadi milik Malaysia atau Indonesia!
Walaupun aku tahu tulisan ini tidak ke mana perginya, tetapi sebagai warga Malaysia yang susur-galur nenek moyangnya juga berasal dari Indonesia... tentunya berasa amat sedih dengan fenomena ini. Setakat ini tiada bancian dibuat untuk melihat berapa peratus rakyat Malaysia yang seperti aku, tetapi aku rasa lebih 70%! Jika perasaan serumpun sebudaya ini mahu terus disuburkan... Jika perasaan abang-adik ini mahu terus dialirkan dalam urat nadi kita...apabila berlaku pergeseran pandangan umpamanya... biarlah ia dilaporkan kepada bapak-bapak masing-masing agak di peringkat anak-anak tahu selesainya sahaja. Jangan sekali-kali pergaduhan anak-anak menyebabkan bapak-bapak yang bertumbuk!

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template