The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Thursday, August 6, 2009

H1N1: TIADA YANG POSITIF SEHINGGA KINI

Thursday, August 6, 2009
Bookmark and Share
Hari ini masuk hari kedua pasukan perubatan dari Klinik Komuniti Tanjong Malim menjalankan ujian saringan H1N1 di sekolah. Seramai 70 orang pelajar yang meminta diperiksa kerana ada beberapa tanda yang ada kaitan dengan gejala-gejala H1N1 telah disaring oleh dua orang pegawai perubatan tersebut. Walau bagaimanapun tiada seorang pun yang disahkan positif termasuklah saringan yang dijalankan semalam. Walau bagaimanapun para pelajar yang demam telah diminta balik untuk menjalani kuarantin di rumah selama seminggu untuk melihat perkembangan kualiti kesihatan mereka.
Sewaktu akubalik dari sekolah tadi, sebuah stesen radio menyatakan angka terkini kematian akibat H1N1 telah bertambah dua orang lai menjadikan jumlah kematian sehingga kini seramai 14 orang. Mangsa ke-13 merupakan kanak-kanak berusia enam tahun dan mangsa ke-14, seorang pesara lelaki berusia 57 tahun.
Aku teringat apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai perubatan kat sekolah tadi.
"Kita jangan panik dengan H1N1 ni... Ia hanya menyerang para pesakit yang memang dah kronik. Umpamanya mangsa memang ada sakit athma, paru-paru serta lain-lain penyakit lain. Jadi mereka yang tak ada mengalami penyakit-penyakit tersebut tidak perlu panik"
"Ada satu kes mangsa dimasukkan ke wad kecemasan setelah beliau tidak dapat bernafas secara teratur, sedangkan beliau tidak ada simptom H1N1.." Beliau menambah lagi.
Penerangan tersebut memberi sedikit rasa lega kepada aku. Tetapi itu bukan bererti kita semua yang tidak ada sebarang jangkitan penyalkit yang serius terbebas daripada wabak tersebut. Aku selama-lamanya percaya bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Cuma kekadang kita tewas dengan tuntutan nafsu sambil mengharap kita tidak akan apa-apa ...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template