The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Wednesday, June 10, 2009

PENDERAAN AMAH LAGI!

Wednesday, June 10, 2009
Bookmark and Share
Isu melibatkan pembantu rumah atau amah ini entah bila akan berkahir. Skripnya adalah, sama ada amah didera atau si amah itu yang 'mendera' tuannya.
Cerita dalam akhbar (di sebelah) bukan satu cerita baru. Malah sebelum ini dalam kes Nirmala Bonet, 19 pada tahu 2005 telah menyebabkan tuannya turun naik mahkamah. Itu bagi amah yang agak berani... menuntut pembelaan di negara asing! Kalau tidak semua orang tidak tahu.
Ada yang berpendapat, orang gaji ni... jangan bagi muka! Layan dia macam hamba je... kalau tidak nanti kita yang susah. Kalau kita anggap dia tu macam sebahagian daripada keluarga kita, bukan dilayan seperti kuli, alamatnya nanti dia naik kepala lah... naik tocang lah... Mungkin ada benarnya... pengalaman kawan-kawan dan saudara-mara yang mengamalkan dasar berbaik-baik dengan amahnya, habis beribu-ribu ringgit tetapi perkhidmatannya tidaklah seberapa. Ada yang datang beberapa bulan kemudian minta izin balik sebab nak sambut hari raya dengan keluarga, lepas tu langsung tak datang-datang! Ada pula yang tidak cukup sihat. Setelah dibawa ke hospital, doktor mengesahkan amah itu ada kanser tulang. Agen yang membawanya dulu janji nak ganti dengan orang lain, tetapi sampai sudah masih tiada juga! Dalam kes yang sebegini nampaknya majikan sememangnya kena "dera" dengan amahnya.
Justeru satu pihak lagi, memang majikan tersebut menghambaabdikan para amah tersebut. Paling malang apabila majikannya si amah itu berlainan agama. Ini lah yang berlaku kepada Siti Hajar dalam petikan akhbar di atas. Dalam kes ini majikan boleh didakwa di mahkamah. Tetapi dalam kes di atas, siapakah yang patut didakwa? Amah yang telah lesap atau agen pembantu rumah yang boleh didakwa?
Pada pandangan saya, perlu ada pihak yang perlu diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut. Kerjanya lebih kurang untuk memantau secara berkala perkembangan para amah berdaftar tersebut.

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template