The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, June 3, 2009

Penyanyi lagu 'Negarakuku' insaf

Wednesday, June 3, 2009
Bookmark and Share

NAMEWEE menandatangani kulit klip video dokumentari siri pengembaraannya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Penyanyi klip lagu kontroversi 'Negarakuku', Wee Meng Chee atau Namewee, 26, mengaku tekanan akibat nyanyian lagu itu masih berbekas di hatinya walaupun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini.

Malah, pelajar tahun akhir pengajian Komunikasi Massa Universiti Ming Chuan, Taiwan itu berkata, kontroversi yang berlaku turut memberi tekanan kepada ahli keluarganya di Muar, Johor.

"Sekali lagi saya ingin tegaskan apa yang berlaku adalah salah faham semata-mata. Saya langsung tidak berniat untuk mempersendakan lagu kebangsaan sebaliknya klip video tersebut dihasilkan hanya untuk suka-suka.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku biarlah berlalu. Saya kini tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya mahu menjadikannya sebagai pengajaran pada masa hadapan," katanya.

------------------------------------------------------

Baguslah kalau dah insaf. Semoga apa yang telah berlaku itu akan menyedarkan seluruh anak muda masa kini bahawa kita bukan sahaja perlu berniat baik malah perlu juga kelihatan baik... Bukan semua boleh dijadikan bahan gurauan. Inikan pula merapkan lagu kebangsaan negara sendiri dan yang lebih teruk lagi tambahan lirik lagu yang dilihat sangat jelek!

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template