The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Tuesday, June 9, 2009

KEMENTERIAN KAJI ISU TUGAS, GRED, ELAUN GURU

Tuesday, June 9, 2009
Bookmark and Share
LANGKAWI: Kementerian Pelajaran akan memberi perhatian serius terhadap pandangan 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru seluruh negara, khususnya berkaitan isu beban tugas, kenaikan pangkat dan elaun di pedalaman.Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian akan memperincikan setiap permasalahan terbabit sebelum menyiapkan kertas cadangan untuk dibentangkan ke peringkat kerajaan bagi penilaian seterusnya.
"Isu beban tugas, kenaikan gred perkhidmatan dan elaun yang menjadi topik hangat dalam perbincangan bersama pemimpin kesatuan guru selama dua hari berakhir hari ini akan diberi perhatian.
"Ketika ini warga guru turut dibebankan dengan kerja perkeranian dan aktiviti kokurikulum, sekali gus menjejaskan tumpuan mereka di bilik darjah," katanya pada sidang media selepas menutup Mesyuarat Wacana Prosfesional Kesatuan Guru di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Puad turut menyertai bengkel bagi membincangkan isu berkenaan secara mendalam bersama lebih 50 pemimpin dan ahli jawatankuasa mewakili 21 kesatuan dan persatuan guru dari seluruh negara.
Beliau berkata, selepas merasai sendiri keperitan guru di kawasan pedalaman khususnya di Pahang, Sarawak dan Sabah, beberapa perkara yang diketengahkan pemimpin kesatuan dan persatuan guru itu wajar dikaji semula.
"Ketika ini kementerian membayar elaun guru di pedalaman iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500 mengikut kategori kawasan.
"Beberapa perkara lain yang turut dibincangkan ialah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kurikulum sekolah rendah, pemberian insentif bagi guru yang berkelulusan sarjana dan doktor falsafah," katanya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pandangan saya, isu beban tugas, kenaikan gred perkhidmatan dan elaun serta menjalankan kerja-kerja perkeranian merupakan isu yang telah sekian lama dibincangkan. Saya tidak pasti sama ada telah dilaksanakan satu pelan penyelesaian yang tuntas terhadap permasalahan tersebut atau belum. Cuma apa yang telah dilaksanakan umpamanya pelarasan gaji, kenaikan elaun kos sara hidup (cola) dan beberapa lagi. Mungkin pihak kerajaan melihat itu lebih aula berbanding beberapa perkara lain yang sukar dicari fomular yang ampuh bagi menangani permasalahan tersebut.
Rasanya terlalu sukar untuk ditangani segala permasalahan tersebut secara borong atau lump sum. Kalau hendak juga, kena buat bahagian demi bahagian. Ia mestilah bermula dari peranan guru kelas sehinggalah tugas-tugas kokurikulum umpamanya. Walaupun umum mengetahui bahawa peranan guru hakikinya ialah mengajar, tetapi tugas-tugas lain yang jika diabaikan maka pelajar-pelajar juga lah yang akan menjadi mangsa. Sebagai contoh, jika guru
tidak peka tentang permohonan biasiswa BKP atau BKPU secara online dan sebagainya, alamatnya para pelajar tidak ada seorang pun yang dapat. Ibu bapa tentu akan berang!
Entahlah, rasanya berpuluh tugasan yang perlu diagihkan antara guru-guru bagi memastikan akhirnya guru itu tidak dimarahi oleh tuan pengetua atau guru besar jika segala urusan yang berkaitan dengannya tidak berjalan dengan lancar.
Saya amat berbesar hati jika pihak kementerian pelajaran berusaha bersungguh-sungguh bagi mengatasi segala permasalahan tersebut. Tentunya jika berjaya pak menteri serta timbalannya akan dikenang sepanjang hayat!
Satu perkara lagi, saya tertarik tentang insentif kepada guru-guru yang memiliki ijazah kedua dan ketiga. Saya dah lama mendengar bahawa ada ura-ura guru-guru tersebut akan mendapat beberapa kenaikan. Jika tidak silap ingatan saya sejak tahun 2003 lagi. Sampai ada yang kata JPA dah luluskan skim tersebut. Tapi, tak ada pun sampai la ni... Ada yang kata, kalau nak ada kenaikan pi lah kat IPG! Betul lah tu... Kenapa anak tirikan sekolah? Lebih-lebih lagi sekarang ni dah wujud Guru Akademik Tingkatan 6 sehingga DG52. Sepatutnya guru-guru yang memiliki ijazah kedua dan ketiga lah antara yang dipilih mengajar di tingkatan enam. Selain itu mereka di beri kenaikan gaji kerana mereka dilihat 'setaraf' dengan pensyarah di IPG dan matrikulasi. Mengikut apa yang ditaklimatkan, masa bertugas juga sehingga 4.00 petang. Jika insentif itu diberikan kepada guru-guru tersebut, tak perlulah guru-guru yang berpengalaman tersebut terpaksa meninggalkan sekolah untuk ke IPG sedangkan peranannya masih diperlukan di sekolah. Sementelahan pula tingkatan enam akan menggunakan sistem modular sedikit masa lagi.
Agak malang kepada guru-guru yang tidak dinaikkan ke gred yang lebih tinggi lantaran 'kuota dah penuh'. Umpamanya guru itu sememangnya telah menjawat gred DG44 KUP dilantik ke gred DG44 hakiki kerana menjawat guru akademik tingkatan enam. Sedangkan segala syarat yang yang diperlukan untuk ke DG48 telah cukup! Apa yang sedikit 'seronok' hanyalah dari jawatan "KUP" ke "hakiki". Itupun bagi guru-guru yang tak tahu konotasi kedua-dua istilah itu... Selain daripada itu, tidak ada apa-apa manfaatnya berada di tingkatan enam. Jika menjawat sebagai Ketua Bidang pun ada juga elaun tanggungjawab RM120. Sudahlah kena buat pelbagai tugasan sehingga 4.00 petang.
Bukan isu kenapa terima jadi guru akademik tingkatan enam? Ada sesetengah guru memang tidak berapa minat masuk line pentadbir... Mereka memang suka mengajar... Jadi inilah peluangnya untuk tidak jadi pentadbir, tetapi berpeluang menerima kenaikan gred yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun kuotalah menjadi penghalangnya.
Saya memohon kepada pak menteri untuk meneliti perkara ini agar kuota DG48 dan Dg52 di tingkatan enam dimansuhkan. Hal ini bagi membolehkan sesipa sahaja yang layak menerima kenaikan tersebut terus dilantik. Kecualilah memang ada syarat yang tidak cukup seperti mesti lulus sekurang-kurangnya 'band' 3 pada penilaian kompetesi TK3. Walau bagaimanapun jika tiada calon yang layak, mana-mana calon yang memiliki syarat yang terhampir boleh dilantik sebagai pemangku dan dibayar elaun memangku.
Seiringan dengan itu inisiatif untuk memberikan insentif kepada guru-guru yang memiliki ijazah kedua dan ketiga dilihat akan membuka satu dimensi baru terhadap lanskap pendidikan di sekolah. Budaya penyelidikan juga akan berkembang di sekolah. Selain daripada itu, akan bertambah ramai lagi guru-guru yang akan mengambil peluang belajar secara sepenuh masa atau sambilan!

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template