The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Monday, May 25, 2009

SEORANG KAWAN MASA KECILKU TELAH KEMBALI RAHMATULLAH...

Monday, May 25, 2009
Bookmark and Share
Kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu, aku sekeluarga bergerak meninggalkan TM untuk ke Kuala Selangor (KS). Bukan semuanya menuju destinasi yang sama. Aku akan menghadiri mesyuarat di KS, justeru, isteri dan anak-anakku akan kutitipkan di Sg.Nibung, Sekincahan (rumah emak bapaku) sebelum aku menuju ke KS.
Dalam perjalanan ke KS aku menerima panggilan daripada adikku di Sg.Panjang. Bicaranya ringkas tetapi amat menyentap tangkai jantungku. Seorang kawanku masa kecil Mohd Rai' Sardi telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat 26 Disember 2008. Beliau terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan. Beliau adalah juga jiran sebelah rumahku di Parit 16 Sg.Panjang. Keluargaku menetap di situ mulai 1971 hingga 1982. Aku bersekolah di SK Tok Khalifah, Parit 13, Sg.Panjang selama 6 tahun . Keluarganya sudah seperti keluargaku yang kedua. Apabila emak dan bapaku bekerja mengambil upah di sawah, aku akan dititipkan di situ. Hingga kekadang aku bermalam di rumahnya. Wak Tom atau Wak Tumirah, emaknya macam emakku juga.
Aku rasa ralat kerana tidak dapat menziarahi jenazah rakanku itu pada pagi itu kerana mesyuarat yang aku akan hadiri itu terlalulah penting, sehingga jatuh ke tahap wajib! Tidak boleh wakil, selagi tubuh masih boleh berdiri, mulut masih boleh bicara. Maka dengan kondisi itu, aku terus bergerak ke KS. Aku selesai bermesyuarat sekitar 1.00 petang. Sejurus sampai di rumah emakku, aku memaklumkan kepada isteriku untuk terus ke Parit 16, Sg.Panjang. Aku pergi sendirian sahaja kerana isteriku nampak keletihan lantaran sudah sarat berbadan dua itu.
Sampai di rumahnya aku tercari-cari sesiapa yang aku masih kenali. Aku sudah agak lama tidak singgah ke rumahnya. Kira-kira enam tujuh tahu yang lalu. Itu pun aku hanya sempat berjumpa dengan Wak Tom dan arwahnya. Dengan adik beradik arwah yang lain aku tidak berjumpa lebih kurang 27 tahun yang lalu. Almaklumlah kesemua anak-anak Wak Tom telah berkeluarga (?) dan menetap di tempat masing-masing.
Alhamdulillah aku bertemu dengan semua adik-beradik arwah. Kak Ros, Uji (Fauzi Hakim), Zaihan, Samaiyah, Salleh dan Sabariah. Aku bersembang lama dengan Uji yang usianya dua tahun lebih muda daripada aku. Banyak cerita-cerita lama, masa kini yang kami bicarakan almaklumlah kami hampir seusia dan sudah tentu banyak peristiwa suka duka kami lalu bersama. Setelah hampir dua jam, aku permisi. Aku sempat memberi sepatah kata buat Wak Tom yang bagaikan kehilangan tulang belakangnya (kerana arwah rakanku itu membina rumah di sebelah rumah emaknya) serta balu rakanku itu.
Fikiranku rasa sayu dan kosong sepanjang perjalanan pulang. Perstiwa-peristiwa silam antara aku dan arwah rakanku itu bagaikan film slide bertali arus bertandang datang dan pergi ke ruang fikirku. Lantas aku teringat antara kata-kata akhir beliau pada bulan Oktober lalu (?) sewaktu kami bertemu di kenduri rumah adikku di Parit 14. Antara yang aku ingat ialah adakah aku tak nak tengok rangka rumah bapakku yang dibeli oleh emakknya itu... Sewaktu aku bersembang degan Uji tadi, aku ada bertanya hal itu... Tapi kata Uji, rangka rumah itu dah uzur dan hampir roboh di sebidang tanah sawah yang agak jauh dari rumah emaknya itu. Aku tak fikir itu adalah amanat terakhir beliau kepada aku...
Buat mengisi kekosongan hatiku... aku menelusuri jalan-jalan yang aku lalui semasa aku bersekolah di SAMR Sg.Hj.Dorani. Selepas aku berhijrah dari SgPanjang (semasa di tingkatan 1) aku mnetap di Peket 100, Simpang 5 bersama embah sebelah emakku. Dari situ aku akan naik basikal ke sekolah tersebut setiap hari. Jauhnya lebih kurang 6 km melalui kawasan sawah padi yang luas. Melalui jalanan itu... aku teringat pula arwah embahku yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2003. Hatiku bertambah-tambah lah sayu... Aku sampai ke rumah emak bapakku sekitar 6.15 petang.
Melalui detik waktu sebegini lantas aku teringat kata-kata seorang penulis sebuah novel yang aku pernah baca suatu di sekolah dulu (aku tak ingat namanya)... Apabila kita berada di puncak kejayaan, segala pengalaman silam biarpun pahit dan menyakitkan ia tetap manis untuk diingat. Sebaliknya jika kita berada lembah kegagalan, biarpun kita pernah melalui detik yang indah dalam hidup, kita tidak mahu untuk mengingatinya...
Aku bersyukur kerana diberikan tekad dan usaha yang tidak kenal erti kecewa sewaktu aku melalui detik-detik persekolahanku sehinggalah aku berjya membina kehidupanku seperti yang aku inginkan... Pengalaman yang dilalui di sekeliling perjalan itu bersama-sama rakan, saudara mara aku amat-amat hargai kerana ia kekadang menjadi membakar semangat untuk aku terus maju...
Al Fatihah untuk Arwah Mohd Rai' bin Sardi (1965-2008) semoga ditempat di sisi insan yang beriman serta mendapat limpah kurnia daripada-Nya. Amin

Facebook Comments

0 PANDANGAN:

Post a Comment

TERIMA KASIH ATAS KOMEN ANDA...

 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template