The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, June 1, 2009

LONJAKAN SAUJANA KERAJAAN TERENGGANU!

Monday, June 1, 2009
Bookmark and Share
Pelajar Terengganu guna e-Book
Oleh NOR AZIAH JAAFAR
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 26 Mei - Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara di dunia yang menyediakan kemudahan buku elektronik atau e-Book kepada pelajar bagi menggantikan sepenuhnya penggunaan buku teks di sekolah.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pelaksanaan dengan akses Internet kepada setiap murid sekolah rendah adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-Ekonomi.
''Program ini sudah pasti akan menjadi tumpuan bukan sahaja di negeri lain dalam Malaysia, namun turut menjadi perhatian negara lain.
''Usaha ini merupakan blueprint bagi melahirkan masyarakat baru berteknologi maklumat (IT). Banyak pihak akan memerhati perkembangan program e-Book ini dan kejayaan Terengganu akan merintis revolusi pendidikan di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pada majlis pelancaran itu, turut diadakan pertandingan Skor A secara online yang dimenangi oleh Daerah Setiu yang menerima hadiah kemenangan sebuah komputer sumbangan Intel Electronic Malaysia Sdn. Bhd.
Menurut Ahmad, sebagai langkah pertama, 25,000 unit e-Book yang dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat akan diagihkan secara percuma kepada murid tahun lima melalui Pejabat Pendidikan Daerah mulai hari ini.
Jelasnya, agihan e-Book sama seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu pada penghujung tahun kemudahan itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak sekolah.
Cuma kata beliau, berbeza dengan SPBT, e-Book akan diagihkan kepada semua murid tidak kira mereka datang dari keluarga miskin atau kaya.
''Pada permulaan sesi persekolahan yang akan datang, pelajar tahun lima kini akan diberikan e-Book yang mempunyai perisian baru untuk pelajar tahun enam dan pada masa sama, murid tahun lima tahun hadapan akan turut menerima e-Book yang lengkap dengan perisian khusus untuk mereka," ujarnya.
Beliau memberitahu, setiap e-Book disertai dengan jaminan selama setahun, malah ia dibina tahan lasak dengan ciri kalis air serta mampu menahan beban sehingga 20 kilogram.
Sebanyak 347 sekolah dengan 23,191 murid tahun lima serta 3,831 guru akan menerima e-Book melalui program ini.
Fasa pertama agihan mulai hari ini melibatkan 127 sekolah serta 10,438 murid tahun lima.
Ini diikuti agihan e-Book kepada pelajar tahun empat, tiga dua dan satu selepas ini
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Syabas kerajaan Terengganu yang mengambil langkah yang sangat proaktif dalam memasakkan aplikasi ICT kepada para pelajarnya melalui penggunaan e-Book. Satu usaha yang semestinya dipuji. Soalnya mengapa dilancarkan oleh kerajaan Terengganu? Bukan Kementerian Pelajaran Malaysia? Sepatutnya agenda mega dalam bidang pendidikan seperti ini perlu dikendalikan oleh KPM! Kecualilah jika dilancarkan di Terengganu... Ia lebih kepada lokasi pelancaran sahaja, tetapi projek nasional.
Saya bukan sekadar membaca sekali atau dua malah berulang-ulang kali berita di atas bagi meneliti segala maklumat yang berkaitan. Ternyata ia memang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu. Nampaknya negeri lain kalau nak rasa e-Book, kena minta kerajaan negeri buatlah! Macam itu kan?
Sejak bila program pendidikan didesentralisasikan dan dijadikan sebagai agenda negeri masing-masing?
Berbalik dengan e-Book yang telah dilaksanakan penggunaannya di Terengganu itu, sangat menarik... daripada foto di atas, ia berupa sebuah komputer riba. Tentu harganya juga mencecah ribuan ringgit (jika tidak syukurlah!). Segala maklumat tentang buku-buku teks untuk setiap tahun ada disediakan. Tentunya dalam format yang interaktif. Wah fantastik! Jika dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sekalipun hanya cikgu yang dibekalkan laptop dan lcd projektor. Ini, setiap pelajar dapat e-Book! Seperti gaya belajar di negara-negara maju... Pada hemat saya, inilah jawapan paling tuntas kepada masalah kemalasan para pelajar hari ini membawa buku teks ke sekolah (rujuk http://azmanlin.blogspot.com/2009/02/isu-pelajar-malas-bawa-buku-teks.html)
Isu ini perlu dijawab oleh pak menteri pelajaran dengan segera untuk menjawab tanda soal yang berlegar-legar dalam minda para pelajar dan ibu bapa serta pihak sekolah di luar Terengganu. Harap-harap ia akan menjadi projek nasional lah!

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template