The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, September 3, 2009

DEMAM PEPERIKSAAN TELAH MULA TERASA..

Thursday, September 3, 2009
Bookmark and Share
Sementara menunggu sungkai (berbuka ikut dialek Brunei) lagipun dan agak "lama" tak memaksa minda berfikir buat menukilkan sesuatu dalam ruangan ini.
Tanpa mengira senario H1N1 yang nampak "ok" tetapi hakikatnya masih berbahaya, kini peperiksaan mengundang satu lagi demam. Para pelajar tingkatan enam mulai hari selasa lepas dah mula menjalani peperiksaan percubaan. Walau bagaimanapun oleh sebab hanya satu kertas sehari, nampaknya demam ini masih boleh diurus dengan baik oleh anak-anak muridku... Syabas, puasa bukan bererti kita tidak produktif (Hehe.. kepada yang tidak berpuasa, hormatilah rakan-rakan yang sedang menjalani ibadah puasa...)
Jika kita mengimbas sejarah perjuangan umat Islam pada zaman permulaannya, tengah-tengah puasa beginilah mereka berperang. Justeru, apalah sangat dengan "peperangan minda" seperti ini. Insya Allah dengan keberkatan ibadah puasa yang sedang dilakukan, akan menambahkan lagi kualiti dalam pencapaian markahnya.
Cuma, sedikit tanda soal dalam mindaku kini... bersediakah anak-anak muridku ini berdepan dengan halangan yang besar pada masa peperiksaan sebenar nanti. Jika dalam peperiksaan percubaan, tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah... beberapa kawasan yang agak rendah ditenggelami air... Macam mana nak datang sekolah? Seperti yang berlaku pada hari selasa lepas. Lima orang pelajar tidak dapat hadir... Sebagai satu usaha untuk berlaku adil, serta simpati terhadap musibah yang melanda... kertas soalan dipungut semula bagi memberi peluang yang tidak dapat hadir itu menduduki kertas tersebut pada hari yang lain.
Tetapi, bagaimana jika keadaan tersebut berlaku pada masa peperiksaan sebenar? Tiada peluang yang sama akan diberikan! Inilah yang agak merisaukan... Jadi, sekurang-kurangnya ada idea daripada para pelajar bagi menangani masalah sebegitu. Umpamanya bermalam di rumah saudara yang terdekat yang berhampiran dengan sekolah.. ataupun berbincang dengan pihak sekolah untuk menumpang di asrama sepanjang peperiksaan berlangsung, atau sebarang idea lain yang boleh menyelesaikan masalah tersebut... Harap-harap jangan ada yang bersikap take for granted kerana bila betul-betul berlaku memang huru-hara dibuatnya...
Selain daripada itu, jangan ada hendaknya sikap sambil lewa atau acuh tak acuh dalam menyiapkan diri dan mental dalam menghadapi peperiksaan atau "peperangan" yang hebat ini. Umpamanya gagal meletakkan senarai keutamaan dengan betul... Umpamanya tidak datang peperiksaan kerana ada perkara lain yang "dilihat" penting. Jika itu berlaku, habislah dan sia-sialah segala usaha selama setahun setengah ini... Ingat. "berpantang mati sebelum berjuang"
Akhir kalam.. selamat berbuka puasa... Wassalam

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template