The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, June 8, 2009

CIKGU GALAS TANGGUNGJAWAB BESAR

Monday, June 8, 2009
Bookmark and Share
GURU adalah tugas mulia. Sejak dulu guru mempunyai peranan cukup besar dalam mendidik anak bangsa. Seperti dijelaskan oleh Usman Awang bahawa peguam, perdana menteri, cerdik pandai dan lain-lain lagi semuanya bermula dengan jasa seorang guru.
Namun, kedudukan guru pada masa kini semakin kurang sinarnya. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Jika dulu guru hanya menjalankan tugas sebagai guru, sekarang guru perlu menjalankan tugas yang di luar bidang mereka.
Contohnya, kini guru berperanan sebagai kerani, pengasuh, juruaudit, tukang kebun, penasihat dekorasi dan sebagainya. Semua ini menuntut guru bersedia dan melaksanakan semua amanah itu dengan sebaik mungkin.
Semua ini menyebabkan guru hilang tumpuan terhadap tugas hakiki mereka sekiranya mereka tidak benar-benar bersedia. Hal ini juga menyebabkan guru tidak lagi dapat melaksanakan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Kesannya ialah akhlak murid tidak terjaga, guru dibebani dengan pelbagai tugas, realiti ibu bapa masa kini yang tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru dalam mendidik anak mereka serta pengaruh hiburan dan budaya Barat di kalangan remaja, semua ini menjadi faktor kepada merundumnya akhlak generasi kita masa kini.
Saya tertarik dengan sebuah buku Guru pendidik, pengajar atau pendakwah, tulisan Mohd Azam Mahat, terbitan Karisma Publications. Penulis buku ini, cuba mengajak guru memikirkan peranan sebenar guru dengan mengambil beberapa contoh realiti yang berlaku masa kini.
Penulis cuba mengingatkan kembali kepada guru bahawa tugas mereka bukan saja sebagai pengajar, malah mereka juga perlu mendidik dan berdakwah bagi membentuk generasi masa depan yang cemerlang, sesuai dengan hasrat negara seperti terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Apabila guru sudah sedar tugas dan cabaran mereka, secara tidak langsung masyarakat akan mula meletakkan guru di atas penghormatan yang selayaknya.

GURU,
Negeri Sembilan
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat di atas merupakan antara ribuan surat luahan perasaan seorang guru yang pernah kita baca sebelum ini. Itu adalah hakikat yang perlu diterima oleh seorang guru pada masa kini. Tugas sebagai pendidik kini semakin rencam lantaran tuntutan masa kini terhadap institusi pendidikan yang juga semakin rencam.
Umum melihat sekolah sebagai sebuah instutusi yang diberi peranan sebagai pelaksana agenda pembinaan manusia. Manakala guru pula merupakan jurutera yang diberikan otonomi bagi melaksankan tugas tersebut. (Saya akan sambung kemudian...)

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template