The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, June 8, 2009

PELUANG HANYA DATANG SESEKALI...

Monday, June 8, 2009
Bookmark and Share
Kata orang, pengalaman itu suatu khazanah kepada diri... Ada yang lebih ekstrem, pengalaman adalah sebuah universiti! Begitulah lebih kurang, manusia menanggapi suatu yang dinamakan pengalaman.
Bagi diriku, pengalaman yang sangat indah untuk dikenang setelah bergelar cikgu... tentunya pernah berkhidmat di Negeri di Bawah Bayu... Walaupun pada awalnya, penuh dengan perasaan syahdu lantaran perkhabaran yang tidak begitu betul tentang negeri itu, ternyata aku cukup kerasan dalam tempoh empat tahun setengah menabur budi menyemai bakti di perbumian yang indah itu.
Dan, jika diminta memilih untuk mengambil peristiwa yang paling indah ialah... orang yang tak kuat berjalan seperti aku ini, akhirnya aku berjaya "menawan" Peak Low di puncak Gunung Kinabalu! Satu pengalaman yang tak terungkapkan...
Peluang-peluang yang mengujakan itu sesekali menjengah kita... Sama ada kita mahu mengambilnya atau tidak...
Pada September 2008, aku diminta membuat komen kepada seorang wartwan Karangkraf berkaitan dengan "Peperiksaan Percubaan Kayu Pengukur Kejayaan SPM". Aku agak banyak juga bercakap tentang topik tersebut. Cuma akhirnya apa yang tersiar adalah seperti yang terdapat dalam petikan tersebut. Tak apalah... itu hak editor majalah tersebut. Bagi aku pengalaman berblogg ini sebenarnya lebih hebat daripada sesekali artikel kita muncul dalam majalah atau akhbar dan seumpamanya. Kita boleh terus paparkan dalam blogg kita walaupun pada peringkat permulaan kepada siapakah blogg kita hendak ditujukan masih menjadi tanda tanya.
Bagi aku tak kisah... setidak-tidaknya apa yang ada dalam minda, kita dapat suarakan melalui blogg kita itu. Jika orang tanya,
"Ada menulis ke?"
"Ada..."
"Tulis dalam blogg"
Hehe...

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template