The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Sunday, September 6, 2009

GEBANG-GEBANG PRA HARI RAYA...

Sunday, September 6, 2009
Bookmark and Share
Beberapa hari ini aku dihimpit dengan beberapa aktiviti yang menyukarkan. Masa yang berlalu terasa pantas sekali. Hari ini dah masuk hari yang ke-16 kita berpuasa. Tinggallah sekitar 13 hari kita merayakan bulan yang pada awalnya keampunan, pada pertengahannya rahmah dan pada akhirnya dijauhkan daripada api neraka... Belum tentu ramadhan yang akan datang kita sempat merayakannya... Skrip jawapan trial STPM bebudak baru sebahagian kecil aku sentuh... Persiapan nak buat cermah tetang research kat seluruh bebudak form 6 hari selasa nih masih belum buat... Persiapan untuk pembentangan kajian tindakan peringkat daerah pada hari rabu ini belum lagi... Aduss!
Namun, waktu tetap mengheret kita ke suatu waktu yang baru... Buktinya, suatu ketika dahulu adalah hari ini. Walaupun tiada siapa yang pasti sama ada kita akan mesti sampai ke penghujung Ramadhan ini, namun tidak salah kalau kita nak memperkatakan tentang kehadiran Syawal kan...
Ikhlasnya, aku agak rimas dengan setiap kali ketibaan Syawal. Memanglah Syawal adalah bulan yang hadir berseiring dengan kemenangan umat Islam melaksanakan perintah Allah S.W.T. Tetapi, dalam konteks budaya Melayu di Malaysia... Syawallah bulan yang penuh dengan peningkatan kos alias pehabih duit... Jika awal tahun kita dibebani dengan segala urusan berkaitan dengan pembayaran yuran persekolahan serta segala-segala yang berkaitan dengan urusan sekolah anak-anak... itu adalah suatu pelaburan masa hadapan! Aidil Fitri? Bulan untuk membeli belah... Baju rayanya... kuih-muih rayanya... open housenya... Ah... pelik juga? Ikut cerita kengkawan yang pernah belajar kat timur tengah... depa tak raya macam kita kat sini... Malah raya Eidul Adha lebih "meriah"...
Bukanlah aku nak memperlekeh sambutan Eidul Fitri di negara kita, cuma... secara tidak disedari membentu satu subbudaya yang sebenarnya tidak begitu bagus. Umpamanya, kalau nak berziarah tunggu Raya... Kalau nak mintak maaf tunggu Raya...
Bercakap tentang mintak maaf ni pun agak menarik untuk diperkatakan.... Ada yang ambik kesempatan himpun kesalahan pada bulan lain, bila sampai hari raya... beria-ialah mintak maaf sebab mintak maaf bulan Syawal nih boleh "dijamaktakkhirkan"... Himpun semua sekali pada bulan lain dan mintak maaf bulan Syawal... Lagi-lagi pulak, datang ke rumah orang tu main jamaah! Tak kanlah tuan rumah nak kelebek setiap satu kesalahan kita kan... Cuma kalau hutang duit tu... tak gamaklah nak minta settle... Yang lain... "Halalkan makan minum... yang tersebuat... yang terkata... dunia dan akhirat!". Huh... memang clear habis! Jadi macam kain putih melepak... Cuci pakai klorok pun tak dapat bersih macam tu beb!
Kita boleh positifkan amalan yang kita ada nih... (Hehe.. termasuklah aku...) Bak kata kaunselor sekarang... "Amalkan yang betul dan betulkan yang diamal" (Lebih kurang...) Bukan tak boleh merayakan Eidul Fitri dengan perasaan gembira... Cuma, terlebih-lebih gembira ni jer yang selectnya... Umpamanya, nak ziarah-ziarah ke rumah saudara mara jangan tunggu bulan Syawal... nak mintak maaf jangan bertempoh-tempoh... Bila terasa buat salah, terus mintak maaf. Kalau ditakdirkan tak sempat sampai Syawal macam mana? Sedangkan dosa sesama makhluk nih tak habis kalau tak mintak maaf dengan tuan punya badan...
Kalau nak dijadikan bulan Syawal sebagai bulan untuk bertemu saudara-mara tu.. itu satu perkara yang lain... Dah dibagi cutikan... Bukan senang nak bawak anak-anak serta famili bertemu dengan sepupu-sepapat pada bulan-bulan lain... Lagipun emak bapak ni biasanya kalau nak berjalan ikut cuti sekolah... Ibu bapa bukan cikgu ada cuti tahun yang banyak... jadi bolehlah ambik masa sekolah cuti seminggu sempena ketibaan Syawal nih untuk melawat saudara mara... Tapi, kalau kita jer yang selalu ke rumahnya... sedangkan dia dah dua tiga raya tak sampai-sampai ke rumah kita... Janganlah ada rasa suus zhan (sangka jahat) pulak.. Tahun depan, kalau dia tak datang juga... kita buat keputusan tak akan datang ke rumahnya lagi! Haha... kenapa jadi gitu ek? Agaknya raya ni ada juga yang menjadikannya wadah untuk memperagakan sesuatu kot? Sofa baru? Langsir baru? atau rumah baru? Entahlah....
Bagi yang ada ramai "rakyat jelata" macam aku ni... Persiapan menghadapi ketibaan Syawal nih memang menyukarkan... Yang lepas-lepas, pemberian bonos untuk kakitangan awam memang "menyelamatkan" daripada bahana beban pasca Syawal (kecuali tahun 2007)... Tahun ini? Entahlah... tetapi, kalau diberi pilihan... antara bantuan hari raya dengan bantuan awal sesi persekolahan anak-anak... yang kedua tu lebih penting! Tapi kalau macam sebelum-sebelum nih... bonos diberi untuk kedua-duanya.. alhamdulillah... grasias! Bukan senang nak mengurus sumber yang terbatas sedangkan kehendak manusia yang tak terbatas ni.. Semua nak dibeli... atas "tiket" nak bantu orang berniaga... hehehe... "Kalau kita tak beli, kesian orang yang berniaga..." Akhirnya kita yang papa-kedana!
Terpulanglah... cara mana kita nak merayakan Syawal yang Insya Allah akan menjengah kita... Tepuk dada tanya..... Jika kita boleh menyediakan segala-galanya pun, apa perlunya kita membeli segala-galanya...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template