The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, June 1, 2009

APA KAH SUBJEK TERAS ITU?

Monday, June 1, 2009
Bookmark and Share
4 subjek teras SPM?
Oleh SAHBULAH DARWI
dan KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my
MUAR 31 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat ini.
Menteri Pelajaran itu menegaskan, pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut.
Beliau berkata, langkah tersebut diyakini dapat melegakan kebimbangan sesetengah pihak yang berasa khuatir dengan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengehadkan pengambilan tidak melebihi 10 mata pelajaran dalam SPM.
‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.
‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.
Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.
Semalam, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan tidak lebih 10 mata pelajaran di kalangan calon SPM mulai tahun depan adalah hasil kajian mendalam pelbagai pihak.
Beliau berkata, kajian itu menunjukkan fokus tidak harus terhadap bidang akademik semata-mata sebaliknya penekanan yang sama perlu diberikan perkara lain.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya sedia maklum keputusan berkenaan menimbulkan rasa bimbang di kalangan sesetengah pihak termasuk dibantah oleh MIC baru-baru ini.
Beliau berkata, walaupun kebimbangan itu wujud namun beliau yakin ia tidak menjejaskan pencapaian calon-calon SPM.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Setakat ini saya masih membuat penelitian yang sangat mendalam tentang pengurangan mata pelajaran teras dalam SPM. Apakah mata pelajaran yang akan terus dikekalkan? Bagi saya empat mata pelajaran itu ialah seperti berikut.
Bahasa Melayu - Subjek ini saya fikir akan terus menjadi subjek teras. Bahasa rasmi negara kita. Bahasa yang menjadi cerminan bangsa Malaysia. Menjadi syarat penting dalam pelbagai bentuk permohonan sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau untuk memasuki bidang pekerjaan dalam sektor awam.
Bahasa Inggeris - Bahasa kedua negara. Bahasa antarabangsa, malah bahasa ilmu sejagat. Meminggirkan mata pelajaran ini akan dilihat sebagai langkah patah balik ke belakang.
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral - Isu yang sangat sensitif di Malaysia. Usaha menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai subjek elektif dilihat seumpama "menjolok sarang tebuan"! Orang-orang Melayu akan rasa marah... Lebih-lebih lagi pada saat ini isu moral dan akhlak generasi muda negara kian pincang.
Sejarah - Satu-satunya mata pelajaran yang sangat akrab dengan nilai patriotisme. Dalam konteks negara yang berbilang bangsa ini, memahami sejarah negara bukan sahaja untuk tujuan patriotisme malah sebenarnya jauh lebih penting daripada itu. Isu-isu yang melibatkan kesaksamaan kaum dilihat kian rancak ditimbulkan kerana kedangkalan rakyat Malaysia memahami sejarah negara. Justeru, jika mahu keharmonian negara dikekalkan dalam konteks yang sedia ada, kefahaman yang mendalam terhadap sejarah negara sememangnya sangat penting.
Pada pandangan saya, matematik dan sains wajar dikeluarkan daripada pakej mata pelajaran wajib bukan bererti ia tidak penting. Malahan, hampir semua orang tahu ia subjek terpenting dalam konteks kemahiran. Justeru ia akan tetap menjadi mata pelajaran berprioriti tinggi dalam pemilihan mata pelajaran di sekolah.
Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar mampu menguasainya dengan baik, Justeru, kepada pelajar yang kurang berkemampuan boleh untuk menggugurkan mata pelajaran tersebut sekiranya terbukti mereka tidak berkeupayaan untuk lulus.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template