The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Friday, August 7, 2009

DEMONSTRASI ANTI ISA: APA KOMEN CIKGU?

Friday, August 7, 2009
Bookmark and Share
Sewaktu aku sedang menikmati kudapan di kantin beberapa hari lalu, dua orang guru wanita sedang bercakap pasal demonstrasi jalanan ISA. Oleh sebab aku ada kat situ, salah seorang daripada mereka bertanya kepada aku.
"Apa komen cikgu pasal demonstrasi jalanan hari sabtu lepas?"
Setelah melihat wajah kedua-dua cikgu itu serta membuat "imbasan" fikrah mereka berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu...
"Saya ada dua perkara yang saya nak katakan, pertama ISA dan demonstrasi anti ISA" Aku memulakan bicara.
"ISA adalah mekanisme kawalan ke atas gerakan komunis dan subversif sewaktu pihak British menjajah negara kita... Sepatutnya kita ada mekanisme lain bagi menggantikan ISA atau mansuhkan terus ISA tu..." Aku menambah lagi.
"Saya setuju setiap pesalah mesti dibicara serta dijatuhi hukuman sekiranya dia benar-benar bersalah"
"Cuma apa yang saya nampak tak kena ialah tangkapan tanpa bicara yang sedang dlakukan kini.."
"Itu kan zalim namanya...!" Nada suara aku sedikit tinggi.
"Apa kata kalau tuduhan itu tidak berasas? Bukankah kita melakukan penganiayaan bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada anak isteri mereka! Bukan sikit-sikit masa... biasanya dua tahun...!"
"Macam gerakan anti PPSMI... kesan daripada suara rakyat, akhirnya PPSMI akan dimansuhkan menjelang 2012. Puas dah para demoinstrater kena sembur gas pemedih mata, kena belantan, air kuning..."
"Sekarang ni bukankah yang untug semua rakyat Malaysia. Orang macam kita yang tak ikut demonstrasi dapat rahmatnya sahaja... tak payah susah-susah kena itu semua.."
"Seperti gerakan mansuh ISA ni... haya orang yang tak cerdik serta berfahaman sempit sahaja setuju ISA. Orang ramai memang tak setuju!"
"Kerajaan boleh sahaja menggunakan ISA pada bila-bila masa sahaja... alasan kemudian atau langsung tak beri alasan pun... Sekarang ni banyak kes-kes tahanan ISA lebih bersifat politik!"
"Kalaulah seandainya ISA dikaji balik... sama ada akan dimansuhkan atau aspek tangkap tanpa bicara itu ditiadakan.. bukankah semua rakya Malaysia yang dapat kebaikannya.. Sedangkan mereka atau kita sendiri taka pernah pun terlibat dengan demonstrasi tu.."

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template