
Dua hari yang lalu saya tergerak kembali hendak melanggan semula perkhidmatan tersebut memandangkan saya tertarik dengan keupayaan untuk membuat keratan akhbar secara online dan menyimpannya dalam pc. Lebih-lebih lagi saya sekarang ini sedang obses terhadap blog

Melalui kemudahan tersebut, saya boleh tampalkan keratan-keratan akhbar yang saya perlukan dalam blog saya dan seterusnya saya membuat komen mengikut persepsi saya sendiri.
Walau bagaimanapun, pada hari ini saya berasa sangat marah kerana saya hanya boleh akses kepada akhbar tersebut hanya pada pukul 10.00 pagi. Sedangkan mengikut janji yang dinyatakan dalam halaman E-Browse ialah seawal 7.45 pagi. Itupun sehingga pukul 12.00

Agaknya inilah yang menyebabkan saya tidak menyambung langganan sejak 2007! Saya terlupa bahawa perkhidmatan E-Browse sebenarnya sangat lembab. Bukannya percuma! Untuk langganan terkini saya melanggan selama 6 bulan dengan harga RM100. Kalau beginilah mutu perkhidmatan yang diberikan, tutp sahaja perkhidmatan ini! Keadaa ini menyebabkan pelanggan rasa marah dan tertipu.

(Beberapa keratan di atas adalah antara paparan yang dapat diakses sehingga pukul 12.00 tengahari, 12/06/09)
0 PANDANGAN:
Post a Comment
TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...