The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, June 3, 2009

TAMBAH GURU DI BANDAR - TPM

Wednesday, June 3, 2009
Bookmark and Share
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Jumlah pengambilan guru di negara ini akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan yang semakin terdesak terutama di kawasan bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini, negara hanya mampu menyediakan lebih 20,000 bakal guru setiap tahun baik di kalangan lulusan kursus perguruan peringkat diploma mahupun ijazah sarjana.

Beliau berharap penubuhan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang kini meningkat sebanyak 27 buah mampu membantu kerajaan merealisasikan matlamat itu.

Justeru, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kerajaan bakal menubuhkan IPGM khusus dalam bidang sukan dan pelaksanaannya dijangka bermula pada tahun depan.

"IPGM ini akan melahirkan jurulatih dan pegawai sukan yang berkelayakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggiatkan dan memeriahkan lagi aktiviti sukan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Sejarah Perguruan Malaysia di IPGM Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di sini semalam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Secara umumnya idea untuk menubuhkan satu IPGM yang khusus dalam bidang sukan adalah idea yang baik. Walau bagaimanapun harus ada perbincangan yang tuntas dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagimana untuk mencari jalan tengah dalam memutuskan tempat bertugas antara guru-guru lepasan IPGM dan IPTA. Kita bimbang akan berlaku lagi guru-guru pelatih yang tak dapat posting menggunakan saluran media elektronik (televisyen) dan bercetak (akhbar) bagi meluahkan rasa kecewa kerana mereka menjadi 'mangsa' diskriminasi KPM lantaran masih belum posting.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template